Medical Card Takaful -Faedah Hospitaliti - Zulfadli Zakuan

Medical Card Takaful -Faedah Hospitaliti - Zulfadli Zakuan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Medical Card Takaful -Faedah Hospitaliti - Zulfadli Zakuan, Financial service, 133 A, Taiping.

"Bro, saya nak batalkan takaful", kata seorang pelanggan. "Boleh. Sebelum itu boleh saya tahu kenapa? Saya perlu isi dal...
21/01/2023

"Bro, saya nak batalkan takaful", kata seorang pelanggan.

"Boleh. Sebelum itu boleh saya tahu kenapa? Saya perlu isi dalam borang feedback"

Pelanggan berkenaan senyap beberapa ketika sebelum menyambung,

"Saya rasa rugi bayar RM300 sebulan selama 5 tahun. Kalau saya simpan jumlah ini, saya sudah ada sekurang-kurang RM18,000"

"I see... Begitu rupanya. Maknanya kalau Encik masuk hospital, meninggal dunia dan ditimpa penyakit kritikal dalam masa 5 tahun ini, baru Encik rasa untung melanggan takaful?"

"Eh, bukan begitu. Saya rasa rugi sebab tak guna pun selama 5 tahun ini".

"Kalau begitu saya cadangkan Encik langgan takaful pada waktu terbaik"

"Waktu terbaik? Maksud Encik?"

"Tadi Encik kata rasa rugi melanggan takaful sebab sudah 5 tahun bayar tapi tak digunakan. Jadi saya cadangkan Encik waktu terbaik untuk langgan takaful supaya tak rasa rugi"

"Boleh juga begitu. Bila waktunya?". Nampak bersinar-sinar wajahnya.

"Ada beberapa waktu terbaik untuk melanggan takaful.
Pertama, sehari sebelum kemalangan.
Kedua, 2 tahun sebelum ditimpa penyakit kritikal. Ketiga, Sehari sebelum meninggal dunia".

"Eh, mana boleh kita tahu bila kita mati, jatuh sakit atau kemalangan!".

Nampak beliau tak puas hati.

"Jadi, kalau Encik batalkan polisi ini sekarang, bagaimana agaknya jika berlaku musibah-musibah tadi selepas Encik batalkan polisi hari ini?"

Beliau terdiam. Mungkin sentap. Saya memang nak bagi sentap pun.

Saya menyambung lagi;

"Mungkin Encik rasa menyesal bayar RM300 sebulan selama 5 tahun tapi tak berlaku apa-apa. Tapi percayalah, Encik akan lebih menyesal sekiranya musibah tadi datang ketika Encik sudah batalkan polisi ini".

Saya biarkan beliau berfikir, sebelum menyambung lagi;

"Takaful bukan seperti Panadol yang boleh pakai masa kita sakit. Biar kita terawal 5 tahun sign up polisi takaful berbanding kita menyesal terlewat sehari."

Kisah ini adaptasi daripada sebuah kisah benar yang diolah kembali untuk memudahkan pembacaan.

Selepas diselidik, rupa-rupanya beliau menerima nasihat supaya batalkan polisi supaya ada duit lebih untuk buat simpanan supaya cukup deposit beli rumah.

Katanya, beli rumah lebih untung berbanding takaful.

Saya menarik nafas panjang sebelum kongsikan bahawasanya hartanah dan takaful adalah instrumen kewangan yang berbeza fungsi dan tujuan.

Hartanah bertujuan untuk pelaburan, manakala takaful p**a untuk tujuan perlindungan kewangan.

Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Hartanah bukan alternatif takaful.

Hartanah RM1 juta, installment RM5,000 sebulan. Tapi coverage income protection RM1 juta, sumbangan bulanan hanya sekitar RM250 sahaja.

Beli hartanah, boleh sewakan, tapi takaful tidak.

Tapi kalau masuk hospital, takkan nak tunjuk kontrak SNP kepada bank?

Zulfadli Zakuan,
PruBsn Takaful Wealth Planner,
Premier MDA

TERMINATION OF EMPLOYMENT - Medical Board Out‼️Selalu sangat jumpa prospek2 bila kita approach tentang medikal kad katan...
20/01/2023

TERMINATION OF EMPLOYMENT - Medical Board Out‼️

Selalu sangat jumpa prospek2 bila kita approach tentang medikal kad katanya tak perlu coz 'COMPANY DAH COVER'.

Tetapi hakikatnya mana ada company nak cover bil rawatan bila pekerjanya tidak lagi mampu bekerja untuknya.

Ini kes client saya, bukan sahaja tidak lagi mendapat benefit medikal kad tetapi juga diberhentikan kerja akibat stroke.😥 Alhamdulillah beliau ada mencarum plan Medikal Kad bersama PruBSN. Kini bil rawatan beliau dilindungi PruBSN.

Doakan agar urusan tuntutan client dipermudahkan. Sekiranya selesai dan berjaya client tidak lagi perlu membayar caruman bulanan beliau sehingga umur beliau 70 tahun

Credit to kak Sufidah

Zulfadli Zakuan
PruBsn Wealth Planner,
Premier MDA

Saya tak pernah paksa atau push sahabat-sahabat untuk sign up takaful. Saya cuma mintak peluang untuk share saja, apa ke...
18/01/2023

Saya tak pernah paksa atau push sahabat-sahabat untuk sign up takaful.

Saya cuma mintak peluang untuk share saja, apa kebaikan dan macam mana takaful boleh selesaikan masalah kita.

Tapi kita pun kena paham, kenapa kita perlu ada takaful sekarang. Bukan minggu depan, bulan depan apatah lagi tahun depan.

Salah satu sebab UMUR.

Makin meningkat umur, makin meningkat lah caruman. Yang kita risau, umur kita meningkat, tapi gaji kita naik tak banyak dan tak seiring dengan peningkatan caruman takaful.

Tak beban ke nak bayar kalau umur dah banyak? Baik amik sekarang kan?

Kedua sebab KESIHATAN.

Berapa ribu manusia kat luar sana nak apply takaful, tapi tak layak sebab dah sakit? Berapa banyak application kena "declined" atau kena "exclusion" sebab sakit?

Kita yang tak sakit ni, takkan nak rasa sakit dulu baru nak sedarkan? Baik sedar masa sihat!

Ketiga, WAITING PERIOD.

Setiap application takaful, ada waiting period 120 hari sebelum kita boleh guna kemudahan medical card kecuali accident.

Kalau sekarang kita tangguh lagi sebulan untuk sign up, maksud dia kita tangguh lagi 150 hari sebelum boleh guna medical card!

Rugi tak tangguh lama-lama macam tu?

So mai, saya share dulu dengan hangpa, kalau rasa takaful ni boleh bantu hangpa, amiklah.

Kalau rasa takaful tak boleh bantu hangpa, anggaplah hangpa tambah satu ilmu baru!

Simplekan? 😉

www.wasap.my/601119575848/nakfreequotation

Zulfadli Zakuan
PruBsn Wealth Planner,
Premier MDA.

P/S gambar lepas kaki jadi cyborg. Doakan sy cepat sembuh semua.

Apa itu Contestable Period?Jom saya share sikit info tentang contestable period yang perlu diambil tahu oleh kesemua pem...
18/01/2023

Apa itu Contestable Period?

Jom saya share sikit info tentang contestable period yang perlu diambil tahu oleh kesemua pemegang polisi takaful. Mana-mana polisi takaful akan ada contestable period ni. Sebab apa saya cakap macam ni? Sebab dah termaktub dalam Laws of Malaysia, Act 758, Financial Services Act 2013.

Contestable period ini adalah tempoh yang membenarkan syarikat Insurance atau takaful untuk melakukan penyiasatan lanjut ke atas claim/tuntutan yang dibuat oleh peserta takaful dalam tempoh kurang dari 2 tahun dari tarikh polisi berkuat kuasa.

Jadi kat sini, sekiranya anda bertangguh untuk apply pelan takaful, awak telah bazirkan tempoh contestable period. Sebab tu saya selalu cakap, APPLY AWAL. Sebab tak nak bazirkan period tu.

Antara penyakit yang biasa ditolak dan perlu siasatan tarikh sakit yang sebenar-benarnya ialah:

1. Masalah Jantung
2. Diabetis
3. Hypertension
4. Cyst dan sewaktu dengannya
5. ENT (ear, nose, throat)
6. Dan lain-lain penyakit yang ada tempoh perkembangan sebelum jadi sakit tersebut BURST

Kenapa boleh dicontest sebab penyakit kategori ini selalunya bukan penyakit yang berlaku 24jam.

Sejarahnya memang ramai yang mula mencari pelan takaful bila disahkan berpenyakit sekian-sekian. Jadi masa tu, even kami sebagai Penasihat Takaful pun tak boleh nak buat apa. Sebab kebanyakan syarikat takaful akan tolak permohonan takaful masa tu. Kalau ada pun yang terima, mungkin penyakit yang dah disahkan tu tak akan dilindungi lagi.

Perlu diingatkan takaful bukan tempat untuk orang sakit tukar duit kecil jadi duit besar. Maksudnya di sini, bayar medical card RM100, terus nak guna esok untuk operate jantung RM100,000. Tidak ye rakan-rakan sekalian.

Sebab itu takaful TAK COVER penyakit sedia ada. Dan sebab tu jugak lah saya biasa tegaskan, apply awal. Semoga bermanfaat 😊

Zulfadli Zakuan
Prudential Bsn Takaful
Premier MDA Unit
wasap.my/601119575848/pmtakaful

17/01/2023

Adakah anda masih dalam mood survey?

Banyak barang/makanan/peralatan kita boleh survey sebelum beli.

Ambil lah banyak mana masa yang ada sebelum betul-betul beli.

Sebab jika terlambat beli pun, masalahnya cuma habis stok. Impak kepada kehidupan tidaklah begitu besar.

TETAPI ..!!!
Tak sama dengan yang melibatkan kesihatan dan kematian.

Apatah lagi takaful.

Kat Malaysia ada 12 syarikat takaful. Semuanya bagus bagus 😊. Semua ada pros & cons masing-masing.

Bayangkan kalau kita nak panggil 12 ejen datang present kepada kita, memang akan pening. Mungkin makan masa setahun tapi mungkin tak ambil-ambil juga walau dah survey kesemua sekali.

Dan akhirnya sakit atau mati datang dulu. Part ni kita tak boleh control dia nak datang bila.

Kalau sakit, flashback semula baru teringat pernah "survey". Kalau mati, tak sempat nak flashback.

Semuanya ada kelebihan dan kekurangan.

Tips dia mudah ja. Kalau ada seorang ejen yang hampa rasa boleh dipercayai dan tahu kredibilitinya dalam berbakti, ambillah.

Mahal murah itu subjektif. Bila terpaksa guna, tak pandang dah caruman bulanan yang mahal atau pun murah sebelum tu.

Dan always percaya mahal atau murah ada sebabnya.

16 hari dah berlalu tahun 2023. Makin lama survey makin mahal caruman. Decide hari ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

Selesa dengan ejen hensem macam saya boleh terus contact2 kita la ya😂

www.wasap.my/601119454249/pmtakaful

Syukur Alhamdulillah🤲🏻Syukur Alhamdulillah🤲🏻18/03/2022 Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahaya mata k...
16/01/2023

Syukur Alhamdulillah🤲🏻
Syukur Alhamdulillah🤲🏻

18/03/2022

Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahaya mata kesayangan RM506,549.54 akhirnya lulus seperti yg di amanahkan.. syukur ya Allah..

Arwah baru sempat bayar caruman 2 kali, RM200 (RM100/bulan), namun, bulan ke 3 arwah telah pergi buat selamanya kerana wabak kencing tikus, dan meninggal kan 7 org anak😢

Masih segar diingatan, Arwah berkata selalu baca & tgk perkongsian saya tentang hibah takaful, dia berminat utk adakan simpanan utk anak7, Alhamdulillah selepas diberi penerangan arwah setuju byr rm100 sebulan utk perlindungan rm500,000..

Suami arwah telah membuat simpanan utk anak7 di Amanah Raya hasil dari duit hibah takaful yg ditinggalkan.. Beliau nak simpanan anak7 kekal selamat andai dia juga dijemput Ilahi.. di amanah raya, simpanan anak7 selamat, Tp masih boleh keluarkan utk kegunaan pelajaran, makan minum, perayaan & brg keperluan (mengikut syarat)..

Semoga Ramadhan & Raya tahun ni lebih bermakna buat anak7.. lebih membahagiakan saya bila suami arwah memberitahu boleh sediakan kenderaan yg lebih baik buat anak7 dgn wang hibah takaful, beliau rasa bersyukur, hibah takaful banyak membantu beliau beri keselesaan buat anak7 yg sebelum ni diuruskan oleh beliau seorang selepas pemergian isteri tercinta...

Tiada apa yg lebih menggembirakan seorang agent takaful bila mana dapat membantu menguruskan amanat Client sehingga ke akhirnya..

Buat ke tujuh-tujuh anak, andai suatu masa nanti, kamu telah dewasa & berjaya, ingatlah bahawa hidupmu pernah terbela kerana hibah takaful dari arwah ibumu seorang yg bijak merancang masa depan dengan menabung di dalam takaful 🤲🏻💕

Credit to: Siti Fatima

ssalamualaikum Sahabat sekalian. Kalau ada kawan kawan yang polisi takaful dia takda agent service/jaga “orphan certific...
14/12/2022

ssalamualaikum Sahabat sekalian.

Kalau ada kawan kawan yang polisi takaful dia takda agent service/jaga “orphan certificate”, boleh pass contact dia dekat saya.

Saya boleh service walaupun berlainan syarikat.

Mohon panjangkan posting ini. Kesian kebajikan client.

Terima kasih sahabat sekalian

Sama sama kita doakan brader ni dipermudahkan urusan

Saya tauuuuuuuu…….Ramai yang masih berkira kira nak ambik ke tak. Tapi takpa ni saya tak juai, cuma nak galakkan hampa s...
13/12/2022

Saya tauuuuuuuu…….

Ramai yang masih berkira kira nak ambik ke tak. Tapi takpa ni saya tak juai, cuma nak galakkan hampa semua bertanya sahaja. Tak cukup bajet pun takpaa mai ja tanya. Kita tengok apa yang sesuai untuk abang abang, kakak kakak semua….

Saya tauuuuuuu………
Ramai yang rasa tak cukup duit yang ambik pelan yang gila gempakk punyaaa…. Dia umpanya macamni, lagi sanggup takda rumah ka, atau sekadar duduk rumah sewa dulu pun takpa….

Saya tauuuuu………..
Ramai yang rasa benda ni tak penting lagi. Yes, masa sihat memang tak penting…Bukan boleh guna pun kalau tengah sihat ….. RUGI !
Tapi masa SAKIT ja boleh guna.. Baru selamat duit saving….
Tapi masa sakit baru nak ambik, SEMUA COMPANY TAKAFUL pun takda nak cover masa tu.. SEBABTU KENA AMBIK MASA SIHAT.
Saya tauuuuuu………..
Ramai dok anggap masa claim jadi masalah…. Masa nak pakai jadi masalah…. Cuba tanya Agent yang tak masalah, client saya Alhamdulillah dengan izin Allah semua takda masalah.
Dari claim RM50, sampai la puluh-puluh RIBU Alhamdulillah semua Allah izin.
Saya tauuuuuuu………
Sebab apa hampa baca habis ni, Hampa tengah pikiaq nak ka tanak. Nak ka tanak…. Sini saya habaq meh, SAYA TAK PAKSA… Janji mau dengaq dulu sapa yang saya nak sampaikan. AMbik Takaful ni bukannya macam beli kad RFID…. Beli kad, reload RFID lepastu larikkkkkk…

Okay sembang banyak takpa. Cuma InshaaAllah saya boleh bantu jelaskan satu persatu.

Meh tekan link bawah

https://wa.me/message/HBXXM2JHSRCKB1

17/10/2022

Bulan ni saya nak bantu 5 orang untuk memiliki perlindungan takaful dan medical card dengan caruman bulanan yang istimewa.

Dan kalau ada yang referkan kawan kawan untuk ambil takaful, saya akan sedekahkan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih.

Ini bukan rasuah ataupun bodek, Tapi jika usaha ini diperlukan untuk memastikan orang kita dilindungi manfaat, jadi apa salahnya kan ?

Bismillah…AllahuakhbarSebak didada tidak dapat digambarkan, perasaan sayu pilu semua ada, pertama kali dalam sejarah seb...
04/10/2022

Bismillah…

Allahuakhbar

Sebak didada tidak dapat digambarkan, perasaan sayu pilu semua ada, pertama kali dalam sejarah sebagai ejen TAKAFUL menyempurnakan penyerahan cek Pampasan Tuntutan Kematian kepada waris.

Allahyarham telah meninggal dunia pada 30/5/2022.. Meninggal disebabkan kemalangan. Allahyarham terlanggar lori yang parking di bahu jalan semasa p**ang dari kerja. Allahyarham bertugas sebagai ustaz, disebuah sekolah agama dan imam masjid, usia Alllahyarham 31 Tahun dan baru mendirikan masjid 5 bulan.

Allahyarham mencarum ditakaful baru 2 tahun, 2020 semasa PKP 1.0 dan bulanan caruman RM150. Hibah Takaful yang Allahyarham ambil sebanyak RM442.000.00, disebabkan Allahyarham meninggal akibat kemalangan, Papasan HIBAH Takaful jadi berganda RM940.000.00.

Diharap dengan penyerahan cek HIBAH TAKAFUL tersebut dapat meringankan beban waris dan ahli keluarga Allahyarham.

Perkongsian pengalaman daripada sahabat ejen.

wasap.my/+601119575848/hibah

Zulfadli Zakuan,
Perunding Hibah Anda

Pru Venture Gen-Z Program I am actively seeking a partner within this programme. Herein are the specifics. Those that me...
29/08/2022

Pru Venture Gen-Z Program
I am actively seeking a partner within this programme. Herein are the specifics.

Those that meet our qualifications are encouraged to apply :

1. Minimum Diploma / Degree in any field
2. Own transportation
3. Educatable and eager to learn 4. Age between 22 and 32
4. Recent Graduate / Professional
5. A business perspective is advantageous.
6. Taiping, Petaling Jaya (others location will be considered)
7. Contractual basic allowance commencing at RM 3,000 per month for 18 months for qualified candidates.
8. Bonus offered
9. 2 vacancies

What do we provide as a designated agency?
1. Proven functional system Top-notch free training from an industry expert
2. Well-known mentor "5-time MDRT Members" (Global Award for the Financial Industry)
3. Group assistance throughout early engagement

"We will never know how something works until we give it a try ourselves."

First-come, first-served. Just 2 vacancies.

Kindly contact me for enquiries:
011-19575848 (Zulfadli Zakuan)
[email protected]

*tolong share sekurangnya orang lain boleh nampak peluang ni

The significance of having a well-thought-out plan for one's   is often overlooked by the vast majority of working adult...
14/08/2022

The significance of having a well-thought-out plan for one's is often overlooked by the vast majority of working adults.

You see, by the time the majority of individuals reach such an epiphany, it is typically too late for them to take advantage of the numerous opportunities that could have provided them with both and mental contentment in their older years!

As a result, getting started ANYWHERE is ALWAYS BETTER than not getting started at all.

Have you made any progress on putting together your own ? In that case, maybe we can have a sesion where we can discuss more about it.

Synergy Group Wealth Planner
Zulfadli Zakuan
011-19575848

Address

133 A
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medical Card Takaful -Faedah Hospitaliti - Zulfadli Zakuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Medical Card Takaful -Faedah Hospitaliti - Zulfadli Zakuan:

Share