13/12/2023
PERBEZAAN ANTARA EXTENSION 101 DAN VOLUNTARY INSURANCE
Baru-baru ini timbul persoalan dikalangan pembaca yang apabila mengambil extension 101 akan cover 3rd party di Thailand sudah memadai. Maka ada yang kembali leka, mengambil hanya insurance wajib (compulsory) dan extension 101 sahaja. Maka di sini saya terpanggil untuk menerangkan perbezaan antara dua jenis insurance ini. Perbezaanya:-
1. Extension 101 hanya cover kerosakan kenderaan samada 1st party atau 3rd party sahaja dan claim hanya boleh dilakukan apabila kembali ke negara asal, contohnya Malaysia/Singapore.
2.Insurans Voluntary Thailand cover kerosakan kenderaan, nyawa, kecacatan kekal, orang ketiga (3rd party). Ianya boleh diselesaikan di negara Thailand.
3. Extension 101 perlu penginsurans dan orang ke-3 melakukan claim di negara Malaysia/Singapore. Makna kata kena pulang dahulu ke Malaysia atau Singapore.
4. Undang-undang Thailand mengkehendaki kes-kes kemalangan melibatkan rakyat negara mereka diselesaikan di Balai Polis negara Thailand. Oleh itu, apabila kes belum selesai, kenderaan orang negara asing contohnya Malaysia/Singapore akan di tahan di Balai Polis. Hanya apabila kes selesai, barulah tuan punya kenderaan dibenarkan membawa pulang kenderaan masing-masing.
5. Extension 101 perlu melalui proses adjuster (negera asal) menilai kerosakan dan pihak ketiga membawa kenderaan ke Malaysia/Singapore. Proses menunggu claim hingga selesai mungkin mengambil masa 1-3 bulan. Sudah tentu warga Thailand tidak mahu menunggu.
6. Insurans Voluntary Thailand, menyelesaikan kes ketika di Balai Polis Thailand, adjuster warganegara Thailand akan menilai terus dan berunding dengan orang ke-tiga. Pihak pertama (warga negara Malaysia/Singapore) tidak perlu risau dan kebanyakan kes diselesaikan dalam masa 1-2 hari sahaja.
7. Kes jadi panjang apabila melibatkan nyawa, atau cedera parah orang Thailand dan orang pertama hanya mempunyai insurans Compulsory (wajib) sahaja. Kes ini, akan menyebabkan passport dan kenderaan warga negara Malaysia/Singapore akan di tahan sehingga kes selesai. Kes ini dikategorikan Jenayah Berat (Khadi aya dalam bahasa Thailand) dan jika disabitkan kesalahan pesalah akan dipenjara.
Kesimpulannya, perlu mempunyai kedua-dua insurans extension 101 dan Voluntary Insurans disamping Insurans Compulsory dan Travel Insurans. Ini bagi menjamin proses dan urusan tuntutan samada pihak pertama, dan ketiga berjalan dengan lancar tanpa masalah.
Ci + Vi + Ti + Ext 101 = TRAVEL KE THAILAND