Adli Hashim

Adli Hashim Khidmat nasihat takaful

07/09/2021

3 Sebab Anda Perlukan Coach/Trainer

Masih ramai yang meragui apa perlunya sesi training atau coaching. Biar saya gunakan analogi mobile legend (ML) untuk menjelaskan fungsi dan tugas coach/trainer ni.

Dalam ML, coach/trainer ni ibarat tank. Jadi, apa tugas tank dalam ML ni dan apa kaitan dengan kita?

1. Main communicator

Antara tugas tank dalam ML adalah memberi maklumat berkenaan lokasi enemy. Macam mana tank dapat maklumat? Dari tinjauan, roam ke tempat lawan mahupun menyorok di dalam semak. Info tersebut sangat penting kepada ahli pasukan lain untuk menentukan apa plan seterusnya.

Begitu juga coach/trainer, tugasnya adalah sampaikan info. Dari mana dapat info? Ada yang dari pengalaman sendiri, ada yang belajar dari pengalaman orang dan ada yang hasil dari training yang dihadiri sebelumnya.

2. Initiator

Tugas tank dalam ML lagi adalah sebagai pemula war. Bila tank bagi isyarat akan memulakan war, team perlu ambil perhatian dan buat follow up. Bila team tak faham, war dah initiated pastilah tak ada follow up. Hasilnya, tank mati seorang diri lalu digelar noob. (Bukan luahan hati ye)

Ya, antara lain tugas coach/trainer adalah memulakan motivasi. Dan motivasi ini perlu diteruskan dan dilaksanakan. Barulah menjadi. Kalau tak, apa yang diberitahu coach/trainer hanyalah sekadar bebelan dan celotehan.

3. Roamer

Item wajib yang dibeli tank dalam ML adalah roaming item. Sebabnya, tank tak akan berkongsi experience dan gold yang diperolehi dari team lain untuk memaksimakan gold dan experience team lain dan core terutamanya.

Coach/trainer tak memerlukan kredit bila anda berjaya. Sebab itu semua adalah usaha anda. Anda yang menjadikan ianya realiti. Tugas coach/trainer adalah seperti yang dinyatakan di atas sahaja. Berjaya atau gagal, bergantung pada anda sepenuhnya.

Amacam? Dah faham sekarang tugas coach/trainer?

Nak main ML? Boleh je. Jangan lupa invite ye.




3 PERSOALAN UTAMA DALAM SAHAMNoob dalam saham?Orang sembang pasal saham, anda tergaru kepala tak faham?Di bawah ini jawa...
05/09/2021

3 PERSOALAN UTAMA DALAM SAHAM

Noob dalam saham?
Orang sembang pasal saham, anda tergaru kepala tak faham?

Di bawah ini jawapan bagi soalan yang selalu ditanya mengenai pelaburan saham:

1. Apakah maknanya mempunyai saham?

Apabila anda memiliki saham dalam syarikat, anda dianggap sebagai “pemegang saham”. Sebagai pemegang saham, anda adalah sebahagian daripada pemilik syarikat, dan berhak kepada keuntungan yang dijana oleh syarikat, walaupun anda tak bekerja dengannya atau menjalankan urusannya.

2. Bagaimana anda buat duit dari pelaburan saham?

Secara umumnya, ada dua cara pelabur boleh buat wang dari melabur dalam saham:

1) Keuntungan berbentuk dividen: Sebagai sebuah syarikat yang menjana keuntungan, syarikat itu boleh mengagihkan sebahagian keuntungan itu kepada pemegang sahamnya. Pengagihan keuntungan ini dikenali sebagai “dividen”.

2) Keuntungan yang berbentuk keuntungan modal: apabila syarikat semakin besar dan lebih berharga, harga sahamnya akan naik . Sekiranya anda melabur pada harga yang lebih rendah, anda akan menjana wang dengan menjual saham pada harga yang lebih tinggi. Keuntungan anda dibuat dengan kaedah “membeli rendah dan menjual tinggi”, yang juga dikenali sebagai keuntungan modal.

3. Adakah melabur dalam saham satu bentuk perjudian?

Perjudian adalah permainan kalah atau menang (zero-sum). Ia ambil wang dari si kalah dan beri kepada pemenang. Walau bagaimanapun, dengan membeli saham, anda melabur dalam perniagaan yang sebenar, yang menyumbang kepada kekayaan keseluruhan ekonomi. Boleh rugi ke? Boleh kalau tak kena caranya. Pastikan anda dapatkan nasihat profesional sebelum memulakan dagangan saham!

Sedia untuk berdagang saham?

Like dan follow page ni untuk info kewangan.

Adli Hashim

3 SEBAB KENAPA MENABUNG TIDAK BAGUSEh selalunya orang suruh menabung, ni cakap menabung tak bagus pulak. Kenapa eh?Bila ...
18/08/2021

3 SEBAB KENAPA MENABUNG TIDAK BAGUS

Eh selalunya orang suruh menabung, ni cakap menabung tak bagus pulak. Kenapa eh?

Bila cakap tentang membina kekayaan biasanya nasihat yang diberi adalah menabung dari kecil. Memang benar ada individu yang berjaya menabung sampai beli rumah, beli cincin (eh ada ye 😅) tetapi ada juga yang gagal dan terpaksa diisytiharkan sebagai muflis.

Membina kekayaan memerlukan rancangan untuk mengembangkan wang simpanan pada masa yang sama dapat mengatasi kadar inflasi. Baca seterusnya untuk mengetahui kenapa sikap menabung sahaja tidak mencukupi untuk menjamin masa depan anda.

1. Ia tidak menangani kenaikan inflasi

Walaupun “simpanan” dan “pelaburan” sering digunakan secara silih berganti, kedua-dua konsep ini mempunyai tujuan yang berlainan.

Simpanan memelihara wang daripada kerugian fizikal, tanpa mengambil kira pertukaran nilai wang tersebut.

Walaupun menyimpan wang adalah tabiat yang baik, ia tidak semestinya melindungi anda daripada keadaan pasaran seperti kemerosotan ekonomi atau kadar inflasi yang tinggi, yang mungkin menyebabkan nilai simpanan anda merosot dari masa ke masa.

Sebagai contoh, anda menabung RM10 dalam akaun simpanan. Amaun ini mencukupi untuk membeli satu minuman bubble tea. Tetapi, dalam masa setahun, harga minuman tersebut meningkat ke RM10.30. Walaupun anda masih mempunyai simpanan RM10, barangan yang boleh dibeli dengan jumlah wang tersebut akan berkurangan.

Inilah yang dikatakan inflasi.

Untuk menangani inflasi dan mengekalkan taraf hidup semasa anda, anda perlu menambahkan nilai simpanan anda pada kadar yang sama atau lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa.

Beberapa cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan melaburkan wang dalam hartanah, unit amanah, Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dan skim persaraan swasta (PRS).

Pelaburan seperti ini meningkatkan nilai simpanan anda dan melindungi nilai wang tersebut dari kemerosotan ekonomi.

2. Ia mengambil masa lebih lama untuk mencapai matlamat anda

Kita dinasihati untuk menabung dari muda. Antara sebabnya ialah untuk menjamin masa depan atau untuk memenuhi hasrat membeli rumah atau kereta. Bagi orang ramai, nasihat ini memanglah berbaloi.

Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan masa yang panjang untuk mencapai matlamat. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.

Contohnya, jika isi rumah anda mempunyai pendapatan median di Malaysia (RM5,000) dan anda dapat menabung 20% dari pendapatan ini bagi tujuan membayar wang pendahuluan untuk rumah yang berharga RM600,000.

Wang simpanan bulanan RM5,000 x 20% = RM1,000
Wang pendahuluan rumah RM600,000 x 10% = RM60,000

Tempoh masa yang diperlukan = RM60,000/RM1,000 = 60 bulan = 5 tahun

Bandingkan jika wang ini dilaburkan dengan kadar 6%:

RM1,000 x 60 bulan x 6% setahun = RM69,485.79.

Dengan ini, anda boleh melihat yang pelaburan dengan kadar yang konservatif mempunyai nilai kewangan 15% lebih tinggi dari hanya menabung. Dengan cara ini, anda boleh mencapai matlamat anda dalam tempoh masa yang lebih pendek.

3. Ia tidak menghasilkan pulangan yang tinggi

Pada masa ini, akaun simpanan di bank biasanya memberi hasil pulangan kurang dari 2%. Jika dibandingkan dengan purata kadar inflasi untuk 10 tahun yang bernilai 2.23%, nilai wang anda telah merosot jika hanya menabung sahaja.

Menabung melalui Tabung Haji menjadi kebiasaan untuk golongan beragama Islam. Akan tetapi, pulangan dividen sudah berkurangan sehingga kadar 3.05% di 2019 dan 1.25% di 2018.

Nasihat untuk memupuk tabiat menyimpan wang atau menabung untuk masa depan perlu dikaji semula. Ibubapa mungkin perlu mengambil kira nasihat ini: melabur RM1,000 sahaja, dengan kadar pulangan purata 10% setahun, akan menjadi RM1,465 dalam tempoh lima tahun – ini merupakan pulangan pelaburan lebih 46%!

Tidak ada satu strategi pelaburan yang akan menjamin kejayaan, tetapi sekurang-kurangnya kemungkinan mencapai matlamat anda adalah lebih baik berbanding dengan semata-mata menabung.

Setiap kaedah pelaburan mempunyai ciri dan risikonya tersendiri, dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, ketidaktentuan tersebut dijangka bergerak ke arah trajektori yang lebih tinggi dan menghasilkan pulangan kewangan yang besar bagi pelabur.





03/08/2021

Pelaburan mana yang sesuai untuk baki tahun 2021?

Tahun 2020 dan 2021 adalah masa yang sukar. Walaupun berlaku wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi, pasaran saham global terus melambung pada separuh pertama 2021.

Tetapi kita belum keluar dari masalah. Di Malaysia dan juga bahagian lain di dunia, kes COVID-19 telah meningkat lagi.

Apa maksudnya untuk portfolio pelaburan anda? Berikut adalah beberapa pandangan pelaburan dari Principal Asset Management Berhad (Principal) mengenai trend yang harus anda perhatikan pada separuh kedua tahun ini dan seterusnya.

1. Prospek pasaran global yang positif pada suku ketiga

Indeks FTSE All-World, yang mewakili prestasi ekuiti global, meningkat hampir 12% dari 1 Januari 2021 hingga 8 Julai 2021. Di AS, S&P 500 juga meningkat hampir 15% dari tahun ke tahun dan mencapai paras tertinggi.

Adakah trend menaik ini akan berterusan? Pada suku pertama tahun ini, S&P 500 telah melebihi jangkaan pendapatannya. Penganalisis menjangkakan bahawa ia akan terus memberikan pendapatan yang tinggi pada suku kedua.

Di samping itu, kenaikan hasil bon pada awal tahun mencerminkan prospek pertumbuhan dan pemulihan ekonomi yang lebih baik. Ini disokong lagi oleh persetujuan Presiden Joe Biden untuk pakej rangsangan 1.9 trilion dolar AS, yang akan membantu AS pulih secara ekonomi.

Sebagai pelabur, anda boleh memanfaatkan potensi pertumbuhan global melalui:

a. Principal Global Titans Fund (melabur di AS, Eropah dan Jepun)

2. Pasaran Asia dan ASEAN dijangka terus pulih

Gelombang jangkitan COVID-19 baru-baru ini sangat mencabar bagi banyak negara di Asia tetapi pelaksanaan vaksin telah dipercepat di kebanyakan negara Asia.

Disebabkan ini, pemulihan ekonomi akan berterusan ditambah dengan sokongan kewangan dan fiskal yang berterusan.

Sebilangan besar pasaran ASEAN dinilai rendah pada tahun 2020, dan oleh itu mempunyai peluang bernilai tinggi tahun ini. Oleh itu, ada peluang bagi mereka yang mencari pelaburan jangka panjang di sektor pelancongan, e-dagang, dan komoditi.

Pelaburan sesuai seperti di:

a. Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund (Asia Pacific ex-Japan)
b. Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund (Asia Pacific ex-Japan)
c. Principal Greater China Equity Fund (China, Hong Kong, and Taiwan)
d. Principal Asia Titans Fund (Asia ex-Japan)

3. Ekuiti Malaysia kekal murah

Walaupun jumlah kes di Malaysia meningkat lagi baru-baru ini, Malaysia juga mempercepat laju pemberian vaksinnya. Seiring dengan peningkatan, ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi dan pemulihan pendapatan korporat.

Meskipun terdapat turun naik dalam pasaran, ekuiti Malaysia tetap murah dan peluang masih banyak dalam dana seperti:

a. Principal DALI Asia Pacific Equity Growth Fund
b. Principal Small Cap Opportunities Fund
c. Principal Islamic Small Cap Opportunities Fund
d. Principal Lifetime Balanced / Balanced Income Fund
e. Principal Islamic Lifetime Balanced / Balanced Growth Fund

Jika berminat untuk memulakan atau menambah pelaburan anda di dalam dana-dana di atas, boleh rujuk saya untuk konsultansi.

*untuk bacaan penuh, boleh ke laman web imoney




iMoney is changing the way money moves.

KETAHANAN MENTAL (MENTAL RESILIENCE) - Part 2Sebelum ni saya ada kongsi, cara pertama untuk membina ketahanan minda adal...
27/07/2021

KETAHANAN MENTAL (MENTAL RESILIENCE) - Part 2

Sebelum ni saya ada kongsi, cara pertama untuk membina ketahanan minda adalah dengan mempunyai hala tujuan yang jelas.

Tapi apa kaitan hala tujuan dengan ketahanan mental ye?

Mengikut kajian Thomas Joiner yang bertajuk Interpersonal Theory of Suicidal Behaviour, kecenderungan membunuh diri adalah hasil daripada 3 perkara iaitu; rasa terasing (thwarted belongingness), perasaan membeban (perceived burdensomeness) dan putus asa (hopelessness).

Tiada atau kehilangan hala tuju boleh menyebabkan seseorang rasa terputus hubungan dengan orang lain ditambah dengan rasa membebankan orang lain akibat tiada sumbangan. Selain itu, tiada tujuan ini boleh menyebabkan rasa tiada apa yang penting dan rasa kekosongan (emptiness). Biasanya kekosongan itu selalui diisi dengan hiburan, hobi dan bahan terlarang yang tak akan memuaskan seseorang.

Untuk menentukan atau reset semula hala tuju kita, 2 soalan ini perlu dijawab:

1. Jika mencapai impian kita adalah pada skala 10, di mana skala yang kita berada sekarang? Contohnya, impian saya ialah pendapatan pasif RM10k sebulan, ini adalah tahap 10. Manakala pendapatan pasif saya sekarang cuma Rm3k. Jadi sekarang saya baru di tahap 3.

2. Apa yang perlu saya lakukan untuk membolehkan saya naik satu tahap ke atas? Contoh tadi, dari tahap 3, bagaimana kita mahu ke tahap 4? Apa yang boleh lakukan dalam tempoh 24 jam dari sekarang untuk membolehkan saya mencapai tahap 4?

Mulakan yang ni dulu. Nanti kita teruskan dengan Tips Ketahanan Mental seterusnya.

Jangan lupa kongsi tips ni dengan kawan, keluarga mahupun pasukan anda. Jom jadi baik dan membaikkan orang lain.








06/07/2021

5 SEBAB KENAPA ANDA TAK PERLU AMBIL MORATORIUM

1. SIMPANAN LEBIH 6 BULAN

Simpanan tabung kecemasan anda lebih dari 6 bulan dan tak ada keperluan mendesak untuk menggunakan duit moratorium tu.

2. TAK BERDISIPLIN

Bimbang bila ambil moratorium, tambah lagi hutang jahat. Hutang yang tak dapat tambah pendapatan pada masa hadapan.

3. RUMAH SENDIRI

Sendiri yang kena tanggung lebihan interest pada masa hadapan. Lainlah rumah yang disewakan, ada orang lain yang tolong bayar.

4. TAK MAHIR MELABUR/MERANCANG KEWANGAN

Tak ada idea macam mana nak kembangkan duit lebihan moratorium 2x atau 3x ganda. Kalau ada pun, tak faham apa strategi dan risiko pelaburan tu. Main ikut orang je. Orang kata gamble je la.

5. HUTANG YANG TAK MENAMBAHKAN PENDAPATAN

Hutang yang 100% liabiliti atau hutang jahat. Hutang ni patutnya diselesaikan segera. Jangan tangguh2 lagi. Kalau ada duit lebihan moratorium yang lain, boleh guna duit tu untuk selesaikan hutang jahat ni.





Kenapa ye KWSP tak boleh bagi on off je duit dekat pencarum? Tu kan duit pencarum??Peringatan, pos ini bukan bertujuan n...
01/07/2021

Kenapa ye KWSP tak boleh bagi on off je duit dekat pencarum? Tu kan duit pencarum??

Peringatan, pos ini bukan bertujuan nak backup KWSP atau apa sebab saya sendiri tak ada kena mengena dengan mereka. Ini pandangan peribadi saja.

Untuk pengetahuan semua, duit yang dah dicarum ke dalam KWSP ni tak semua adalah dalam bentuk tunai. Yang macam kita simpan duit dalam akaun bank tu. Tapi KWSP gunakan duit tu dilaburkan ke medium lain dengan tujuan untuk kembangkan dana persaraan kita. Dari situ lah kita dapat dividen setiap tahun.

Duit kita semua ni ada dalam bentuk saham, ada dalam bentuk bon dan ada dalam bentuk instrumen pasaran wang. Atas sebab tu juga, bila kerajaan umumkan nak keluarkan duit KWSP tu, mereka perlu keluarkan duit yang senang nak dicairkan tanpa usik duit yang dah dilaburkan tadi.

Sebab apa tak nak usik duit tu? Kalau usik, ada kemungkinan yang dividen kita dapat nanti sudah tentu rendah. Sudah tentu lagi ramai yang tak nak benda ni terjadi.

Faham ke faham?

Intipatinya, untuk desak kerajaan naikkan amaun i-Citra tu memang kita boleh buat. Itu memang patut sebab RM5000 tu x dapat nak tampung. Cuma untuk desak pemberian secara one off tu, mungkin kurang sesuai. Ini sekadar pendapat saya.

Apa2 pun kita doakan yang terbaik buat semua. Harapannya kita kembali pulih dari pandemik ni, insyaAllah. KITA JAGA KITA!!





3 CARA MENGGUNAKAN DUIT i-CITRA DENGAN BIJAKApa nak buat dengan duit RM5000 yang boleh dikeluarkan ni?1. KELUARKAN SEBAG...
29/06/2021

3 CARA MENGGUNAKAN DUIT i-CITRA DENGAN BIJAK

Apa nak buat dengan duit RM5000 yang boleh dikeluarkan ni?

1. KELUARKAN SEBAGAI PERBELANJAAN

Jika ada keperluan mendesak, gunakan saja duit tu. Tapi biarlah ia benar-benar mendesak. Sebab ini adalah kegunaan semasa anda bersara nanti. Ingat, duit ini adalah ibaratnya anda meminjam dari anda sendiri untuk kegunaan masa hadapan.

2. BIARKAN DI DALAM KWSP

Dengan mengandaikan pulangan dividen bagi KWSP adalah 5% setahun secara purata dan anda ada 25 tahun lagi sebelum bersara, nilai RM5000 tadi akan jadi sebanyak RM16,931 (rujuk gambar 2)

3. GANDAKAN DI TEMPAT LAIN

Gandakan nilainya di instrumen pelaburan lain, unit amanah sebagai contoh. Dengan jumlah yang sama dan tempoh pelaburan yang sama, 25 tahun, RM5000 tadi akan berkembang biak menjadi RM34,242. Hanya dengan mengambil risiko sederhana, potensi pulangan adalah 8% setahun secara purata (rujuk gambar 3)

Jika anda mempunyai kekangan untuk keluarkan duit dari akaun 1 untuk melabur dalam unit amanah sebelum ini, inilah peluang anda untuk gandakan dana persaraan anda.

Tak faham? Tak tahu? Takde masa?

Like page saya untuk lebih banyak info






Salam semua, Ada orang tanya, mahal ke nak buat hibah? Gaji saya kecil je. Takut tak mampu. Tengok lah harga kat bawah n...
27/04/2021

Salam semua,

Ada orang tanya, mahal ke nak buat hibah? Gaji saya kecil je. Takut tak mampu. Tengok lah harga kat bawah ni, mampu milik ke sangat mampu milik??

💢𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵;

👩🏻 𝗣𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻
𝟮𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟱𝟲.𝟭𝟯
𝟯𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟱𝟵.𝟮𝟱
𝟰𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟳𝟱.𝟱𝟬
𝟱𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟭𝟭𝟴.𝟳𝟱
𝟲𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟮𝟮𝟴.𝟮𝟱

👨🏻 𝗟𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶
𝟮𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟲𝟰.𝟱𝟬
𝟯𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟲𝟴.𝟮𝟱
𝟰𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟴𝟲.𝟱𝟬
𝟱𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟭𝟰𝟬.𝟴𝟴
𝟲𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ➡️ 𝗥𝗠𝟮𝟲𝟵

Manfaat lain:
HIBAH TAKAFUL RM150,000.

COVERAGE TINGGI, PREMIUM RENDAH 🔥

✅ Manfaat kematian RM150,000 sehingga RM1 juta
✅ Faedah lumpuh kekal/TPD RM150,000 sehingga RM1 juta
✅ Faedah penyakit terminal RM150,000 sehingga RM1juta
✅ Kalau meninggal, pasangan dpt FREE TAKAFUL selama 2 thn coverage RM100, 000
✅ Manfaat Pengurusan Pengebumian 10% drp manfaat kematian ( Dlm masa 48 jam terus dapat )
✅ PERCUMA Badal Haji
✅ PERCUMA Khidmat Kaunseling Kematian ( Jika kematian)
✅ PERCUMA Khidmat Guaman

𝗝𝗼𝗺 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗴𝗿𝗮𝗯 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁.

Last bulan ni untuk dapatkan hibah RM150k minimum, bulan depan minimum hibah dinaikkan ke RM250k!!

𝙎𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙢𝙗𝙖𝙩, 𝙬𝙖𝙨𝙖𝙥!
👉🏻
http://wasap.my/60145079035/HibahTakaful150k

18/04/2021

Antara pekerjaan yang berhadapan dengan risiko tinggi.

Kalau ada ahli keluarga anda atau kawan2 yang bekerja sebagai penghantar makanan, pujuklah dia untuk mencarum dalam takaful. Serendah RM50 sebulan je.

Kalau tak reti macam mana nak pujuk, mai suh dia tekan link bawah ni.

www.wasap.my/60145079035/takaful4rider






Address

Tasek Gelugor
13300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adli Hashim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share