Pakar Takaful & Hibah by Inas

Pakar Takaful & Hibah by Inas SAHABAT PRUBSN TAKAFUL ANDA

017 6498859
017 5688350

Dah hibah?Kenapa masih bertangguh?Mungkin sebab kita rasa kita masih kuat. Masih sihat. Masih boleh kerja dan cari rezek...
12/08/2026

Dah hibah?

Kenapa masih bertangguh?

Mungkin sebab kita rasa kita masih kuat. Masih sihat. Masih boleh kerja dan cari rezeki macam biasa.

Tapi ingat… kuat dan sihat hari ni, tak bermakna kita akan sentiasa begitu.

Kita tak tahu apa yang menunggu esok.
Mungkin esok…
Mungkin minggu depan…
Mungkin bulan depan…
Atau mungkin tahun depan.

Kita selalu fikir, “Nanti dulu… masih ada masa.”

Sebenarnya, masa itulah yang kita tak pernah tahu berapa banyak yang masih berbaki.
Hibah bukan sebab kita nak mati.

Hibah sebab kita sayang orang yang kita tinggalkan.

Kalau sesuatu berlaku pada kita, biarlah ada sesuatu yang boleh membantu keluarga terus berdiri.

Jangan tunggu sakit baru nak fikir tentang perlindungan.

Jangan tunggu terlambat baru nak kata, “Kalaulah aku buat dari dulu…”
Kalau masih sihat dan masih ada peluang, buatlah hari ini. 🤲

30/07/2026

"Abang... kalau satu hari nanti abang dah tak ada, macam mana kami?"

Soalan ini mungkin s**ar untuk diluahkan.

Tetapi ia adalah persoalan yang wajar difikirkan.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak berita suami meninggal dunia pada usia yang masih muda. Ada kerana sakit, ada kerana kemalangan. Tiada siapa menyangka pagi yang dimulakan dengan ucapan "Assalamualaikum" boleh bertukar menjadi hari paling menyedihkan buat sebuah keluarga.

Buat para suri rumah...
Pernah tak terfikir, jika Allah mentakdirkan suami pergi dahulu:

• Dari mana datangnya duit belanja bulanan?
• Siapa yang akan menanggung yuran sekolah anak-anak?
• Rumah dan kereta, bagaimana komitmennya? • Adakah simpanan yang ada mampu bertahan?
• Adakah kita tahu semua urusan kewangan yang diuruskan oleh suami?

Ini bukan doa supaya perkara buruk berlaku.

Ini adalah peringatan bahawa hidup di dunia ini sementara. Sebagai seorang suami, kasih sayang bukan hanya diukur ketika dia masih ada di sisi, tetapi juga melalui persediaan yang ditinggalkan agar keluarga tidak terkapai-kapai apabila dia dijemput Ilahi.

Merancang bukan bererti kita mendahului takdir.

Merancang adalah tanda kita memahami bahawa takdir Allah boleh datang pada bila-bila masa.

Semoga Allah memanjangkan usia pasangan kita dalam keadaan sihat, diberkati rezeki, dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Namun jika suatu hari nanti takdir berbicara, semoga keluarga yang ditinggalkan mempunyai kekuatan, ketabahan dan persediaan untuk meneruskan kehidupan.

Persoalannya... jika hari itu datang tanpa diduga, adakah keluarga kita benar-benar sudah bersedia?

“Jangan bandingkan PERKESO dengan insurans atau takaful. Dua-dua ada fungsi yang berbeza.”Setuju satu perkara.Caruman PE...
14/07/2026

“Jangan bandingkan PERKESO dengan insurans atau takaful. Dua-dua ada fungsi yang berbeza.”

Setuju satu perkara.

Caruman PERKESO memang sangat penting. Ia melindungi pekerja apabila berlaku kemalangan semasa bekerja atau berkaitan pekerjaan. Ramai yang telah menerima manfaat daripadanya. 👍

Tapi bila ada yang kata tak perlu ambil insurans atau takaful sebab ejen hidup mewah…

Pada pandangan saya, itu kurang adil.

Kalau ikut logik itu, kita tak patut beli rumah sebab ejen hartanah dapat komisen. Tak patut beli kereta sebab salesman dapat komisen. Tak patut pergi hospital swasta sebab hospital juga menjana keuntungan.

Hakikatnya…

Kita bukan bayar untuk mengkayakan sesiapa. Kita bayar untuk memastikan diri dan keluarga ada perlindungan apabila musibah datang.

PERKESO ada peranannya.
Takaful p**a ada peranannya.

PERKESO tidak menggantikan medical card untuk rawatan di hospital swasta, tidak juga sediakan pampasan penyakit kritikal,
atau hibah untuk keluarga apabila berlaku kematian dan banyak lagi faedah lain.

Bukan semua orang perlukan pelan yang sama. Sebab itu tugas seorang ejen bukan sekadar menjual polisi, tetapi membantu pelanggan merancang perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.

Kalau ada ejen yang berjaya sehingga mampu membeli kereta mewah atau melancong ke luar negara, itu adalah hasil usaha dan prestasi mereka dalam kerjaya. Sama seperti doktor, peguam, usahawan atau mana-mana profesion lain.

Yang lebih penting…

Apabila musibah berlaku nanti, siapa yang akan membantu keluarga kita? Persepsi orang… atau manfaat daripada perlindungan yang kita sediakan hari ini?

Jangan nilai sesuatu profesion melalui gaya hidup segelintir individu.

Nilailah berdasarkan manfaat yang bakal diterima oleh keluarga kita apabila mereka paling memerlukannya.

Kerana bila musibah berlaku, komisen ejen bukan yang membantu keluarga kita. Polisi yang kita miliki itulah yang akan bekerja untuk mereka.

Sarinas Binti Abdul Salam
Ejen Takaful Prubsn

Ibu Bapa Perlukan TakafulKalau anda seorang ibu atau ayah — posting ini untuk anda. 💛Segala yang anda lakukan hari ini, ...
06/02/2026

Ibu Bapa Perlukan Takaful

Kalau anda seorang ibu atau ayah — posting ini untuk anda. 💛

Segala yang anda lakukan hari ini, semuanya untuk keluarga.
Bukan sekadar nak pastikan mereka makan, belajar, dan hidup selesa —
tapi supaya mereka tak perlu rasa susah seperti yang anda lalui dulu.

Namun dalam sibuk menjaga semua orang,
kadang-kadang kita lupa untuk melindungi diri sendiri.

👉 Takaful bukan sekadar untuk keluarga — ia juga untuk diri anda.
Bila anda dilindungi, hati keluarga pun tenang.
Tak perlu tunggu perkara tak dijangka berlaku baru nak sedar
betapa berharganya rasa tenang dan perlindungan itu.

Saya kagum dengan ibu bapa yang fikir jauh ke hadapan —
yang bukan sekadar mencari rezeki, tapi juga merancang masa depan anak-anak mereka.

Kerana kasih sayang sebenar bukan hanya dengan pengorbanan,
tapi juga dengan persediaan. 🌷

> “Memiliki takaful adalah tanggungjawab kita terhadap keluarga.
Mungkin kita tak s**a fikir tentang risiko — tapi itulah bukti kasih yang sebenar.”

“RM25,000 deposit. Terus terduduk.”Itu ayat yang ramai tak sanggup dengar… sampailah hari itu jadi hari mereka sendiri.H...
27/01/2026

“RM25,000 deposit. Terus terduduk.”

Itu ayat yang ramai tak sanggup dengar… sampailah hari itu jadi hari mereka sendiri.

Hospital kerajaan memang ada. Doktor pun berpengalaman. Tak salah langsung pilih hospital kerajaan.

Tapi realitinya kita semua tahu…
📌 Temujanji boleh berbulan
📌 Wad selalu penuh
📌 Kes ‘tak nampak kritikal’ kena tunggu

Dalam gambar ni, ada yang kata:
“Anak saya stroke, ICU 2 minggu, wad 1 minggu. Bayar RM500 je.” Syukur, Alhamdulillah. Itu rezeki.

Tapi ada juga yang kongsi cerita lain…
👉 Ayah tunggu setahun untuk rawatan
👉 Call hospital datang terlambat
👉 Arwah meninggal 3 hari sebelum giliran

Benda ni bukan soal mahal vs murah.
Ini soal masa.

Bila kecemasan berlaku, emosi memang hancur.
Dalam masa yang sama, duit pun boleh habis tanpa sedar.

Deposit RM25k. Simpan bertahun boleh lesap sekelip mata.

Sebab tu medical card bukan untuk hidup mewah. Bukan nak tunjuk hebat.

Ia cuma bagi pilihan. Nak rawat cepat bila perlu.
Nak kurangkan beban bila emosi tengah jatuh.

Biarlah simpanan kekal jadi simpanan.Bukan habis sebab satu musibah.

Sedia awal itu bukan paranoid. Ia tanda kita sayang diri dan keluarga.

Kalau hari ni kita masih sihat, itulah masa terbaik untuk bersedia.

12/01/2026

Waktu sihat, kita sibuk kejar aset.
Kita kejar rumah lebih besar, simpanan lebih banyak, pelaburan untuk hari tua.
Kita percaya, bila tua nanti… barulah hidup terasa selesa.

Tapi kita sering terlupa,
antara waktu muda dan waktu tua,
ada satu fasa yang sangat rapuh — sakit.
Dan satu kepastian yang tidak pernah gagal — kematian.

Sakit tidak menunggu kita cukup kaya.
Kematian tidak menunggu anak cukup besar.
Saat itu tiba, bukan aset yang memegang tangan pasangan kita.

Bukan simpanan yang memeluk anak-anak kita.
Tetapi tanggungjawab yang kita tinggalkan.
Ramai yang pergi dalam keadaan belum bersedia.

Meninggalkan isteri yang kebingungan.
Meninggalkan anak-anak yang masih belum mengerti erti kehilangan.

Meninggalkan hutang, komitmen, dan air mata.
Di sinilah takaful sepatutnya hadir.

Bukan kerana kita mahu diuji.
Tetapi kerana kita mahu keluarga tetap kuat ketika kita sudah tiada.

Takaful bukan tentang mati.
Ia tentang cinta yang terus menjaga, walaupun jasad sudah pergi.
Kerana cinta sebenar…
ialah menyediakan perlindungan sebelum air mata jatuh.

TIDAK PERNAH TERFIKIR...​Bahawa tangan yang dulunya menghulur nafkah, kini perlu dibantu untuk menyuap makanan.Sakit kri...
08/01/2026

TIDAK PERNAH TERFIKIR...

​Bahawa tangan yang dulunya menghulur nafkah, kini perlu dibantu untuk menyuap makanan.

Sakit kritikal hadir tanpa salam. Dalam sekelip mata, hero keluarga yang dulunya gagah, kini hanya mampu terbaring. Isteri yang selama ini menjadi ratu di rumah, kini terpaksa menjadi 'nakhoda' yang jiwanya karam dengan air mata.

Simpanan? Makin hari makin menipis. Kos ubat, susu khas, lampin, belum lagi yuran sekolah anak-anak yang masih kecil. Bahawa simpanan berpuluh tahun, boleh habis dalam masa beberapa bulan.

​Anak-anak masih kecil, mereka belum faham kenapa ayah tak lagi mendukung mereka. Isteri p**a kaku, buntu memikirkan esok mahu cari duit di mana.

​Inilah sebabnya kita perlukan Takaful.
Bukan kerana kita mengharap sakit, tapi kerana kita SAYANG.

​Takaful hadir sebagai payung saat ribut melanda. Ia memastikan isteri tidak perlu bekerja keras saat suami perlukan penjagaan. Ia memastikan sekolah anak tidak terhenti walau punca rezeki teruji.
​Lindungi cinta anda, sebelum ujian menyapa.

Bila nak ambil Takaful..Kita selalu tanya soal harga.. murah atau mahal..Tapi bila sakit datang menjenguk.. Soalan seben...
29/12/2025

Bila nak ambil Takaful..
Kita selalu tanya soal harga.. murah atau mahal..

Tapi bila sakit datang menjenguk..
Soalan sebenar bukan lagi tentang harga..

Yang tinggal cuma satu..
Kita LAYAK atau TIDAK..

Sebab yang berharga ketika sakit bukan lagi duit tapi KESIHATAN..


BUAT SANG AYAHSang AYAH,Ketua sebuah keluarga.Hidup seisi rumah bergantung harap padanya.Tanpa dia,Hilang arah,Hilang sa...
15/12/2025

BUAT SANG AYAH

Sang AYAH,
Ketua sebuah keluarga.
Hidup seisi rumah bergantung harap padanya.

Tanpa dia,
Hilang arah,
Hilang sandaran.
Apakah mungkin Sang AYAH itu ada gantinya?

Bila Sang AYAH meninggal dunia,
Yang tinggal hanyalah harta.
Namun…
Cukupkah harta itu
Untuk setiap waris
Mengikut bahagian masing-masing?

Hibah Takaful
Bukan sekadar perancangan,
Ia satu usaha kasih seorang ayah.
Hadiah untuk keluarga tercinta,
Agar hidup diteruskan
Tanpa duka dan kesempitan.

Wahai AYAH,
Tak terdetik kah di hati,
Untuk meninggalkan mereka
Dalam keadaan terjamin?

📌 Berikan saya:
Nama penuh & Tarikh lahir
➡️ Saya sediakan quotation percuma untuk anda.

Sarinas Binti Abdul Salam
017-649 8859
0175688350

Ramai tak perasan… tapi berita hari ini sebenarnya sangat besar kesannya kepada semua pemegang medical card di Malaysia....
10/12/2025

Ramai tak perasan… tapi berita hari ini sebenarnya sangat besar kesannya kepada semua pemegang medical card di Malaysia.

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang teliti pindaan Akta 586 — undang-undang yang kawal caj hospital swasta.

Kenapa penting?

Sebab inflasi kos kesihatan di Malaysia sedang naik dengan sangat laju.

Bila hospital naikkan caj rawatan, ubat, prosedur, konsultasi… siapa yang paling terkesan?

👉 Pelanggan medical card.
👉 Operator takaful dan insurans.

Akhirnya, semua orang kena tanggung — termasuk caruman yang naik setiap beberapa tahun.

Punca utama premium naik selama ini?
Hospital overcharge.
Caj tak standard.
Prosedur yang tak sepatutnya.
Ubat premium walaupun tak diperlukan.

Sebab itu berita hari ini penting.

Jika KKM berjaya tetapkan kawal selia caj hospital:

✔ kos rawatan lebih terkawal
✔ caj tak munasabah dapat dibendung
✔ tekanan kenaikan premium medical card boleh berkurang
✔ proses tuntutan lebih telus
✔ pelanggan lebih dilindungi daripada caj keterlaluan

Ramai fikir isu “premium naik” datang dari insurans/takaful semata-mata…
Padahal kos rawatan yang melambung adalah punca sebenar.

Sektor ini saling bergantung.
Kalau hospital mahal → tuntutan mahal → premium terpaksa naik.

Jadi bila kerajaan mula campur tangan untuk kawal caj hospital swasta, ini sebenarnya berita baik untuk semua yang ada medical card — sekarang dan masa depan.

Kerana perlindungan kesihatan bukan tentang siapa paling murah, tapi siapa dapat bertahan dalam sistem kesihatan yang semakin mahal.

Address

NO 70 C, LEBUHRAYA DARULAMAN, ALOR SETAR
Alor Setar
05100

Opening Hours

Tuesday 01:00 - 00:00
Sunday 01:00 - 00:00

Telephone

+60176498859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Takaful & Hibah by Inas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share