18/11/2021
Vaksin AstraZeneca, CoronaVac lulus sebagai dos penggalak
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang sudah menerima vaksin siri primer daripada jenis yang sama.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa enam bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin itu manakala bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas tiga hingga enam bulan daripada dos kedua diterima.
Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kump**an sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.