Virtual Sarawak Financial Awareness

Directions

Virtual Sarawak Financial Awareness Virtual Sarawak Financial Awareness (ViSFA) The campaign will take place for 3 months commencing from 3 August 2021 until 5 October 2021.

Kempen Kesedaran Kewangan Sarawak 2021 (ViSFA) dianjurkan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna kewangan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan dan kesejahteraan pengguna secara menyeluruh. Kempen yang julung kali diadakan ini adalah usaha kolaborasi di antara agensi kerajaan, persatuan industri dan entiti swasta. Kempen ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula pada 3 Ogos 2021 hingga 5 Oktober 2021.

---------------------

Virtual Sarawak Financial Awareness Campaign (ViSFA) is established with the objectives to promote greater awareness on current issues related to financial services and financial consumer well-being as a whole. The inaugural campaign is a collaborative effort between government agencies, industry associations and private entities.

27/09/2026
23/09/2026
22/09/2026

Jelajah Bulan Literasi Kewangan 2026 kini turut berlangsung di Malaysia Timur!

Sambil siri Jelajah diteruskan di Semenanjung, program di Sarawak dan Sabah turut berjalan serentak, membawa literasi kewangan lebih dekat kepada komuniti di pelbagai bandar, kampus dan lokasi setempat.

๐Ÿ“ SARAWAK
๐Ÿ—“ 23 September-17 Oktober 2026
Kuching โ€ข Miri โ€ข Mukah โ€ข Sarikei โ€ข Samarahan

๐Ÿ“ SABAH
๐Ÿ—“ 7 -20 Oktober 2026
Sandakan โ€ข Kota Kinabalu โ€ข Telupid โ€ข Tuaran โ€ข Tawau โ€ข Penampang

Dari Semenanjung hingga Malaysia Timur, Jelajah Bulan Literasi Kewangan 2026 terus bergerak serentak untuk membuka lebih banyak ruang kepada masyarakat mendapatkan ilmu, bertanya soalan dan mengambil tindakan ke arah pengurusan kewangan yang lebih baik.

๐Ÿ’™ Sarawak & Sabah, jumpa kami di sana!

Bijak wang dulu, tenang bila perlu.
Money smart when it matters most.

Ikuti Financial Education Network untuk jadual dan lokasi Jelajah seterusnya.

Sabah myfenetwork

16/09/2026

๐Ÿšจ WASPADA SPOOFING CALL!

Jangan mudah percaya walaupun nombor telefon yang tertera kelihatan seperti nombor rasmi.

Penjenayah boleh memalsukan nombor telefon dan menyamar sebagai pihak berkuasa, bank atau agensi kerajaan untuk menakutkan mangsa serta mendapatkan maklumat peribadi dan wang anda.

๐Ÿ’ก KEKAL TENANG. Hentikan Panggilan & Jangan terpedaya. Lindungi diri daripada menjadi mangsa spoofing call.

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

16/09/2026
06/09/2026

โš ๏ธ AWAS: PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD! โš ๏ธ

๐Ÿ’ฐ โ€œSaya nampak ramai dah dapat untung!โ€
๐Ÿ“ˆ โ€œModal RM500 je, minggu depan dapat RM5,000!โ€

Itulah antara ayat yang sering digunakan oleh sindiket pelaburan tidak wujud untuk memerangkap mangsa.

Scammer biasanya akan meyakinkan mangsa bahawa pelaburan yang ditawarkan adalah selamat, menguntungkan dan tanpa risiko. Namun, apabila mangsa mula melabur dan memasukkan lebih banyak wang, keuntungan yang dijanjikan tidak dapat dikeluarkan.

๐Ÿšจ Akhirnya, bukan sahaja keuntungan tidak diperoleh, malah simpanan yang dikumpul bertahun-tahun turut lesap.

โš ๏ธ Ingat! Kenali T.I.P.U โ€“ Jika sesuatu pelaburan mempunyai ciri-ciri berikut, berwaspadalah:

๐Ÿ”ด T โ€“ Tidak Akan Rugi: Tiada pelaburan yang menjamin keuntungan tanpa risiko.
๐Ÿ”ด I โ€“ Indah Khabar Dari Rupa: Janji manis yang terlalu bagus untuk dipercayai.
๐Ÿ”ด P โ€“ Peluang Hanya Sekali: Tekanan untuk membuat keputusan dengan segera.
๐Ÿ”ด U โ€“ Untung Besar: Menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat.

โ— Itu petanda untuk lebih berhati-hati, bukannya lebih teruja.

โœ… Nak Kekal Selamat?
1๏ธโƒฃ Semak lesen syarikat bersama agensi penguat kuasa sebelum melabur.
๐Ÿ”— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: https://investsmartsc.my/
๐Ÿ”— Senarai Amaran Pengguna Kewangan: https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
2๏ธโƒฃ Gunakan SEMAKMULE PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/
3๏ธโƒฃ Jangan deposit wang ke akaun yang mencurigakan.

๐Ÿšจ Jika anda menjadi mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda dengan segera.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Address

Rajshahi Division

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Virtual Sarawak Financial Awareness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share