21/08/2021
BILA DAH BERLAKU KEMALANGAN KEPADA KENDERAAN ANDA, APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Saya akan tunjukkan kaedahnya sekiranya anda mengalami kemalangan kecil dan tiada apa-apa kecederaan di tubuh badan. Ini berdasarkan pengalaman saya.
1). Telefon takaful Etiqa dan pohon bantuan (sekiranya kenderaan anda memang tak boleh bergerak). No telefon ni ada di sticker plastik Etiqa yang digunakan untuk lekatkan road tax di cermin kereta.
2). Telefon PDRM untuk datang ke lokasi kejadian dan ambil gambar (sekiranya PDRM tak datang ambil gambar berkaitan kemalangan, kenderaan anda tidak boleh ditowing lagi).
3). Setelah selesai PDRM ambil gambar kemalangan tersebut, anda boleh benarkan pihak bengkel yang merupakan panel takaful Etiqa towing kenderaan anda.
4). Segera ke Balai Polis untuk membuat keterangan berkaitan kemalangan itu tadi. Ia penting kerana tuntutan takaful perlukan laporan polis.
5). Bawa laporan polis berserta salinan IC pemandu dan polisi takaful Etiqa ke bengkel kenderaan panel Etiqa bagi memudahkan proses pembaikan dan tuntutan.
6). Serahkan semua dokumen itu kepada staf bengkel tersebut. Mereka akan buat penilaian kerosakan dan kos pembaikan.
7). Setelah penilaian kerosakan dibuat, perbincangan untuk menggunakan takaful kenderaan yang mana satu ditetapkan (kemalangan melibatkan lebih daripada 1 kenderaan) bagi tujuan tuntutan. Inilah peranan laporan polis dan pengesahan daripada Balai Polis amat penting bagi memastikan urusan ini dapat dilakukan dengan lancar.
8). Sekiranya tuntutan pembaikan kerosakan menggunakan polisi takaful anda, perlu diingatkan bahawa NCD akan hilang sepenuhnya. Jika guna takaful kenderaan lain, NCD kita masih dilindungi. Walau bagaimanapun, perlu semak juga kos insured kenderaan tersebut. Jika kos insured kurang daripada kos pembaikan, kena keluar duit lagi untuk pembaikan kenderaan tu.
9). Kenderaan akan ada dibengkel beberapa hari. Cepat atau lambat berdasarkan kepada tahap kerosakan kenderaan, spare part dan bilangan kenderaan yang perlu disiapkan.
10). Setelah siap, pihak bengkel akan menelefon anda untuk mengambil kenderaan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Diharapkan info ini dapat membantu anda.