09/21/2021
Tergerak hati nak check statement TAKAFUL PERUBATAN atau MEDICAL CARD bahasa famous dia.
Dah menyumbang dari tahun 2015 dengan caruman sebanyak RM233.33/bulan. Sekarang jumlah caruman yg dibayar RM17, 966. Banyak tu 🤤. Kalau simpan kat bank boleh guna beli banyak benda dah ni.
PS5
iPhone
Down payment kereta
Eh b*k laa 😂
RUGI LAA MACAM TU KAN???
Tipu laa kalau aku ckp tak pernah rasa rugi bayar bulan² tapi tak pernah claim. Banyak kot duit tu🤑
Tapi bila fikir bilik, Ya Allah syukur sangat². Sepanjang mencarum ni tak pernah dapat sakit² yang perlu masuk wad. Kalau setakat demam² biasa ada laa.
Pastu duk fikir balik, duit yang aku carum tu dah tolong ramai sangat saudara² aku yang mencarum dalam tabung Tabaru' tu 🤲
Kalau boleh aku tak nak claim langsung pun ada 🤫
Sebab nilai SIHAT tu, ya Allah. Memang syukur sgt², biar laa aku mencarum untuk bantu saudara² yang memerlukan saja.
Lagi satu sebab utama aku mencarum sebab dulu aku selalu teman arwah mak dgn makcik aku pergi Hospital Kerajaan. Hospital Kerajaan bagus, swasta pun bagus.
Tapi sebab aku rasa aku mampu untuk mencarum, biar aku bagi peluang pada orang yang lebih memerlukan guna fasiliti kerajaan, kurang sorang dah kat Hospital Kerajaan nanti.
Pada yg mampu untuk mencarum medical card, aku sarankan sangat². Kalau tak mampu, carum Takaful Nyawa dulu yang org duk cakap Hibah² tuu.
Nak tanya aku pun boleh, atau ada kawan² rapat korang yang buat Takaful ni pun boleh. Janji korang ada perlindungan Takaful 😊