Runner.personalshopper.jb

Runner.personalshopper.jb Anda mencari internet untuk kegunaan rumah dan perniagaan? Taktahu bagaimana nak mula? Mari kami bantu anda!

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan insurance

Seller Susu Kambing LAZZ Orgamilk

Rancakkk! Iron rosak?Rancakk! Nak tukar iron yang padu?Marii laaaa tengokkkk duluu. Rancakkk!!PHILIPS PERFECT STEAM GEN ...
23/11/2021

Rancakkk! Iron rosak?

Rancakk! Nak tukar iron yang padu?

Marii laaaa tengokkkk duluu. Rancakkk!!

PHILIPS PERFECT STEAM GEN 2400w GC7846

RM660!

RM660!

RM660!

TAKYAH KELUAR RUMAH PUN TAKPEEEE RIDER HANTAR TERUS KE RUMAH SAMEDAY! *Area JB bagi alamat kita check, inshaaAllah cover*

(SYARAT PAYMENT SEBELUM PUKUL 5PETANG YE)

05/10/2021
12/09/2021

Harap maaf, service runner dihentikan sehingga diberitahu kelak

Kami memohon maaf diatas kesulitan

Kesimpulannya, sebelum memilih mana-mana penyedia broadband internet, anda perlu terlebih dahulu menyemak kawasan anda s...
25/08/2021

Kesimpulannya, sebelum memilih mana-mana penyedia broadband internet, anda perlu terlebih dahulu menyemak kawasan anda sama menyokong pemasangannya atau tidak.

Klik sini untuk semakan wasap.my/60176762487/semakcoverage

Kebanyakan penyedia kecuali TIME hanya menyediakan kelajuan 30Mbps adalah disebabkan ia merupakan penawaran secara tidak langsung dari TM sendiri. Namun, untuk yang mempunyai jumlah bilangan pengguna yang rendah atau tidak menggunakan internet secara berat, 30Mbps itu cukup sahaja memadai untuk penggunaan seharian.

Klik sini untuk semakan wasap.my/60176762487/semakcoverage

TIME merupakan satu-satunya penyedia selain TM yang menggunakan infrastruktur tersendiri. Disebabkan itu, ia mampu menaw...
25/08/2021

TIME merupakan satu-satunya penyedia selain TM yang menggunakan infrastruktur tersendiri. Disebabkan itu, ia mampu menawarkan pakej yang lebih menarik pada harga yang rendah.

TIME 100Mbps (100Mbps/RM99)

Gentian optik

Kelajuan 100Mbps

Kuota penggunaan internet tanpa had

RM99

Kontrak 24 bulan / Tanpa kontrak

Pay-per-use untuk panggilan

Untuk harga di bawah RM100, TIME menawarkan kelajuan 100Mbps berharga RM99 sebulan. Ia jauh berbeza berbanding penyedia lain yang hanya menawarkan kelajuan 30Mbps pada harga bawah RM100.

Namun begitu, penyedia ini juga hadir dengan kelemahan utama iaitu liputan kawasan. Disebabkan menggunakan infrastruktur tersendiri, TIME kebanyakannya hanya boleh dipasang di bandar-bandar besar dan bangunan perumahan tinggi.

Seperti penyedia lain, ia juga menawarkan kontrak 24 bulan. Namun jika anda tidak mahu menggunakannya secara kontrak, anda perlu membayar caj sebanyak RM400 ketika permohonan.

Kelebihan

Gentian optik

Pakej paling berbaloi dari segi kepantasan dan harga

Infrastruktur sendiri (Teknologi tidak mengikut pesaing)

Kekurangan

Liputan kawasan yang terhad

Maxis Fibre merupakan pakej gentian optik dari Maxis yang hadir dengan kelajuan 30Mbps.Maxis Fibre 30Mbps (30Mbps/RM89)G...
25/08/2021

Maxis Fibre merupakan pakej gentian optik dari Maxis yang hadir dengan kelajuan 30Mbps.

Maxis Fibre 30Mbps (30Mbps/RM89)

Gentian optik

Kelajuan 30Mbps

Kuota penggunaan internet tanpa had

RM89

Kontrak 24 bulan

Tambahan RM10/bulan untuk panggilan tanpa had (tempatan)

9 sen/min untuk panggilan ke peranti pintar/pejabat/rumah (pay-per-use)

Tiada kuota internet dan bayaran adalah RM89 sebulan. Namun seperti Celcom, infrastrukturnya adalah dari TM dan bermaksud segala kelajuan dan kestabilan adalah bergantung kepada TM.

Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah RM10 sebulan untuk panggilan tanpa had tempatan dimana bil masih lagi di bawah RM100. Ataupun menggunakan caj 9 sen/min untuk panggilan ke peranti pintar, pejabat atau rumah.

Kelebihan

Gentian optik

Kuota internet tanpa had

Kadar panggilan lebih rendah

Kekurangan

Infrastruktrur dari TM (Kestabilan dan kelajuan rangkaian adalah bergantung kepada TM)

Home Wireless L (4G Celcom/RM100)Untuk kawasan bukan gentianMenggunakan rangkaian 4G CelcomKuota penggunaan internet 50G...
25/08/2021

Home Wireless L (4G Celcom/RM100)

Untuk kawasan bukan gentian

Menggunakan rangkaian 4G Celcom

Kuota penggunaan internet 50GB

Kelajuan mengikut rangkaian 4G anda

RM100

Kontrak 24 bulan

100GB Super Video Walla & Music Walla

Terdapat 2 pelan di bawah Home Wireless namun disebabkan pelan Home Wireless L masih lagi di bawah harga RM100, pakej Home Wireless S tidak diambil kira untuk perbandingan. Untuk kuota penggunaan internet terdapat 50GB pada masa yang sama 100GB untuk penstriman Video & Music Walla.

Pengguna juga boleh menambah kuota sebanyak RM50 untuk 10GB atau RM150 untuk 100GB. Ia dilihat agak mahal namun untuk kawasan yang tidak menyokong gentian, anda mungkin tidak banyak pilihan. Kontrak langganan Home Wireless adalah selama 24 bulan.

Kelebihan

Liputan 4G Celcom yang luas (lebih banyak sokongan kawasan)

Kekurangan

Kuota penggunaan internet 50GB sahaja

Celcom mempunyai 2 pelan broadband rumah utama untuk harga bawah RM100 iaitu Home Fibre dan juga Home Wireless. Perbezaa...
25/08/2021

Celcom mempunyai 2 pelan broadband rumah utama untuk harga bawah RM100 iaitu Home Fibre dan juga Home Wireless. Perbezaannya adalah Home Fibre menggunakan kabel gentian optik manakala Home Wireless menggunakan rangkaian 4G mereka tersendiri.

Home Fibre (30Mbps/RM80)

Gentian optik

Kelajuan 30Mbps

RM80

Kuota penggunaan internet tanpa had

Kontrak 24 bulan

10 sen/min untuk panggilan ke semua rangkaian

Untuk Home Fibre, pakej yang ditawarkan di bawah harga RM100 adalah berkelajuan 30Mbps. Ia menggunakan infrastruktur dari TM seperti kebanyakan penyedia-penyedia lain.

Untuk penghala, pemasangan, dan pengaktifan, kesemuanya adalah percuma manakala kontrak yang perlu untuk langganan bulanan adalah selama 24 bulan.

Kelebihan

Kabel pantas gentian optik

Kuota internet tanpa had

Kekurangan

Infrastruktrur dari TM (Kestabilan dan kelajuan rangkaian adalah bergantung kepada TM)

Address

Cisaat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Runner.personalshopper.jb posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Runner.personalshopper.jb:

Share