Murni Kewangan

Murni Kewangan Informações para nos contatar, mapa e direções, formulário para nos contatar, horário de funcionamento, serviços, classificações, fotos, vídeos e anúncios de Murni Kewangan, Serviço financeiro, Mar de Espanha.

MyNews Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM1.73 juta bagi suku kedua berakhir 30 April 2024 berbanding kerugian...
22/06/2024

MyNews Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM1.73 juta bagi suku kedua berakhir 30 April 2024 berbanding kerugian bersih RM6.28 juta pada tahun sebelumnya. suku tahun, hasil bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat usaha sama (JV) dan margin keuntungan yang lebih baik.

Ini adalah keuntungan suku ketiga berturut-turut kumpulan itu, selepas kerugian suku tahun sebelumnya pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

MyNews telah mengalami kerugian selama empat tahun kewangan sejak 2020.

Perolehan suku kedua tahun kewangan 2024 disokong oleh peningkatan 10.66 peratus hasil kepada RM192.77 juta daripada RM174.2 juta, didorong oleh jualan dalam kedai yang bertambah baik, manakala margin keuntungan kasar bertambah baik daripada 34.3 peratus kepada 37.9 peratus, demikian menurut makluman syarikat itu kepada Bursa Malaysia.

Ia merekodkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai yang lebih tinggi (termasuk susut nilai aset hak guna), dan pelunasan RM27.2 juta pada suku kedua tahun kewangan 2024, berbanding RM17.35 juta pada suku sama 2023, katanya.

Tiada dividen diisytiharkan untuk suku yang dikaji.

Berbanding dengan suku pertama tahun kewangan 2024, keuntungan bersih kumpulan meningkat 36.76 peratus daripada RM1.27 juta, walaupun hasil susut 1.4 peratus daripada RM195.52 juta dalam keadaan jualan yang lebih rendah.

Untuk enam bulan pertama tahun kewangan 2024, MyNews mencatatkan keuntungan bersih RM3 juta berbanding kerugian bersih RM9.49 juta dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2023, manakala hasil meningkat 8.37 peratus kepada RM388.29 juta daripada RM358.29 juta.

MyNews kini mengendalikan 622 cawangan, terdiri daripada 471 cawangan myNEWS, 131 cawangan CU, dan 20 cawangan WHSmith.

Syarikat itu berkata, ia merancang untuk terus membuka kedai baharu sambil menambah baik dan mengubah suai kedai sedia ada jika perlu.

Syarikat berkaitan kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Bhd) mencatatkan perolehan seba...
21/06/2024

Syarikat berkaitan kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Bhd) mencatatkan perolehan sebanyak RM344 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, meningkat berbanding RM343.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata, pertumbuhan perolehan dijangka lebih baik tahun ini, didorong oleh pelbagai inisiatif dan projek yang sedang dijalankan oleh syarikat.

"Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai, dan pelunasan (EBITDA) yang kekal kukuh berjumlah RM81 juta mempamerkan kemampanan perniagaan syarikat untuk pertumbuhan dan keuntungan masa hadapan.

"Sorotan yang begitu memberangsangkan bagi tahun kewangan 2023 adalah lonjakan keuntungan selepas cukai (PAT) kepada RM8.9 juta, lebih sekali ganda daripada RM3.9 juta pada tahun kewangan 2022," menurut EPIC Bhd susulan pengumuman keputusan kewangan berkenaan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-43 hari ini.

Syarikat kekal cemerlang pada tahun ini dengan keputusan kewangan untuk lima bulan pertama iaitu Januari hingga Mei telah melangkaui sasaran dan mengatasi prestasi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhtar Suhaili, dalam kenyataan sama berkata prestasi kewangan yang kukuh pada tahun kewangan 2023 dan lima bulan pertama tahun kewangan 2024 jelas menunjukkan fokus strategik dan kecemerlangan operasi EPIC Bhd.

"Syarikat komited untuk meneruskan usaha memacu pertumbuhan dan memberikan nilai yang mampan kepada pemegang saham melalui projek dan pelaburan strategik berterusan," katanya.

Menurut kenyataan itu, EPIC Bhd mencatatkan perolehan sebanyak RM162.9 juta daripada Januari hingga Mei tahun ini, peningkatan 23 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Keuntungan kasar syarikat naik 42 peratus kepada RM67 juta manakala keuntungan sebelum cukai mencapai RM24 juta iaitu 5.7 kali lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lalu, katanya.

Melangkah ke hadapan, EPIC Bhd kekal optimis untuk mengekalkan trajektori positif dan komited dalam melaksanakan strategi perniagaan, katanya.

"Ini termasuk projek yang sedang berjalan dan dirancang terutama projek pembesaran Pelabuhan Kemaman, fasiliti pengitaran semula kapal dan pelantar hijau serta proses menaik taraf fasiliti pelabuhan untuk menampung peningkatan permintaan yang akan dipacu rangkaian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"Syarikat juga sedang meneroka beberapa projek berprofil tinggi yang kini dalam proses bidaan di samping pelaburan berpotensi dari dalam dan luar negara untuk pemajakan tanah milik syarikat di kawasan perindustrian Teluk Kalong (Kemaman)," menurut kenyataan itu.

Genting Bhd menyasar menjana hasil kira-kira AS$8.5 bilion (RM40 bilion) dalam tempoh 25 tahun akan datang daripada stes...
21/06/2024

Genting Bhd menyasar menjana hasil kira-kira AS$8.5 bilion (RM40 bilion) dalam tempoh 25 tahun akan datang daripada stesen jana kuasa gas di ZhouShan, Shanghai, di Wilayah Zhejiang, China, yang ia bercadang untuk mengambil alih.

Genting menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, syarikat itu menerusi unit tidak langsungnya Genting MZW Pte Ltd, bercadang untuk mengambil alih 49 peratus kepentingan ekuiti dalam SDIC Jineng (ZhouShan) Gas Power Generation Co Ltd, yang membangunkan jana kuasa berkuasa gas 2x745-megawatt di Zhoushan, dengan harga 100 juta yuan (RM64.87 juta).

Mengulas lanjut mengenai cadangan pengambilalihan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting, Datuk Seri Tan Kong Han, berkata kumpulan menyasar menjana AS$343 juta setahun bermula 2026, apabila stesen jana kuasa itu dijangka siap menjelang akhir 2025.

Beliau berkata, syarikat itu berharap dapat lebih banyak melabur dalam sektor tenaga hijau walapun segmen itu tidak memberi sumbangan yang besar kepada hasil kumpulan ketika ini.

"Jika anda melihat laporan tahunan terakhir kami, sektor liburan dan hospitaliti menyumbang kira-kira AS$4.9 bilion kepada hasil, manakala bahagian kuasa dan minyak dan gas pada masa ini, atau sekurang-kurangnya pada penghujung tahun lalu, hanya menyumbang AS$365.7 juta.

"Jadi, ia adalah bahagian yang kecil daripada sumbangan perniagaan, tetapi berdasarkan kepada harga semasa gas, ia boleh membawa hasil berjumlah kira-kira AS$1.3 bilion kepada kami.

"Itulah sebabnya kami teruja dan menghabiskan banyak masa dan tenaga dalam segmen ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, stesen jana kuasa gas adalah salah satu daripada tiga projek kelas H utama yang disenaraikan dalam Rancangan 5 Tahun ke-14 Wilayah Zhejiang.

"Ia menggunakan turbin gas kelas H yang dikeluarkan oleh GE Vernova Inc, yang merupakan turbin gas paling cekap di dunia dan projek itu dijangka menjadi unit kelas H pertama yang beroperasi di Wilayah Zhejiang apabila ia mencapai operasi komersial pada suku keempat 2025," katanya.

Gamuda Bhd menduduki tempat tiga teratas Syarikat Terbaik Keseluruhan dalam Perindustrian (termasuk Infrastruktur) dalam...
19/06/2024

Gamuda Bhd menduduki tempat tiga teratas Syarikat Terbaik Keseluruhan dalam Perindustrian (termasuk Infrastruktur) dalam Pasukan Eksekutif Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) 2024 oleh Institusi Penyelidikan Pelabur (II Research).

Kumpulan infrastruktur tempatan itu juga muncul satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam kedudukan tiga teratas itu.

Ia turut dinamakan antara Syarikat Paling Dihormati untuk Seluruh Asia selepas memenangi kedudukan dalam beberapa kategori, termasuk ke-2 untuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik, kedua untuk ESG, pertama untuk Hubungan Pelabur Profesional Terbaik dan tempat ketiga untuk Pasukan Perhubungan Pelabur Terbaik.

Menurut Gamuda, ia adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang disenaraikan dalam sektor Perindustrian (termasuk Infrastruktur) dalam tinjauan tahun ini, antara tiga rakan setara teratas, termasuk Larsen & Toubro dan LG Energy Solution.

"Pencapaian ini mengukuhkan pertumbuhan strategik serantau kumpulan merentasi pasaran Asia Pasifik, digariskan oleh prestij II Research, peneraju penilaian prestasi bebas dan pasaran kualitatif global.

"Pengiktirafan ini menyerlahkan lagi prestasi kewangan Gamuda yang kukuh, pengurusan luar biasa dan pendekatan perhubungan pelabur proaktif yang telah memacu kemenangan projek berturut-turut di Australia, Taiwan, Vietnam, Singapura, United Kingdom dan Malaysia.

"Kumpulan akan meneruskan hampir lima dekad kejayaannya dalam bidang inovasi, kepintaran strategik, modal insan dan daya tahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Metodologi tinjauan dilakukan dengan II Research mencari pendapat eksekutif kanan dalam syarikat, kumpulan pengurusan dana, dan firma sekuriti untuk membangunkan kedudukan dan penilaian bagi pasukan dan firma individu.

Penarafan ini mengukur prestasi kualitatif berdasarkan pendapat pengundi mengenai penyelidikan, jualan, perdagangan, perbankan pelaburan, dan hubungan pelabur.

Sejumlah 5,894 pelabur, pengurus portfolio dan penganalisis daripada 1,388 firma pengundi mengambil bahagian dalam tinjauan berkenaan, mencalonkan sejumlah 1,669 syarikat dan 2,595 individu merentasi 18 sektor.

Ini termasuk 4,943 profesional bahagian belian daripada 1,232 syarikat bahagian belian dengan anggaran AS$2 trilion ekuiti Asia (tidak termasuk Jepun) dan 951 penganalisis bahagian jualan daripada 156 syarikat.

Pengundi menilai syarikat mengikut setiap ciri atau atribut prestasi, undian mereka kemudiannya ditimbang mengikut pangkat yang telah mereka berikan kepada setiap syarikat dan diagregatkan untuk menghasilkan kedudukan belian, bahagian jual dan gabungan belian dan bahagian jual bagi setiap sektor.

Harga kenderaan elektrik (EV) yang bakal dikeluarkan oleh Perodua dijangka berada dalam julat RM50,000 hingga RM100,000,...
18/06/2024

Harga kenderaan elektrik (EV) yang bakal dikeluarkan oleh Perodua dijangka berada dalam julat RM50,000 hingga RM100,000, demikian menurut penganalisis.

Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata jangkaan jualan bagi tempoh awal projek EV Kebangsaan oleh Perodua itu ialah kira-kira 10,000 unit.

Beliau berkata, berdasarkan libat urus dengan MBM Resources Bhd baru-baru ini, kumpulan automotif itu membayangkan 2025 akan menjadi tahun yang sangat menarik dengan kemunculan model baharu Perodua D66b pada awal 2025 dan model EV Perodua menjelang akhir 2025.

"Model EV Perodua keluaran tempatan dijangka berharga dalam julat RM50,000 hingga RM100,000 dan diharapkan dapat dijual 10,000 unit dalam tempoh awal projek EV Nasional oleh Perodua," katanya dalam nota penyelidikan.

Mengenai permintaan terhadap EV di negara ini, Wan Mustaqim berkata, pihaknya percaya permintaan untuk kenderaan sedemikian akan disokong oleh banyak model baharu dan pengurangan cukai jalan untuk EV baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga meningkatkan unjuran bagi jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024 sebanyak empat peratus kepada 740,000 unit berbanding 710,000.

"Kami turut mengambil pandangan yang lebih yakin mengenai model D66b dan EV Perodua yang dijadualkan untuk dilancarkan tahun depan.

"Kami percaya walaupun ia akan menjadi perniagaan seperti biasa untuk segmen mampu milik, rasionalisasi subsidi bahan api berkemungkinan akan menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan," katanya.

Pada Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) baru-baru ini, Perodua mempamerkan prototaip EV pertama daripada 'Myvi Conversion' dikenali sebagai emo-1 yang akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu membangunkan teknologi elektrik.

Prototaip EV itu terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia, manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Katanya, kerjasama yang bermula sejak September 2022 itu bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan dengan menyaksikan Perodua dan ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas.

Jelasnya, harga kenderaan EV keluarannya dijangka tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak akan kurang daripada RM50,000.

Pos Malaysia Bhdmenjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kiplepay Sdn Bhd (Kiplepay) bagi memp...
18/06/2024

Pos Malaysia Bhdmenjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kiplepay Sdn Bhd (Kiplepay) bagi memperkenalkan sistem pembayaran dalam talian untuk perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

Langkah strategik itu membolehkan orang ramai kini memesan ubat daripada fasiliti kesihatan KKM dan melakukan transaksi pembayaran secara dalam talian sebelum dihantar oleh Pos Malaysia.

Ia juga adalah komitmen bersama memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sistem kesihatan bagi rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keupayaan terhad untuk mengunjungi fasiliti kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, berkata inisiatif itu mempamerkan komitmen kumpulan terhadap inovasi dan kebolehcapaian dalam penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, dengan mengintegrasikan teknologi pembayaran terkini ke dalam perkhidmatan UMP dengan lancar, Pos Malaysia sedang menyusun semula operasi dan memastikan akses yang mudah.

"Ini menunjukkan dedikasi kami dalam memenuhi pelbagai keperluan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan UMP yang beroperasi sejak 2011 adalah penting dalam memastikan pesakit menerima ubat yang ditetapkan secara langsung di kediaman dan memudahkan pematuhan kepada ubat-ubatan yang ditetapkan.

Bagi tempoh Julai hingga Disember 2023, UMP dan Pos Malaysia telah menghantar lebih daripada 348,501 bungkusan preskripsi, menekankan peranannya yang penting dalam menyokong inisiatif sistem kesihatan KKM.

Ciri pembayaran dalam talian yang diperkenalkan itu diintegrasikan melalui gerbang pembayaran Pos Malaysia ke dalam aplikasi MyUBAT KKM, membolehkan pesakit membuat pembayaran yang selamat dan mudah dari mana-mana sahaja.

Sistem itu menyokong pelbagai kaedah pembayaran, termasuk kad kredit dan debit serta perbankan dalam talian, memastikan proses transaksi yang lancar bagi semua pengguna.

Endereço

Mar De Espanha, MG

Notificações

Seja o primeiro recebendo as novidades e nos deixe lhe enviar um e-mail quando Murni Kewangan posta notícias e promoções. Seu endereço de e-mail não será usado com qualquer outro objetivo, e pode cancelar a inscrição em qualquer momento.

Entre Em Contato Com O Negócio

Envie uma mensagem para Murni Kewangan:

Compartilhar