Info Kewangan & Takaful

Info Kewangan & Takaful Page khas berkongsi maklumat tentang Takaful, Unit Amanah dan kelebihan A$B Financing untuk memaksimumkan keuntungan pelabur. Terima kasih atas sokongan Anda.

⚫️ Umur 40 baru nak start menyimpan RM200 sebulan, dengan dividen tahunan 4%, umur 60 baru ada RM73,000.⚫️ Umur 20 dah s...
29/11/2021

⚫️ Umur 40 baru nak start menyimpan RM200 sebulan, dengan dividen tahunan 4%, umur 60 baru ada RM73,000.

⚫️ Umur 20 dah start, simpan RM200 setiap bulan, dividen tahunan 4%. Umur 60 dah ada RM232,000.

Kau rasa macam mana? Yang mana lebih ok?

Kalau tanya aku, kedua-duanya ok.
Yang tak ok tu ialah mereka yang langsung tak menyimpan. Perit bang, perit anak tekak aku pesan.

02/09/2021

Org bijak belajar dari pengalaman sendiri, org yg bijaksana belajar dari pengalaman org lain

Waktu hidup tak nak bayar hutang aku,Takpa...kau tunggu...Akanku tuntut saat jenazah kau diusung.Berapa ramai y beri hut...
02/09/2021

Waktu hidup tak nak bayar hutang aku,
Takpa...kau tunggu...
Akanku tuntut saat jenazah kau diusung.

Berapa ramai y beri hutang..fikir begitu?

Tidakkah kalian y meninggal, sudah tinggalkan "musibah" kepada ahli keluarga y hidup...

Fikirkan lah...
Benda boleh bincang kan

26/08/2021

Dalam kewangan ada setiap bahagian yg perlu kita lengkapkan . setiap satu ada fungsi masing-masing. Contohnya :

✅ Hartanah 🏘️ : Untuk kita kumpul asset, dan menikmati kenaikan harga rumah.

✅ ASBF 💵 : Untuk cipta rekod dekat bank dan untuk kumpul duit dengan lebih cepat dalam jangka masa pendek.

✅ Unit Trust 👨‍🦳: Untuk kumpul duit dalam jangka masa panjang. Pelaburan dalam instrumen ni mesti lebih dair 5 tahun, lagi lama, lagi bagus. Ia amat sesuai utk tabung persaraan dan pencen.

✅ Takaful 🏥 : Untuk melindungi income kita. Ikut kemampuan atau bajet kita. Yang penting, mesti ada walaupun coverage rendah.

✅ Saham 💹: Untuk kembangkan duit kita dengan cara paling cepat. Kalau ada ilmu, baru lah digalakkan untuk melabur dalam Saham, sebab ia adalah berisiko tinggi.

Saya cakap macam ni bukan sebab saya boleh bagi consultation untuk semua di atas.

Saya cakap macam ni sebab semua orang kena tahu yang dalam kewangan, setiap satu dari bahagian di atas adalah penting dan saling melengkapi.

Rashidi Md Jaafar
Konsultan kewangan

11/08/2021

3 SOALAN MAUT

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.
Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;

1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka dan memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsingan yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan? MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? Maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? Jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman? Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.

Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

Penama KWSP ni pemegang amanah sahaja..beratnya tanggung jawab nya.. Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewari...
29/07/2021

Penama KWSP ni pemegang amanah sahaja..beratnya tanggung jawab nya..

Tanggapan kita, penama ni adalah org yg akan mewarisi duit kwsp kita...so kita letak la nama org tua, nama anak2...tang nama pasangan tu, ada yg letak, ada yg tak, bergantung kpd sikap dan sifat pasangan tu terhadap dirinya...

Penama bukan pewaris...

Penama ialah pemegang amanah sahaja...org yg bertanggungjawab utk menguruskan duit kwsp itu, utk dibahagikan secara FARAID...ya, duit itu akan diagihkan secara FARAID kpd waris2 yg layak...

Jadi, duit tu bukan hak penama...

Ada org, dia letak nama penama, pastu dia xbgtau langsung kat penama...dia buat senyap, dia rahsiakan dan bila dia dh xde, dah meninggal, yg si penama xbuat apa2 sbb dia xtahu bahawa dia lah pemegang amanah yg dilantik si mati (arwah) utk menguruskan duit simpanan pekerjaannya...

Maka, duit tu masuklah dlm kategori harta yg tak dituntut...

Kadg2 lawak pun ada bila berckp bab mewarisi duit ni...yg perempuan xnak letak nama suami sbb dlm otak dah set, nnt suami kawin lain, pastu bleh bermewah2 dgn hasil duit penat lelah keje dia...maka dia letak nama anak...anak yg dibwh umur 18, dia xbleh menguruskan harta tu smpai dia cukup umur...

Klu skrg usianya 8 tahun, maka dia kena tgu lagi 10 tahun...jadi klu bleh, JANGAN letak nama anak...

Letaklah nama seseorang yg bleh dipercayai, yg jujur dan amanah utk menguruskan duit tersebut...seseorang yg faham akan agama dan tak jahil...kemudian maklumkan tuan punya badan tu yg kita dh lantik dia sbgai penama duit kwsp kita, dan mintak dia laksanakan amanah yg diberi dgn sebaiknya...

Xpyh nak berahsia2 bab letak nama penama ni siapa...kena hebah dan hebohkan agar waris2 kita tahu siapa yg akan menguruskan duit peninggalan kita bila kita dah tiada kelak...

Semoga bermanfaat...🙂

Rashidi Md Jaafar

06/07/2021

20 TIPS KETENANGAN.

1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.

5. Banyakkan senyum dan ketawa. Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.

6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakab semula emosi negatif sendiri.

7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.

8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.

12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.

13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.

14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.

15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.

16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.

17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

20. Banyakkan riadah dan bers**an.



- Rashidi Md Jaafar-

WAJIB AMBIL MORATORIUM UNTUK SETELKAN HUTANG LEBIH PANTAS DAN BAIKI CASHFLOW BULANAN. 2 TEKNIK POWER!Ala, kau ambil saja...
29/06/2021

WAJIB AMBIL MORATORIUM UNTUK SETELKAN HUTANG LEBIH PANTAS DAN BAIKI CASHFLOW BULANAN. 2 TEKNIK POWER!

Ala, kau ambil saja moratorium dari bank tu. Kalau ambil, kau tak perlu bayar komitmen dengan bank selama 6 bulan. Saya straight to the point saja ya.

Katakan total komitmen bulanan seisi rumah kau dengan bank adalah RM8,000. Jadi simple calculation, dalam masa 6 bulan kau akan ada simpanan terkumpul RM8,000 x 6 = RM48,000.

Kawan-kawan, inilah masanya kau nak acah-acah bijak kewangan dapat simpan RM8,000 setiap bulan. Kalau tak ada moratorium ni, entah-entah keajaiban ni tak kan pernah berlaku kat kau. Ha!

Saya nak share cara selesaikan hutang dengan pantas dan berkesan. Lepas setel hutang ni satu persatu barulah kau boleh dapat cashflow bulanan yang lebih baik.

Sebelum mulakan teknik ni, kau kena buat dana kecemasan 3 bulan gaji. Atau paling tidak pun 1 bulan gaji. Nak selamat, 6 bulan lagilah bagus.

Contoh dana kecemasan 3 bulan gaji ni macam ni. Kau seisi rumah bergaji RM10,000. Maka kau kena sentiasa ada RM10,000 x 3 = RM30,000 sebagai dana kecemasan. Biasanya orang park dalam ASB atau Tabung Haji.

Anggaplah kau semua dah ada simpanan kecemasan ya.

Okay, ini teknik pertama.

1. Snowball

Kau fokus untuk buat full settlement bagi hutang yang paling kecil amaunnya. Pada masa yang sama, kau tetap kena bayar komitmen bulanan hutang-hutang yang lain.

Tapi, since sekarang ada moratorium, kau tak perlulah bayar baki hutang-hutang lain tu 6 bulan.

Susunan dia macam ni:
1. Pembiayaan peribadi 1 RM10K
2. Pembiayaan peribadi 2 RM15K
3. Pembiayaan peribadi 3 RM20K
4. Pembiayaan kereta 1 RM80K
5. Pembiayaan kereta 2 RM120K
6. Pembiayaan rumah RM500K

Jadi, kau kena ada sejumlah duit yang cukup untuk buat full settlement hutang pertama tu. Yang tu yang paling mencabar.

Tapi sekarang dah tak mencabar sangat pun. Sebab kau ada moratorium. Kan dah kira awal-awal tadi. Selepas 6 bulan, kau akan ada RM48,000.

Jadi, kau boleh gunakan RM45,000 untuk setelkan hutang 1, 2, 3 tu. Ada baki lagi RM3,000. Bolehlah kau tambah dalam simpanan kecemasan kau.

Lepas kau dah setelkan hutang 1, 2, 3 tu, kau akan ada lebihan duit (cashflow) setiap bulan, anggaran RM1,500.

Nampak kan. Kau akan lega sebab 3 hutang kau dah setel. Lepas tu tiba-tiba kau ada duit lebihan RM1,500 setiap bulan.

Maka simpan lebihan tu setiap bulan sampai cukup untuk bayar hutang 4 dan 5 tu p**a.

Dengan cara ni, hutang kau akan selesai satu per satu, sampailah semua hutang kau setel.

Kalau rasa lambat nak tunggu sampai cukup, mungkin makan masa bertahun, maka kau buatlah side income kaw-kaw dan simpan duit banyak-banyak.

Okay, ini p**a cara kedua.

2. Debt Stacking

Kau kena susun semua hutang dan komitmen kau ikut kadar keuntungan bank atau faedah. Jadi, kau kena selesaikan hutang dengan kadar keuntungan bank yang tertinggi.

Susunan dia macam ni:
1. Kad kredit 18%
2. Pembiayaan peribadi 13%
3. Pembiayaan kereta 5%
4. Pembiayaan rumah 4.5%
5. PTPTN 1%

Jadi, dalam situasi ni kau kena selesaikan dululah hutang kad kredit kau tu. Pada masa yang sama, tetap kena bayar bulanan hutang-hutang lain.

Dengan cara ni, kau akan dapat kurangkan keuntungan yang kau kena bayar kepada bank. Tapi kalau hutang kad kredit tu besar gila, maka lambatlah kau dapat selesaikan hutang pertama kau (kad kredit).

Maka, lambat jugalah kau akan dapat cashflow untuk kau mula selesaikan hutang kedua p**a.

Nak pilih teknik yang mana?

Kalau saya, saya lebih s**a teknik snowball tu. Sebab lebih mudah dan cepat untuk selesaikan hutang pertama yang amaun kecil. Jadi, bila dah setel hutang pertama automatik saya akan ada lebihan cashflow setiap bulan.

Saya akan gunakan cashflow baru saya tu untuk bayar hutang kedua hingga selesai. Sambung p**a dengan hutang ketiga sampai semuanya selesai.

Kau tengoklah sendiri macam mana kau punya tahap kewangan. Sesuai yang mana, kemudian proceed.

Tapi tak semestinya kau kena selesaikan semua hutang tu segera. Contoh untuk pembiayaan rumah pelaburan, tak perlu buat full settlement pun tak apa. Biarlah bayar sampai 35 tahun pun, sebab penyewa yang bayarkan.

Oh ya! Dalam fasa nak snowball atau debt stacking tu, kau janganlah tambah hutang baru ya. Kalau tak, tak setel setellah hutang sedia ada kau tu sampai akhir hayat. Sedih!



SHARE jika bermanfaat.
TAG kawan yang blur-blur lagi tu.

MORATORIUM automatik 6 bulan bermula Julai untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20i-Citra KWSPAhli KWSP boleh buat ...
29/06/2021

MORATORIUM automatik 6 bulan bermula Julai untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20

i-Citra KWSP
Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000. Pengeluaran RM1,000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP bermula 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

.

  BUAT APA DUIT MORATORIUM?1. Buat simpanan Dana Kecemasan. Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita aka...
29/06/2021



BUAT APA DUIT MORATORIUM?

1. Buat simpanan Dana Kecemasan. Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.

Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.

Jika masih ada gaji, guna duit gaji . Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja!

Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!

2. Boleh bayar baki hutang kad Kredit. Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat.

Mengapa kad kredit?

Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.

3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu. Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7% . Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali dirumah kita.

4. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.

Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.

Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.

5. Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba.

Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.

Jika ini pelaburan pertama anda, "saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah" . Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya.

Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Kredit to Azizul Azli Ahmad.



18/06/2021
Jangan letakkan Penama Hibah Anak Bawah UmurRamai yang berlumba-lumba ambil Hibah Takaful kebelakangan ni.Mungkin timbul...
18/06/2021

Jangan letakkan Penama Hibah Anak Bawah Umur

Ramai yang berlumba-lumba ambil Hibah Takaful kebelakangan ni.

Mungkin timbul kesedaran kewangan semenjak fasa PKP.

Biasanya ketika proses permohonan, pelanggan akan diminta untuk menamakan penama Hibah.

Apa fungsi penama ni?

▪️Penama ini akan bertindak sebagai orang yang akan menerima hasil pampasan tersebut.

▪️Jika memilih penama Hibah, penama akan menerima hasil pampasan tersebut secara mutlak. 100% jadi milik penama, tidak perlu agih ikut faraid.

▪️Jika memilih penama Wasi, penama akan menerima hasil pampasan tersebut, namun bukan terima secara mutlak. Penama Wasi hanya bertindak sebagai wakil untuk mengagihkan hasil pampasan tersebut mengikut hukum faraid.

▪️Jika anda ingin melantik seseorang sebagai penama contoh jika pemilik polisi adalah seorang suami, isteri p**a sebagai penerima.

Biasanya tiada masalah.

▪️Tetapi hati-hati jika melantik anak-anak dibawah umur sebagai penerima. Bagi kes kematian kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut, duit pampasan akan diserahkan kepada pemegang amanah awam iaitu Amanah Raya Berhad. Mereka perlu tunggu sehingga 18 tahun untuk keluarkan duit.

Alternatif lain :

▪️Lantik syarikat amanah sebagai pentadbir. Hasil pampasan tersebut akan diuruskan oleh pentadbir. Tak perlu biar bertahun-tahun di Amanah Raya.

Ia relevan. Seandainya semua penama meninggal dunia sekalipun, pentadbir dari syarikat amanah masih boleh dapatkan hasil pampasan untuk diuruskan.

▪️Lantik penama individu berusia 18 tahun ke atas.

Penting sebenarnya ilmu pengurusan pusaka.

-Shidie-

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Kewangan & Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Info Kewangan & Takaful:

Share