Insyirah Advisory

Insyirah Advisory Nasihat Kewangan | Pelaburan | Perancangan & Pengurusan Pusaka | Takaful Am | Group Business Takaful | Personal Accident | Roadtax Renewal

27/06/2025
𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗩𝗲𝗿𝘀𝗶 𝟮.𝟬Ramai di antara kita mungkin pernah mendengar pelbagai anda...
25/10/2024

𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗩𝗲𝗿𝘀𝗶 𝟮.𝟬

Ramai di antara kita mungkin pernah mendengar pelbagai andaian mengenai pengurusan harta pusaka. Namun, sejauh mana kebenarannya? Jangan biarkan stereotaip dan mitos mengaburi pandangan anda dalam membuat keputusan penting ini.

Dalamilah ilmu yang tepat dan dapatkan nasihat serta panduan berdasarkan pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan harta pusaka Islam.

Mitos 1:
Aku penama KWSP arwah Abah, jadi semua duit tu aku punya lah!

Fakta:
Penama dalam KWSP bukan pemilik mutlak wang KWSP si mati. Mereka hanya bertindak sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut kepada ahli waris yang layak. Pembahagian wang itu harus diagihkan mengikut hukum perwarisan Islam atau mengikut persetujuan yang dipersetujui oleh semua waris.

Mitos 2:
Saya sayang anak angkat saya, jadi mestilah dia dapat semua harta saya kalau saya tak ada nanti!

Fakta: Anak angkat tidak mempunyai hak secara automatik ke atas harta pusaka ibu bapa angkat mengikut hukum faraid, kerana mereka bukan ahli waris yang sah. Namun, ibu bapa angkat boleh memberikan maksimum satu per tiga (1/3) daripada keseluruhan hartanya. Selebihnya, harta akan dibahagikan kepada ahli waris yang sah mengikut faraid.

Mitos 3:
Kalau kahwin dengan wanita Negeri Sembilan, semua harta suami jadi hak isteri lepas suami meninggal!

Fakta: Adat Perpatih menekankan harta diwarisi oleh perempuan keturunan sebelah ibu, dan ia tak mengatasi hukum faraid. Sekiranya suami meninggal dunia, harta beliau tetap perlu dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

as-Salihin Trustee Berhad | https://www.as-salihin.com

Selamat Hari Malaysia 2024
15/09/2024

Selamat Hari Malaysia 2024

Seorang lelaki yang memiliki aset sebanyak RM 2 Juta telah meninggal dunia. Aset-aset ini terdiri dari rumah-rumah kedia...
25/09/2023

Seorang lelaki yang memiliki aset sebanyak RM 2 Juta telah meninggal dunia. Aset-aset ini terdiri dari rumah-rumah kediaman dan sewa, kereta, akaun bank dan pelaburan di Malaysia. Sekiranya beliau tidak membuat wasiat sebelum kematiannya, aset-aset ini akan dibekukan dan memerlukan langkah-langkah berikut agar harta pusaka ini dapat diagihkan kepada waris yang berhak.

↗️ Langkah 1 : PENTADBIR

Waris-waris yang berhak adalah terdiri dari (mestilah masih hidup semasa kematian beliau)
- Ibu dan bapa
- Isteri
- Anak-anak

Mereka ini hendaklah SEPAKAT untuk melantik seorang PENTADBIR untuk memulakan proses Pentadbiran Harta Pusaka.

↗️ LANGKAH 2 PENJAMIN

Pentadbir perlu mencari DUA (2) orang PENJAMIN bagi proses pentadbiran ini. Penjamin ini bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pentadbir ini tadi. Oleh itu, untuk menjadi seorang penjamin, beliau haruslah memiliki aset yang bernilai sekurang-kurangnya RM 2 Juta.

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan diampunkan segala dosa-dosaSelamat Hari Raya Aidil FitriMaaf Zahir dan Batin
01/05/2022

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan diampunkan segala dosa-dosa

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari RayaMohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran kata dan perbuatanMoga kita semua dilimpahkan dengan sega...
01/05/2022

Selamat Hari Raya
Mohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran kata dan perbuatan

Moga kita semua dilimpahkan dengan segala keberkatan dan diberi keampunan dari Allah swt.

22/04/2022

Pintu sempadan pun dah dibuka?Nak travel??Pastikan anda dilindungi dengan Travel Takaful Sebutharga adalah percuma      ...
03/04/2022

Pintu sempadan pun dah dibuka?

Nak travel??
Pastikan anda dilindungi dengan Travel Takaful

Sebutharga adalah percuma

Address

Sungai Petani
08000

Telephone

+60133205155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Insyirah Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Insyirah Advisory:

Share