10/10/2022
‼️KEMATIAN MENGEJUT ATLET MUDA PADA USIA 19 TAHUN‼️
Siapa sangka altet wanita negara berumur 19 tahun meninggal kerana serangan strok atau angin ahmar.
Ramai mungkin yang tahu tentang berita ini. Iaitu kematian seorang atlet penne bak negara kita dari Sarawak yang disahkan meninggal dunia mengejut pada 19 jun kelmarin kerana serangan Stroke. Ia dirawat sebelumnya di Hospital Umum Sarawak.
Secara terperinci tidak diketahui jenis stroke apa yang menyebabkan kematian arwah tersebut. Tetapi ianya sangat mengejutkan dan berlaku tiba-tiba tanpa ada sesiapapun yang menyangka termasuklah pelatihnya sendiri.
Arwah ini tidak obesiti pastinya.
Jadi apa faktor risiko terjadinya stroke sehingga meragut nyawa pada umur 19 tahun ini? Ya. Ini umur yang sangat muda. Sangat sangat muda.
Stroke atau angin ahmar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stroke pendarahan dan (stroke bukan pendarahan iaitu ischemic stroke kerana sumbatan pada saluran darah menuju ke otak menyebabkan sebahagian tisu otak mati.)
Sering dikaitkan dengan stroke pada young age atau usia muda adalah jenis ischemic stroke.
Satu statistik menunjukkan 7 hingga 15 dari 100,000 orang/per tahun akan mendapat stroke (jenis pendarahan atau bukan pendarahan) bagi usia 45 tahun ke bawah.
Banyak faktor risiko yang boleh mendasari terjadinya serangan stroke ini. Boleh google je.
Mesej saya disini,
1. Jangan lambat buat medical check up jika usia sudah melebihi 30 tahun. Dapatkan sekali bacaan pun cukup dahulu. Jika semuanya normal, ulang medical check up setiap tahun juga ok.
2. Jika dalam keluarga ada sejarah penyakit kronik atau meninggal mengejut, silakan buat medical check up pada usia lebih muda. Umur 18 tahun silakan buat pemeriksaan penuh termasuklah jantung.
3. Jika kerap sangat sakit kepala atau “migraine”, jangan biarkan. Kalau boleh dapatkan rujukan ke Pakar Neurologi jika berkemampuan.
Dr. Arisman, MD.
Oh ya, jangan terkejut ya. Kanak-kanak juga boleh mendapat stroke.
Bacaan lanjut mengenai young stroke boleh rujuk di sini https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3140048/
Sumber: https://www.mstar.com.my/sukan/2022/06/24/atlet-menembak-sarawak-meninggal-dunia-akibat-strok
MENDIANG yang berusia 19 tahun disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di Bau pada Jumaat.