Galeri Buku Resources

Galeri Buku Resources Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Galeri Buku Resources, NO 50, TINGKAT 1, TAMAN KRISTAL, KAWASAN PERUSAHAAN, MERGONG FASA 2, Alor Setar.

Dalam keghairahan kita membina aset & besarkan simpanan, kita pasti terserempak dengan pelbagai ragam & terima pelbagai ...
04/12/2020

Dalam keghairahan kita membina aset & besarkan simpanan, kita pasti terserempak dengan pelbagai ragam & terima pelbagai nasihat dari perunding kewangan & banker bertauliah.

Ada sebahagian yang serius nak bantu & bimbing kita. Ada juga yang hanya fikir sales & lepaskan target mereka sahaja.

Melabur & urus kewangan dengan cara yang betul & sihat. Melabur dengan ilmu sebelum kita mula mengorak langkah bergelar pelabur.

Terima nasihat dengan ilmu.Bukan sekadar terima 100% bulat-bulat..Bila terima nasihat yang salah takut ianya bakal mengundang lebih banyak masalah..


Ajak kawan-kawan belajar lebih banyak ilmu premium berkenaan kewangan, urus hutang, pelaburan, Motivasi dan pelbagai lagi di Channel Telegram Roslin Raselip.

Jangan lupa share link ni ya:
https://t.me/RoslinRaselip



✅CIPTA DANA PENDIDIKAN ANAK CARA BIJAK.Saya kongsikan bagaimana dengan mengubah cara menyimpan yang betul, kos simpanan ...
03/12/2020

✅CIPTA DANA PENDIDIKAN ANAK CARA BIJAK.

Saya kongsikan bagaimana dengan mengubah cara menyimpan yang betul, kos simpanan untuk dana pendidikan anak-anak kita dapat dijimatkan sehingga 80% dari kebiasaan.

Kaedah simpanan lebih mudah, dengan kos minima tetapi hasil p**angan melebihi dari kaedah simpanan normal.


“Rancang simpanan pendididkan anak-anak. Nanti bila sampai masa anak nak masuk universiti, kita hantar saja. Dana sudah tersedia”

Salah satu lagi testimoni pasangan peserta Program Booster Kewangan saya.Saya kongsikan kaedah simpanan lebih berkesan berbanding hasil kaedah simpanan normal mereka sebelum ini.


▶️ Kaedah 1

Ini yang mereka lakukan sekarang.

- Simpanan Bulanan: RM 50
- Medium Simpanan : ASB
- Tempoh Simpanan : 18 tahun.
- Dividen ASB : 5.5%
- Modal keseluruhan: RM 10,800
- Simpanan Terkumpul : RM 18,211

Rujuk gambarajah 1.


▶️ Kaedah 2

Ini yang saya cadangkan buat mereka.

- Mohon ASB Financing: RM 50k
- Kadar keuntungan bank: 3.85%
- Tempoh pembiayaan : 40 tahun
- Gameplan tanpa takaful
- Guna teknik rolling dividen bermula tahun ke-2 hingga tahun ke- 18.
- Bayaran bulanan : RM 205
- Bayaran tahunan: RM 2460
- Simpanan Terkumpul : RM 21,333

Rujuk gambarajah 2,3,4,5


Kita pilih yang mana?

Modal simpanan RM 10,800, hasil terkumpul RM 18,211

atau

Modal pelaburan RM 2,460, hasil terkumpul RM 21,333

Jadi golongan 1% yang berfikir dengan bijak & berbeza berbanding 99% yang masih kekal dengan cara yang sama dengan result yang biasa-biasa.



.me

✅ Pelbagai Kisah Inspirasi Kewangan Sesi 1-1 Booster Kewangan 2.0 bersama Tuan Roslin Raselip.Solusi kepada pembinaan pr...
03/12/2020


Pelbagai Kisah Inspirasi Kewangan Sesi 1-1 Booster Kewangan 2.0 bersama Tuan Roslin Raselip.
Solusi kepada pembinaan profile kewangan yang lebih baik.
✅ Selesai Masalah AKPK + Personal Loan Bank Islam + Personal Loan Bank Rakyat + Hutang Kad Kredit + Dapat Tambah Simpanan Bulanan RM 6++ & Cipta Simpanan Kecemasan 6 Angka.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/1452160204834642/posts/2779426218774694?sfns=mo
✅Selesaikan Masalah Hutang Peribadi + Loan Kereta + Hutang Kad Kredit + Cipta Dana Kecemasan 5 angka setahun + Beli rumah ke -3.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/1452160204834642/posts/2318001144917206/
✅Hutang Ptptn Selesai + Dana Pendidikan Ijazah komunikasi + Tabung Melancong Setiap Tahun + Beli 2 Buah Rumah.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/1452160204834642/posts/2317956824921638/
✅ Beli 3 Hartanah di Usia 27 Tahun- Pasangan Ini Pendekkan Tempoh Menunggu 24 Bulan kepada 6 Bulan.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/1452160204834642/posts/2343571689026818/
✅ Cipta Dana Simpanan RM 500K + Selesaikan Hutang Rumah 10 Tahun Lebih Awal.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/1452160204834642/posts/2453919144658738?sfns=mo
Semoga Bermanfaat😊😊



✅ 7 Tips Sumber Rumah Busuk•••••••••••••••••••••••••••••••••Kalau korang nak mula untuk main rumah busuk ni,ini antara s...
09/11/2020

✅ 7 Tips Sumber Rumah Busuk
•••••••••••••••••••••••••••••••••

Kalau korang nak mula untuk main rumah busuk ni,ini antara sumber yang korang boleh rujuk untuk dapatkan listing:

https://linktr.ee/GaleriBukuResources


1.Networking dengan REN.

Agensi hartanah atau REN ada banyak listting yang boleh korang rujuk untuk dapatkan pilihan terbaik.

2.Berkawan dengan Banker.

Rujuk dengan bahagian yang urusan perihal pembiayaan hartanah terutama yang uruskan bahagian lelong.

3.Kerapkan Meronda kawasan perumahan lama.

Jika terlihat ada nota melekat di pintu rumah, “Bank Lelong” ,ini mungkin boleh jadi rezeki korang.

4.Layari website lelong.

Contohnya , Zonlelong.com . Dengan kemudahan & platform media sosial yang ada, banyak juga agensi hartanah yang berikan akses ke website agensi yang menawarkan senarai rumah lelong agensi mereka.

5.FaceBook:

Buat carian ejen yang aktif joint lelong. Kalau yang berlesen, boleh minta diorang bid untuk korang.

6.Google:

Korang buat carian contoh: Rumah lelong di .......

Akan keluar paparan website/ejen yang sediakan listing lelong atau rumah busuk ni.

7.Mahkamah/ Pejabat Tanah.

2 tempat ini antara tempat famous iklan untuk rumah busuk/lelong.Dapatkan tarikh & masa lelongan, then standby 10% deposit.

Rumah lelong/rumah busuk antara kategori rumah yang mampu berikan p**angan yang lumayan.

Selarikan dengan kemampuan kewangan & profile peribadi sebelum memilih jenis rumah atau hartanah yang korang inginkan samada bagi tujuan kediaman sendiri atau pelaburan.



✅ NAK SENTIASA CERIA & POSITIF?Cuba amalkan 3 tips mudah ini1. Bina dialog dalaman yang positif.Ia dipanggil sesi 'self-...
06/11/2020

✅ NAK SENTIASA CERIA & POSITIF?

Cuba amalkan 3 tips mudah ini

1. Bina dialog dalaman yang positif.

Ia dipanggil sesi 'self-talk'. Berfikir dan bercakap-cakap perkara baik kepada diri sendiri.

Lalu perkara baik itu akan bermain-main di minda kita. Ia buat kita fokus.

2. Pilih bahan bacaan yang baik-baik.

Tidak kira medium apa kita pilih untuk mula membaca, pilih topik-topik yang baik.

Bila dibaca, ia buat kita fokus apa yang kita mahu capai.

Bila dibaca, kita dapat ilmu baru yang buat hidup dan bisnes kita jadi lebih baik.

Bila dibaca, pengetahuan kita tentang sesuatu perkara jadi lebih mendalam.

Bila dibaca, otak kita lebih segar dengan kemunculan idea-idea baru.

https://linktr.ee/GaleriBukuResources

3. Berkongsi dan beri dorongan.

Sampaikan ilmu kita itu kepada orang lain. Samada ahli pasukan, followers atau sesiapa sahaja.

Belajar cara efektif menyampaikan sesuatu supaya ia mampu beri dorongan kepada pendengar atau pembaca untuk buat tindakan.

Jom amalkan tips ini. Semoga membantu menjadikan kita insan yang sentiasa ceria & positif.

30/10/2020

✅ BERAPA JUMLAH SIMPANAN KECEMASAN YANG IDEAL BUAT KITA?

Apa kaedah yang kita gunakan untuk membantu kita membina & mengembangkan simpanan kecemasan kita sekarang?

Bila dah mula ada tabungan kecemasan, brapa p**a jumlah simpanan kecemasan yang ideal buat kita?

Terdapat 3 tahap Simpanan Kecemasan yang perlu ada & boleh disesuaikan dengan profile kewangan semasa kita.

▶️ Tahap 1:
Bersamaan 3 Bulan Gaji Kasar/Pendapatan bulanan kita.

▶️ Tahap 2:
Bersamaan 6 Bulan Gaji Kasar/Pendapatan bulanan kita.

▶️ Tahap 3:
Bersamaan 12 Bulan Gaji Kasar/Pendapatan bulanan kita.

Siapa golongan sasaran bagi setiap tahap diatas?Jangan lupa tonton, catat point-point penting dan kongsikan tips ini dengan rakan-rakan kita ok..

Terima Kasih. Semoga Bermanfaat.

Address

NO 50, TINGKAT 1, TAMAN KRISTAL, KAWASAN PERUSAHAAN, MERGONG FASA 2
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60127222845

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Buku Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Galeri Buku Resources:

Share