Vin kima

Vin kima Kontaktinformationen, Karte und Wegbeschreibungen, Kontaktformulare, Öffnungszeiten, Dienstleistungen, Bewertungen, Fotos, Videos und Ankündigungen von Vin kima, Finanzberatung, Berlin.

𝟱 𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝗣𝗼𝗽𝘂𝗹𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻🎗 Adakah masih ada dikalangan anda yang berfikiran seperti ini❓🎗 Kepada para pelabur ya...
29/07/2023

𝟱 𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝗣𝗼𝗽𝘂𝗹𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻
🎗 Adakah masih ada dikalangan anda yang berfikiran seperti ini❓
🎗 Kepada para pelabur yang sudah menceburi dalam bidang pelaburan saham, adakah anda sudah bersedia dengan jawapan yang bernas kepada soalan-soalan dibawah jika masih ada diantara keluarga dan kenalan anda yang masih berfikiran seperti ini❓
😉 Kami sedia membantu anda jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan pelaburan saham patuh syariah .

“Kenapa bila guna modal sikit untuk trade saham, senang nak untung, tapi bila letak modal besar, asyik rugi je?”🟢 Pernah...
28/07/2023

“Kenapa bila guna modal sikit untuk trade saham, senang nak untung, tapi bila letak modal besar, asyik rugi je?”
🟢 Pernah tak perkara ini terjadi kepada anda?
🟢 Mula-mula trade rasa takut tu masih menebal, jadi kebanyakan trader baru akan cuba trade mengggunakan modal yang kecil.
🟢 Namun selepas berjaya membuat keuntungan sebanyak 3-4 kali terus terfikir, “ni kalau aku masuk modal besar, mesti lagi banyak untung”.
🟢 Tetapi sebaliknya yang berlaku. Modal pelaburan semakin cepat susut. Kenapa ini boleh terjadi?
🟢 Perkara ini berlaku disebabkan oleh emosi trader itu sendiri sebenarnya. Trade menggunakan saiz modal yang berbeza akan melahirkan emosi yang berbeza kepada trader.
🟢 Apabila trade menggunakan modal yang kecil, trader akan rasa kurang beremosi.

▪ Trader berani mengambil risiko ketika nampak peluang dan juga tidak teragak-agak untuk terus cut loss jika trading tersebut tidak menjadi.

▪ Trader juga berani melayan trend. Fokus mereka adalah untuk mempraktiskan ilmu menyebabkan mereka menjual saham apabila harga saham capai target yang telah ditetapkan.

▪ Apabila risk dan reward dikawal dengan baik, modal pelaburan akan berjaya digandakan dengan berkesan.

[Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjual Saham]✍ Banyak terjadi situasi dimana para pelabur/pedagang tidak tahu bilakah ...
27/07/2023

[Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjual Saham]

✍ Banyak terjadi situasi dimana para pelabur/pedagang tidak tahu bilakah masa paling sesuai untuk mejual pegangan saham mereka.

✍ Ini berlaku, selalunya disebabkan oleh emosi tamak dan berharap .

✍ Walaupun sudah untung, para pelabur/pedagang masih berharap harga saham yang dibeli akan membuat kenaikan lagi.

Akhirnya menyebabkan 2 situasi berikut berlaku;

1. Menjual pegangan saham pada harga yang jauh lebih rendah daripada yang telah dicapai. Keuntungan lebih banyak yang telah dicapai pada awalnya menjadi semakin berkurang.

2. Menjual pegangan saham dalam kerugian. Keuntungan yang pada awalnya telah diperolehi, akhirnya bertukar menjadi kerugian.

Perubahan tidak akan berlaku jika anda tidak mula lakukan sesuatu yang baru dan berlainan dari rutin kebiasaan anda.Anda...
26/07/2023

Perubahan tidak akan berlaku jika anda tidak mula lakukan sesuatu yang baru dan berlainan dari rutin kebiasaan anda.
Anda perlu keluar dari zon selesa untuk capai apa yang anda mahukan. Beranikan diri untuk mulakan sesuatu yang boleh memberi manfaat untuk masa hadapan anda.
Jangan berputus asa sebelum mencuba, setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan kesabaran sebelum ianya boleh dicapai.
Kalau orang lain boleh berjaya kenapa tidak anda? Berhenti memberi alasan dan sebaliknya mula bertindak dari sekarang.
Jika anda nak capai kebebasan kewangan melalui pelaburan saham, jangan berlengah lagi. Belajar melabur saham dari sekarang. Ilmu dapat membantu mengubah kehidupan anda.

“Everyone is trying to be smart, i’m just trying NOT to be stupid“Charlie Mungers loves the concept of “Inversion” when ...
25/07/2023

“Everyone is trying to be smart, i’m just trying NOT to be stupid“

Charlie Mungers loves the concept of “Inversion” when trying to solve a problem. Rather than trying to be the smartest, Munger focuses on trying to “Not be Stupid”

Warren Buffett also talks about their investing style of looking for “One foot hurdles to jump over” rather than “6 foot high”

Legendary Investor Howard Marks, also has a similar philosophy of focusing on minimising risk when investing & let the upside take care of itself.
He uses a great Analogy, how does an amateur Tennis Player win matches? By not hitting losers. Rather than trying to hit “winning shots” powerful, hard shots with high likelihood of missing.

𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐮𝐧𝐢𝐭 𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡?Unit amanah merupakan salah satu produk pelaburan yang pop**ar dalam kalangan pelabur. Ini dapatdibu...
24/07/2023

𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐮𝐧𝐢𝐭 𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡?

Unit amanah merupakan salah satu produk pelaburan yang pop**ar dalam kalangan pelabur. Ini dapat

dibuktikan dengan adanya 40 buah syarikat pengurusan unit amanah di Malaysia dan 602 dana

unit amanah dalam pasaran. Ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana unit amanah merupakan salah

satu cara untuk pelabur yang mempunyai modal minimum untuk melabur dan mempelbagaikan pelaburan mereka.

Tetapi, apakah itu unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang

daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh

menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧𝐚

Dana diurus oleh sekump**an pengurus professional (dikenali sebagai syarikat pengurusan unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrument pasaran wang atau sekuriti-sekuriti lain yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana.

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧

Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Testimonial dari customer dalam group😄 🥳🥳Yg berminat sila pm utk join group kami sekarang🤩🤩
22/07/2023

Testimonial dari customer dalam group😄 🥳🥳
Yg berminat sila pm utk join group kami sekarang🤩🤩

Membuat perancangan kewangan seumpama membaca buku peta.Perkara UTAMA yang perlu kita lakukan ialah, menjawab persoalan-...
21/07/2023

Membuat perancangan kewangan seumpama membaca buku peta.
Perkara UTAMA yang perlu kita lakukan ialah, menjawab persoalan-persoalan berikut;
1) Di mana kita sekarang?,
2) Ke mana destinasi hendak kita tuju?, dan
3) Bagaimana cara ke sana?.
# PERTAMA: Di mana kita sekarang?
Dalam perancangan kewangan, persoalan di mana kita sekarang dijawab menggunakan dua peralatan di bawah;
1. Penyata Aliran Tunai (cashflow), dan
2. Penyata Nilai Aset Bersih (networth)
Dalam aliran tunai, mengandungi penyataa pendapatan dan perbelanjaan, manakalan di dalam penyata aset bersih mengandungi penyata aset dan libiliti.
Apabila kita mengetahui aliran pendapatan dan perbelanjaan, serta aset dan libiliti yang kita ada barulah kita dapat mengetahui kekuatan yang kita ada.
Dari situ kita dapat kesan stail perbelanjana kita sama ada kita seorang yang boros atau seorang yang berjimat cermat.
Dari situ juga kita tahu kekuatan tunai kita dan hutang-hutang yang kita ada sebelum bergerak ke langkah seterusnya.
# KEDUA: Ke mana destinasi hendak kita tuju?
Selepas mengetahui kedudukan kita sekarang, kita boleh plan ke mana hendak kita pergi.
Itulah matlamatm kewangan kita, sama ada untuk mendapat kebebasan kewangan, bersara dengan aset RM 1 juta, menunaikan haji, membantu ibu ayah di kampung, menghantar anak ke universiti dan pelbagai matlamat lagi.
# KETIGA: Bagaimana cara untuk ke sana?
Hanya selepas kita tahu di mana kita berada, dan tahu ke mana hendak kita tujui, barulah kita boleh memilih bagaimana cara yang paling sesuai untuk kita bergerak dari titik mula untuk mencapai matlamat kewangan kita.
Selalunya akan ada banyak jalan can cara untuk mencapai matlamat kewangan, tapi bukan semua bersesuai dengan kedudukan kita sekarang.
Atas sebab itu amat penting kita mengetahui kekuatan aliran tunai dan aset bersih kita supaya kita dapat gunakan cara yang bersesuaian dengan kewangan kita.
Mungkin cara itu melalui proses pengstuturan semula hutang, mungkin melalui saham, mungkin melalui pelaburan hartanah dan mungkin memerlukan kita menambah perlindungan takaful.

Lebih separuh beban hutang rakyat Malaysia berpunca dari kegagalan mengurus kewangan dengan baik;22.8% berpunca dari per...
20/07/2023

Lebih separuh beban hutang rakyat Malaysia berpunca dari kegagalan mengurus kewangan dengan baik;
22.8% berpunca dari perancangan kewangan yang lemah. Saya sarankan agar kita menghadiri seminar dan tambah ilmu perancangan kewangan islam. Ada beberapa kursus dan seminar yang dianjurkan oleh IBFIM dan Bank Negara Malaysia seperti IFP dan CFP.
18.1% p**a berpunca dari kos perubatan yg tinggi, dan 1.4% berpunca dari kematian pasangan. Ini dapat diatasi dengan kebijaksanaan melalui pengurusan takaful, untuk menyerap kos perubatan yang tinggi melalui plan takaful medical card. Juga merancang plan pengggantian pendapatan (Income Replacement) melalui plan polisi takaful untuk suami-isteri. Dengan hanya memperuntukkan sekitar 5% ke 10% dari gaji bulanan, ia dpt menyelesaikan kesulitan kos perubatan, sakit kritikal dan kematian pasangan di kemudian hari.
11.1% p**a berpunca dari hutang kad kredit. Sebenarnya ia dapat diatasi dengan berhati-hati mengguna kredit. Caj bank ke atas kad kredit adalah yang paling tinggi berbanding perkhidmatan lain seperti hutang peribadi (personal loan), hutang kereta atau hutang rumah. Ia boleh mencecah hingga 18% setahun, satu jumlah yang sangat tinggi.
4.4% berpunca dari kos sara hidup meningkat, dan 4.1% berpunca dari komitmen kewangan yg tidak dijangka. Ia dapat ditangani dengan baik dengan membuat persediaan awal melalui simpanan di instrumen rendah risiko. Masalah utama rakyat Malaysia ialah tidak berdisiplin dalam membuat simpanan.
𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐞𝐱𝐭𝐫𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐌 𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!☺️

Salam Maal Hijrah 1445HHijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan,Hijrah itu persaudaraan,Hijrah membentuk perpaduan.“...
19/07/2023

Salam Maal Hijrah 1445H

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan mereka” – Surah al-Ra’d ayat 11.

MACAMANA GENG PRO BUAT UNTUNG GUNA RSI.RSI adalah antara indikator/oscillator yang mengukur momentum dan kelajuan peruba...
18/07/2023

MACAMANA GENG PRO BUAT UNTUNG GUNA RSI.
RSI adalah antara indikator/oscillator yang mengukur momentum dan kelajuan perubahan harga. Perhatikan infografik, ada 3 elemen iaitu line RSI dan 2 line iaitu OVERBOUGHT dan OVERSOLD.
Sekiranya line RSI menembusi paras OVERBOUGHT ke atas, itu menunjukkan perubahan harga ke atas(uptrend) dan BUKAN signal untuk entri. Sama juga sekiranya line tembus ke bawah(downtrend), ia hanyalah menunjukkan harga mula berubah ke arah negatif dan BUKAN signal entri short atau sell.
Perhatikan A, walaupun RSI tembus ke atas, tidak boleh dijadikan ianya sebagai entri sebaliknya, perhatikan setup di mana, apabila candle tutup atas level resistance(R1) baru lah entri yang valid - lihat B.
Lihat C1, walaupun line RSI sudah berada di bawah paras OVERBOUGHT, tidak bermaksud entri buy perlu dijual tetapi perhatikan candlestick yang masih belum tembus paras support(S1) - C2.
Selain itu, trader juga kena faham betul-betul bahawa gerakan dan kecenderungan line RSI (menegak, melintang, curang dan zig zag) TIDAK memberi signal kepada BERAPA perubahan harga yang akan terjadi, sebaliknya hanyalah memberi signal kepada WUJUDNYA perubahan harga samada UPTREND atau DOWNTREND.
Lihat D1 yang menunjukkan line RSI bermula dari paras bawah dan pecut ke atas, tetapi perubahan harga di D2 adalah minima. Sebaliknya, E1 menunjukkan RSI dari tengah ke atas, tetapi gerakan harga adalah besar - lihat E2.
Kesimp**an, signal crossing RSI adalah signal berlakunya perubahan arah harga TETAPI bukan signal entri. Valid entri boleh diambil dari penembusan SNR dan sebagainya.
Sekiranya trader faham dan menyusun strategi trading anda, tidak kira saham atau derivatif seperti FCPO akan meningkatkan peratusan keuntungan
anda.

[Apakah “Bid” Dalam Pasaran Saham]🔸 Jika anda terlibat dalam pasaran saham, anda pasti biasa dengar trader sebut tentang...
17/07/2023

[Apakah “Bid” Dalam Pasaran Saham]
🔸 Jika anda terlibat dalam pasaran saham, anda pasti biasa dengar trader sebut tentang “bid” ini. Contohnya; “Aku untung 5 bid hari ni” atau “Aku loss 2 bid hari ni”.
🔸 Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “Bid”?

▪ “Bid” merujuk kepada pergerakan harga minimum sesuatu saham yang didagangkan di pasaran saham.
🔸 Nilai 1 bid berbeza megikut harga semasa sesuatu saham yang didagangkan.

1. Saham berharga bawah RM1.00, 1 bid = RM0.005@setengah sen.

Contoh pergerakan harga mengikut bid:

▪ Naik: RM0.350 → RM0.355 → RM0.360 → RM0.365

▪ Turun: RM0.350 → 0.345 → RM0.340 → RM0.335
2. Saham berharga RM1.00 - RM9.99, 1 bid = RM0.01@1 sen.

Contoh pergerakan harga mengikut bid:

▪ Naik: RM1.20 → RM1.21 → RM1.22 → RM1.23

▪ Turun: RM1.20 → RM1.19 → RM1.18 → RM1.17

Adresse

Berlin

Webseite

Benachrichtigungen

Lassen Sie sich von uns eine E-Mail senden und seien Sie der erste der Neuigkeiten und Aktionen von Vin kima erfährt. Ihre E-Mail-Adresse wird nicht für andere Zwecke verwendet und Sie können sich jederzeit abmelden.

Teilen

Kategorie