04/02/2022
โBerapa amount hibah kita nak sediakan ye?โ
Soalan tu biasa saya dapat dari prospek setiap kali nak terangkan pasal hibah.
Sebenarnya banyak je cara mengikut apa objektif kita. Antara yang kita boleh rujuk ialah dari Al Quran.
Al Quran merupakan sumber rujukan yang terbaik. Kerana ia adalah solusi kehidupan. Dalam pekerjaan saya sebagai Takaful Advisor, saya juga menggunakan ayat-ayat al quran sebagai sumber rujukan.
Kalau kita lihat terjemahan surah Al Baqarah ayat 240, seorang lelaki yang akan meninggal hendaklah menyediakan nafkah untuk isterinya sekurang kurangnya selama setahun. Nafkah ni tak semestinya wang ringgit. Rumah, pakaian, kereta pun dikira sebagai nafkah.
Maksudnya setelah kita (si suami) meninggal, isteri masih dapat nafkah selama setahun. Seolah-olah walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini, isteri masih dapat nafkah dari kita selama setahun.
Dalam konteks hibah takaful, sebagai contoh suami bergaji rm3000. Maka suami sebaiknya (bukan wajib) menyediakan nafkah rm36,000 (setahun gaji) untuk si isteri setelah kematian suami. Jadi kita boleh jadikan ayat 240 dari surah Al Baqarah ini sebagai minimum protection utk prospek.
Manakala jika diteliti kisah dari surah Yusuf ayat 47-49, Nabi Yusuf AS telah mendapat mimpi mengenai kemarau panjang yang bakal berlaku pada negara baginda selama 7 tahun.
Lalu baginda telah memerintahkan supaya menyediakan simpanan gandum selama 7 tahun, hanya guna sedikit sahaja supaya ia dapat digunakan ketika kemarau nanti. Strategi ini yang dapat menyelamatkan negara baginda ketika kemarau 7 tahun.
Kalau kita rujuk pada surah ini, saya akan suggest prospek untuk mengambil hibah/income protection selama 7 tahun.
Jika prospek bergaji tahunan rm60,000, maka sebaiknya dia mempunyai protection sebanyak rm420,000 (rm60k x 7 tahun). Ini yang akan menjadi hibah jika berlaku kematian atau menjadi income protection jika berlaku hilang upaya kekal (TPD).
Manakala dalam recommendation industri takaful/insurans, best practise untuk protection ialah selama 10 tahun gaji.
Salah satu cara mudah untuk menyediakan amount sebanyak itu ialah dengan berinfaq melalui takaful. Sebab takaful adalah instrument yang mudah untuk seseorang mendapatkan pampasan ๐.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita suggest kepada prospek berapa nilai hibah yang perlu disediakan. Salah satunya seperti yang saya sebutkan di atas tadi.
Moga bermanfaat โบ๏ธ.