RR Brothers

RR Brothers Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RR Brothers, Financial planner, Alor Setar.

Sebagai pembeli rumah pertama, selain dilanda dilema dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, kebiasaannya pe...
30/12/2020

Sebagai pembeli rumah pertama, selain dilanda dilema dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, kebiasaannya pembeli akan turut dilanda masalah dalam pemilihan jenis pinjaman (loan). Sudah lah pertama kali nak beli rumah, ada banyak p**a tu pakej yang bank tawarkan.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang dinyatakan ini, jangan risau. Saya kongsikan serba sedikit penerangan ringkas mengenai jenis jenis loan yang ada di pasaran dan yang mana yang paling sesuai untuk anda sebagai peminjam.

1) Term Loan

Secara mudahnya,‘Term Loan’ ini adalah sejenis pinjaman dengan jadual pembayaran yang kekal, dimana bayaran bulanan yang anda perlu bayar adalah sama sepanjang tempoh pinjaman.

Jenis pinjaman ini tidak membenarkan anda untuk melakukan sebarang pembayaran awal (advance payment) kepada jumlah pinjaman anda. Sungguhpun anda berbuat demikian, pembayaran lebihan yang anda lakukan akan dibawa ke bulan hadapan dan tidak akan mengurangkan caj faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda.

2) Semi-Flexi Loan
Pinjaman ‘Semi-Flexi’ adalah sejenis pinjaman yang mana peminjam boleh melakukan advance payment untuk mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda. Dengan pinjaman ini, anda boleh terus melakukan advance payment tanpa perlu lakukan sebarang permohonan rasmi mahupun rundingan dengan pihak bank.

Sebarang advance payment yang anda buat, secara automatik bank akan tolak daripada prinsipal (principal) pinjaman sekaligus menyebabkan faedah pinjaman yang dikenakan akan menjadi lebih rendah. Dan kelebihan semi-flexi ini sendiri, seandainya anda bercadang untuk membawa keluar semula advance payment yang telah anda masukkan, anda boleh buat sedemikian dengan sedikit caj pengeluaran yang dikenakan oleh pihak bank. Bank biasanya mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap pengeluaran. Tapi anda mesti ingat, setiap pengeluaran yang anda buat, anda akan dikenakan faedah ke atas jumlah pengeluaran tersebut.

3) Flexi Loan
Pinjaman Flexi atau Full-Flexi Loan dari segi fasiliti tidak ubah seperti Semi-Flexi Loan, cuma hanya satu perbezaan. Tiada caj pengeluaran dikenakan. Dalam erti kata lain, peminjam bebas mengeluarkan wang advance payment yang dibayar tanpa melalui prosedur yang leceh dan dikenakan sebarang caj oleh pihak bank. Tapi faedah ke atas pengeluaran masih juga dikenakan ke atas pengeluaran sepertimana pinjaman Semi-Flexi.

Kebiasaannya, bank akan membuka akaun pinjaman yang dihubungkan terus dengan akaun semasa anda. Oleh kerana akaun semasa terssebut dibuka untuk tujuan pinjaman ini, anda akan dibekalkan dengan buku cek bagi tujuan pengeluaran. Dan disini lah bank mengenakan caj bulanan untuk fasiliti ini. Berbanding Semi-Flexi yang mengenakan caj bagi setiap pengeluaran, Flexi loan mengenakan caj bulanan yang lebih rendah dan memberikan kebebasan kepada anda untuk mengeluarkan wang seberapa banyak kali yang anda mahukan. Kebiasaannya, bank akan mengenakan caj RM10/bulan untuk fasiliti ini.

Jadi nak mohon Term, Semi-Flexi atau Flexi Loan?
Nasihat saya, ambil lah sama ada Semi-Flexi atau Flexi Loan. Kelebihan pinjaman jenis ini yang mampu mengurangkan jumlah faedah pihak bank kepada anda akan sedikit sebanyak membantu kewangan anda. Setiap kali ada lebihan wang, bayar lebih agar anda mampu jimat lebih. Tapi jika ditanya antara dua jenis pinjaman ini, soalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri sebagai peminjam. Ia bergantung kepada kekerapan anda mengeluarkan semula wang yang anda telah masukkan pada asalnya. Apa yang lebih penting adalah kadar faedah yang ditawarkan kepada anda..

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

https://telegram.me/RostamRaselip

PERKARA PENTING PELABUR HARTANAH BARU PERLU TAHULakukan Sedikit Kajian Sebelum Membeli Hartanah Untuk PelaburanSebaik sa...
27/12/2020

PERKARA PENTING PELABUR HARTANAH BARU PERLU TAHU

Lakukan Sedikit Kajian Sebelum Membeli Hartanah Untuk Pelaburan

Sebaik sahaja anda membuat keputusan yang anda mahu membeli unit hartanah, ada beberapa perkara perlu anda tahu.

1. Apakah jenis hartanah yang anda ingin beli?
Type Of Unit ( Landed / Apartment)

2. Apakah jenis pelaburan hartanah yang anda ingin beli? - Type Of Real Estate Investment (Subsale/Lelong/Undercon)

3. Berapa banyak yang anda mampu untuk membayar kos pembelian dan bayaran ansuran bulanan?

4. Berapakah sewa purata di kawasan tersebut?

5. Lokasi manakah yang sesuai untuk anda melabur?

Address

Alor Setar
05150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RR Brothers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share