15/10/2019
2 Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda (Part 2)
2. Memindah baki kad kredit
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak beberapa faham dengan konsep pemindahan baki ini. Apabila anda mendapati hutang kad kredit anda terlalu besar sehingga tidak dapat membayar balik dalam tempoh tertentu, inilah masanya untuk memindah baki kad kredit.
Konsepnya macam ini, ianya memindah baki hutang dari kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada kad lain yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah. Dengan ini, anda boleh menjimatkan beratus-ratus ringgit setahun.
Namun begitu, anda perlu komited untuk membuat bayaran bulanan tepat pada masa semasa proses pindahan baki supaya tidak mendatangkan kos ekstra. Pada masa yang sama, anda juga harus mengelakkan pembelian dengan kad baru kerana, kadang-kala, faedah rendah pindahan baki tidak boleh dipakai dalam situasi sebegini.
Misalnya, pengguna kad kredit boleh memindah baki kepada kad kredit BSN dengan kadar faedah serendah 0%. Dengan ini, jumlah faedah yang dibayar untuk hutang boleh dikurangkan dengan segera tanpa kerisauan.
Penyatuan hutang membenarkan anda untuk menggabungkan beberapa baki faedah yang tinggi ke dalam satu kad kredit yang mempunyai kadar yang lebih rendah. Dengan itu, anda boleh membayar baki lebih cepat tanpa meningkatkan jumlah pembayaran. Berikut adalah dua cara untuk menyatukan hutang:
Ambil kesempatan ini untuk memindah hutang dari kad kredit yang mempunyai faedah yang tinggi kepada kad yang mempunyai kadar pemindahan baki rendah. Tambahan itu, ingat bahawa bank juga akan mengenakan bayaran pemindahan baki, selalunya 3%-4% daripada jumlah yang dipindahkan.
Jika anda mempunyai ekuiti rumah, cuba gunakannya untuk membayar hutang kad. Barisan kredit ekuiti mungkin boleh menawarkan kadar yang lebih rendah daripada caj kad kredit anda. Faedah tambahannya p**a ialah bayaran faedah ekuiti rumah dikecualikan cukai.
Jika anda memilih cara pemindahan baki, ingatlah bahawa anda perlu mengawal perbelanjaan sendiri untuk mengelak hutang baru, sedangkan hutang baki sebelumnya belum selesai dijelaskan.
Hubungi Pegawai Bank kami untuk mengetahui cara dan menyelesaikan masalah anda.
018-2724862 Firdaus
019-9977161 Hapiz