PG by Irwan Hussin

Call Directions Website Contact the business

PG by Irwan Hussin Dengan ilmu kewangan dan pelaburan, simpanan emas akan berkembang dan selamat. Perkongsian adalah untuk memberi kesedaran dan pendidikan. No shortcut �

16/10/2026

"Kejayaan bermula dengan perancangan bijak. Jadikan emas fizikal sebagai pelindung kekayaan anda untuk jangka masa panjang. Tentukan masa depan kewangan anda hari ini.

"

Penafian (Disclaimer):
Penulisan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan perkongsian maklumat semata-mata, bukannya nasihat kewangan atau pelaburan rasmi. Setiap keputusan pelaburan adalah di bawah risiko dan tanggungjawab anda sendiri.

15/10/2026

"Rasa ralat sangat. Benda dah tahu bakal tersontot, tapi masih ramai pejam mata. Bila dah terduduk, baru nak meratut sedih..."

Berhenti jadi tukang ramal market. Yang lebih bijak konsisten menyimpan emas fizikal.
04/10/2026

Berhenti jadi tukang ramal market.
Yang lebih bijak konsisten menyimpan emas fizikal.

🔥 ORANG YANG KAYA EMAS TIDAK CUBA MERAMAL DUNIA.

Mereka TERUS MEMBELI EMAS.

Dalam jangka panjang, emas telah mencatat p**angan sekitar 9–10% setahun.

Dalam tempoh 25 tahun, dunia sudah melalui:
⚔️ Peperangan
🔥 Inflasi
💥 Krisis kewangan
📉 Kejatuhan pasaran
🦠 Pandemik
🌍 Krisis geopolitik
💵 Kejatuhan nilai mata wang

Tetapi satu perkara tetap sama:

DUNIA BERUBAH.

EMAS TETAP BERHARGA.

Ada masa harga emas naik.
Ada masa ia turun.

Jangan terlalu sibuk meneka bila harga akan naik atau turun.

Beli secara konsisten.
RM100.
RM500.
RM1,000.

Ikut kemampuan.

BULAN DEMI BULAN.
TAHUN DEMI TAHUN.

Kerana 20–25 tahun dari sekarang, persoalannya bukan:
“Berapa harga emas ketika saya mula membeli?”

Tetapi:
“Berapa banyak emas yang sudah saya kumpulkan?”

🔥 ABAIKAN NOISE.
TERUS TAMBAH EMAS.

Jangan tunggu dunia tenang.
Dunia tidak pernah benar-benar tenang.
Yang penting ialah anda terus menambah aset.

Bila Cukup Hilang Garisannya“Dari Beban Masyarakat Hingga Retaknya Masa Depan Anak Muda”Dalam dunia hari ini, garisan "c...
04/10/2026

Bila Cukup Hilang Garisannya
“Dari Beban Masyarakat Hingga Retaknya Masa Depan Anak Muda”

Dalam dunia hari ini, garisan "cukup" semakin kabur dan s**ar diletakkan titik penutupnya. Perkara ini bukan lagi isu kelompok tertentu, bahkan melanda segenap lapisan masyarakat secara keseluruhan. Keinginan sentiasa dibajai tanpa henti bukan sekadar oleh persekitaran fizikal, tetapi diheret 24 jam sehari, 7 hari seminggu oleh hujung jari melalui media sosial. Perbandingan sosial membuatkan masyarakat meletakkan tanda aras "cukup" berasaskan status, persaingan, dan ego semata-mata.
Namun, jika isu ini sudah cukup memeningkan kepala golongan yang berusia, situasinya menjadi jauh lebih parah apabila menimpa anak muda.

Kenapa lebih parah? Kerana anak muda baru sahaja hendak memulakan langkah membina kehidupan. Apabila mereka terjebak memburu piawaian hidup yang palsu di awal usia, ia akan menyulitkan perjalanan masa depan yang masih panjang di hadapan. Duit gaji baru bertunas, tetapi sudah diikat dengan pelbagai komitmen gaya hidup demi kelihatan hebat di mata orang yang langsung tidak peduli tentang masa depan mereka. Hutang keliling pinggang sebelum sempat memiliki aset asas adalah petaka kewangan yang paling merugikan.
Lantas, di mana jalan keluarnya?

Salah satu solusi utama yang wajib dihadam adalah berani hidup di bawah kemampuan (live below your means). Memang ia kedengaran s**ar, lebih-lebih lagi di era serba pantas ini. Tetapi di sinilah pentingnya ilmu kewangan. Belajarlah menadah, mengkaji, dan mendengar pengalaman orang terdahulu yang pernah berjaya atau yang pernah tergelincir jatuh akibat silap langkah.

Pengalaman pahit generasi terdahulu adalah jalan pintas terbaik untuk anak muda mengelakkan lubang perit yang sama. Ingatlah, membina masa depan kewangan yang sihat tidak bermula dengan seberapa banyak yang anda mampu tunjukkan kepada dunia, tetapi bermula dari seberapa bijak anda menyimpan dan melindungi apa yang anda ada secara konsisten.

Mulakan dari kecil. Asah disiplin. Biar berpada-pada hari ini, asalkan masa depan tenang tanpa dibelenggu penyesalan. Apa pandangan anda? Adakah kita masih sempat menyelamatkan erti "cukup" dalam diri anak muda hari ini?



Disclaimer:
Perkongsian ini adalah pandangan peribadi dan perkongsian kesedaran kewangan semata-mata. Ia bukan nasihat kewangan rasmi atau dorongan pelaburan khusus. Sebarang keputusan kewangan adalah di bawah tanggungjawab peribadi masing-masing.

"Harga sebuah kesilapan kewangan pada usia muda, dibayar mahal sampai ke tua."Bukan berniat nak menghakimi, tapi hakikat...
30/09/2026

"Harga sebuah kesilapan kewangan pada usia muda, dibayar mahal sampai ke tua."

Bukan berniat nak menghakimi, tapi hakikatnya fasa hidup anak muda ni ada pattern yang hampir sama. Silap langkah sikit bab duit di awal usia, sepuluh tahun ke depan kita sendiri yang terduduk menanggung penangan gaya hidup.

Pengalaman otai otai ‘OG’ mendewasakan tindakan, dan ilmu membimbing kita pilih jalan yang lebih selamat. Biarlah kita ‘belajar atas kesilapan orang lain’, daripada kita sendiri jadi mangsa uji kaji.

Antara kesilapan "klasik" yang sering anak muda terperangkap—dan kita boleh elak dari awal:

1️⃣ Baru pegang duit gaji, terus cari komitmen 'gila-gila'

Pantang lepas belajar atau dapat kerja tetap, angan-angan pertama adalah tukar kereta import terpakai atau ‘upgrade’ telefon pintar ansuran bulanan tertinggi. Gaji baru masuk RM2,500, tapi komitmen tetap bulanan dah cecah RM2,000. Akhir bulan? Hidup merana tunggu tarikh gaji seterusnya.

2️⃣ Guna kad kredit & BNIL (Buy Now, Pay Later) macam duit percuma.

Nampak senang, “beli dulu, bayar kemudian”. Tanpa sedar, keseronokan berhutang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Silap hari bulan, rekod CCRIS rosak sebelum sempat nak beli rumah pertama.

3️⃣ Pandang sepi 'Dana Kecemasan'
Rasa diri masih muda, sihat, dan tenaga kuat. Bila tiba-tiba kereta rosak, demam panas kena masuk wad swasta, atau hilang kerja mula panik cari along atau terpaksa korek duit orang tua.

4️⃣ Simpanan tak ada, pelaburan p**a ikut-ikutan (FOMO)

Dengar cerita kawan-kawan untung main kripto atau saham ‘goreng’, kita pun ikut tanpa ada asas ilmu. Masuk duit banyak, last-last angkat tangan sebab salah timing dan tak tahu konsep asas risiko.

💡 Nasihat Abang / Kak Long:
Anak muda, masa depan kewangan yang tenang bukan bermaksud kita kena hidup ‘ikat perut’ sampai tak boleh berbelanja langsung. Ia tentang kawalan diri, ada ilmu, dan bijak urus aliran tunai.

Biar lambat berkereta mewah, asalkan poket tebal dan akaun bank stabil. Biar orang kata kita ‘tak Sempoi’, asalkan bila kecemasan melanda, kita tak perlu menadah tangan meminjam.

Mulakan langkah kecil: Simpan konsisten walaupun sikit termasuklah belajar bina aset lindung nilai inflasi macam emas fizikal secara beransur-ansur, elakkan hutang kehendak, dan cari ilmu daripada mereka yang sudah terbukti selamat sampai ke destinasi kewangan.

Harga sebuah penyesalan itu terlalu mahal. Ubah sebelum terlambat!

Ramai yang s**a cakap:“Duit sikit, buat apa nak simpan? Belanja jelah!”Akhirnya, bila gaji masuk, terus habis. Berbelanj...
27/09/2026

Ramai yang s**a cakap:
“Duit sikit, buat apa nak simpan? Belanja jelah!”
Akhirnya, bila gaji masuk, terus habis.

Berbelanja sampai berhutang, semata-mata nak ikut cara hidup orang lain.
Tapi pernah tak kita fikir, kenapa sebenarnya kita susah sangat nak menyimpan?
Adakah sebab gaji kecil? Sebenarnya, bukan.
Masalah utama bukan pada jumlah duit tu, tapi pada rasa "tak pernah cukup" yang bermaharajaloka dalam diri. Bila nafsu dan keinginan sentiasa melebihi kemampuan, percayalah gaji 5 angka pun akan habis licin dalam masa seminggu.

Sebab apa jadi macam ni?

📱 1. Perbandingan Sosial:
Kita jadikan media sosial sebagai penanda aras hidup. Tengok kawan tukar kereta, kita pun terikut-ikut. Tengok orang go travel, kita rasa tertekan.

🏦 2. Kelayakan Bank Bukan Ukuran:
Bank kata kita layak buat loan besar, kita ingat itu kemampuan kita. Hakikatnya, itu had maksimum hutang, bukan cerminan dompet kita.

🛍️ 3. Nafsu Tanpa Titik Penamat:
Kita beli bukan sebab guna, tapi sebab nak impress orang yang kita sendiri tak s**a.

Anak muda hari ini penat bukan sebab kos sara hidup semata-mata, tapi penat mengejar standard hidup yang dicipta oleh masyarakat.
Bila kita tak pernah toleh ke bawah dan bersyukur dengan apa yang ada, kita akan terus merana di atas "lumba tikus" (rat race) kewangan.

Ingat kawan-kawan, ketenangan masa depan bukan datang dari berapa banyak barang mewah yang kita pamerkan, tapi dari berapa banyak baki simpanan yang ada dalam akaun untuk jamin hari esok.

Jom ubah minda. Berhenti bandingkan diri dengan orang lain. Belajar hidup qanaah (di bawah kemampuan), dan mula menyimpan walau sikit. Biar nampak tak kaya di mata orang, asalkan tenang jiwa raga di masa depan.
Korang setuju ke setuju sangat?

Masyarakat kita mudah lupa. Bila pejuang-pejuang scammer beri nasihat mereka lancarkab perang p**a. Bila dah terceduk na...
20/09/2026

Masyarakat kita mudah lupa. Bila pejuang-pejuang scammer beri nasihat mereka lancarkab perang p**a. Bila dah terceduk nanti menangis di bucu katil pun tiada gunanya lagi.

Skrip biasa semua ejen dan affiliate pelaburan emas sontot.

Cukup atau tak simpanan untuk persaraan?
20/09/2026

Cukup atau tak simpanan untuk persaraan?

CUKUPKAH SIMPANAN KWSP KITA UNTUK BERSARA?

Grafik ini menunjukkan jumlah simpanan yang disyorkan KWSP untuk bakal pesara:

🔹 Basic: RM390,000
≈ RM1,625 sebulan selama 20 tahun

🔹 Adequate: RM650,000
≈ RM2,708 sebulan selama 20 tahun

🔹 Enhanced: RM1.3 juta
≈ RM5,400 sebulan selama 20 tahun

Nampak banyak?

Sebenarnya, RM390,000 itu hanyalah tahap “basic” — jumlah minimum. Bukan jumlah yang selesa.

Dan ada satu perkara yang lebih membimbangkan…

Angka-angka ini tidak mengambil kira inflasi.

Kuasa beli RM1,625 hari ini tidak akan sama 10 atau 20 tahun akan datang.

Lebih penting…

Wang itu dijangka habis dalam tempoh 20 tahun.

Jadi, persoalannya:

👉 Bagaimana kalau kita bersara pada usia 60… tetapi masih hidup pada usia 80, 85 atau 90?

Dari mana datangnya duit selepas simpanan KWSP habis?

Persaraan bukan sekadar tentang mempunyai cukup wang untuk berhenti bekerja.

Persaraan ialah tentang memastikan duit tidak habis sebelum hayat kita berakhir.

Jangan tunggu umur 60 baru bertanya:

“Cukupkah duit aku untuk hidup?”

Kerana pada waktu itu, mungkin sudah terlambat untuk bermula.

Apa pendapat anda?

Address

43 &43-A, Tingkat, 1, Jalan Psk Satu, Pekan Simpang Kuala
Alor Setar
05400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PG by Irwan Hussin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PG by Irwan Hussin:

Shortcuts

Share