Ahmad Ashraf - Hibah & Medical Card

Ahmad Ashraf - Hibah & Medical Card ⏩️ Hibah Takaful

⏩️ Income Replacement

⏩️Medical Card

⏩️Investment (Education & Retirement)

13/02/2025
𝙋𝙚𝙡𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙠𝙖𝙛𝙪𝙡 𝙆𝙝𝙖𝙨 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙐𝙩𝙖𝙧𝙖. 𝙅𝙤𝙢 𝙃𝙖𝙢𝙥𝙖 ‼‼‼MSIG Takaful kini telah menyediakan anda pelan Medical Card yang leng...
08/12/2023

𝙋𝙚𝙡𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙠𝙖𝙛𝙪𝙡 𝙆𝙝𝙖𝙨 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙐𝙩𝙖𝙧𝙖. 𝙅𝙤𝙢 𝙃𝙖𝙢𝙥𝙖 ‼‼‼

MSIG Takaful kini telah menyediakan anda pelan Medical Card yang lengkap untuk keluarga anda.

Kini, anda tidak lagi perlu melabur pada harga yang tinggi untuk mendapatkan perlindungan secara berasingan di dalam keluarga kerana tawaran yang kami sediakan melebihi segalanya‼

𝘼𝙥𝙖 𝙮𝙜 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 :
📌Pelan Perlindungan sehingga umur 𝟵𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻!!!
📌Medical Card sehingga 𝗥𝗠 𝟭.𝟯 𝗝𝘂𝘁𝗮 /tahun (Setiap Orang & Tanpa had seumur hidup)
📌Perlindungan sehingga 𝟭𝟬 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 (Ibu bapa / Suami Isteri / Anak-6 orang)
📌Hibah 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬+++
📌Elaun Hospital 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 - 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬
📌Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh Kekal/𝙏𝙋𝘿 (Cash Value)
📌Perlindungan 36 Penyakit Kritikal/𝘾𝙄 (Cash Value)
📌Personal Accident (𝙋.𝘼)
📌Waiver 𝟯𝟲 Penyakit Kritikal
📌Simpanan
📌Badal Haji
📌Wakaf
📌Ibadah korban

𝙆𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 :
✅Pelan full covered
✅Tiada Co-Takaful
✅Tiada Deductible
✅Tiada apa-apa bayaran tambahan diperlukan
✅GL mudah diluluskan
✅Kemudahan 129 Panel Hospital di seluruh negara

𝘼𝙣𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙩𝙚𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙞𝙣𝙠 𝙙𝙞 𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 '𝙦𝙪𝙤𝙩𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣' 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙋𝙀𝙍𝘾𝙐𝙈𝘼.

http://wa.me/60145117033?text=FamilyPlan
http://wa.me/60145117033?text=FamilyPlan
http://wa.me/60145117033?text=FamilyPlan

30/11/2023

Kelakar wei cerita anak Lee Chong Wei dapat A dalam ujian BM ni!😂

KUALA LUMPUR: Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) masih memegang RM460 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) setakat akhir Septembe...
26/10/2022

KUALA LUMPUR: Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) masih memegang RM460 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) setakat akhir September lalu.

Pengerusinya, Datuk Ramli Mohd Nor, berkata WMD bukan harta beku seperti tanggapan orang ramai, sebaliknya wang tunai milik waris yang tidak dapat diserahkan atas sebab-sebab tertentu seperti waris berpindah atau alamat yang diberikan tidak tepat menyebabkan wang tidak dapat diserahkan oleh AmanahRaya.

"AmanahRaya hanya berperanan sebagai pemegang amanah kepada WMD ini sehingga serahan dibuat kepada waris yang sah.

"Ini berbeza dengan persepsi masyarakat yang menyatakan harta beku berada di AmanahRaya, yang mana ia adalah tidak benar sama sekali.

"Apabila seseorang meninggal dunia, hartanya masih di atas nama si mati sehingga pentadbiran pusaka dibuat oleh waris si mati. Harta si mati ini tidak akan terus ke AmanahRaya seperti tanggapan masyarakat selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan zakat oleh Yayasan AmanahRaya (YAR) kepada 50 asnaf di Wisma AmanahRaya dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kump**an AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan.

Pada majlis penyampaian itu, YAR menyumbang RM180,000 Zakat Wakalah kepada asnaf menerusi 20 cawangannya di seluruh negara.

Harta beku adalah harta yang tidak dituntut oleh waris dan masih berdaftar atas nama pemilik yang meninggal dunia disebabkan beberapa faktor seperti tidak mengetahui cara menguruskan pusaka, tiada masa, tiada persepakatan dalam kalangan ahli keluarga dan tiada wang bagi menguruskan harta berkenaan.

Dalam pada itu mengulas, mengenai majlis berkenaan, Ramli yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAR berkata, yayasan berkenaan ditubuhkan pada 17 Oktober 2011 bagi menyediakan dan memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk pendidikan.

Katanya, yayasan itu juga menyedia, memberi serta menyalurkan bantuan atau sumbangan kepada individu dan organisasi yang menjalankan inisiatif bagi menyokong usaha mengurangkan taraf kemiskinan, memajukan sosioekonomi dan pendidikan serta sahsiah diri.

"Oleh itu, program ini adalah salah satu wadah Yayasan AmanahRaya dalam memenuhi tanggungjawab terhadap sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya kepada golongan asnaf.

"Saya berasa bersyukur kerana YAR kali ini diberi peluang untuk mengagihkan sumbangan Zakat Wakalah kepada 50 asnaf yang terdiri daripada pelanggan sedia ada AmanahRaya yang telah dijemput khas, menerusi Jabatan Pentadbiran Amanah dan AmanahRaya Cawangan Kuala Lumpur.

"Untuk makluman, penyerahan Zakat Wakalahtidak terhad hanya di Kuala Lumpur dan Selangor, malahan agihan ini akan diberikan kepada seluruh asnaf di Malaysia menerusi 20 cawangan AmanahRaya di seluruh negara," katanya.

Setakat 30 September 2022, lebih 1.1 juta wasiat didaftarkan, 18,075 fail pentadbiran pusaka dan 24,314 akaun amanah dibuka di AmanahRaya.

Petikan artikel BH Online 25 Oktober 22

Saya ada sediakan "FREE QUOTATION Hibah & Medical card" jika anda berminat just pm saya sahaja okey😉

wa.me/60145117033

5 Cara didikan & tarbiah anak daripada Tok Kenali.1. Ajarkan anak supaya ikut dan taat pada ibu bapa, tetapi takut kepad...
21/10/2022

5 Cara didikan & tarbiah anak daripada Tok Kenali.

1. Ajarkan anak supaya ikut dan taat pada ibu bapa, tetapi takut kepada Allah.

2. Jangan marah jika anak lambat faham (ilmu) atau sesuatu perkara. Jika memarahi anak kerana itu, tiada apa-apa yang kita akan dapat melainkan kerugian.

3. Tok Kenali adalah seorang penyabar dan tidak cepat marah. Beliau tidak pernah memukul anak-anaknya.

4. Anak-anaknya disuruh tanpa diperintah. Cukup hanya dengan contoh perbuatannya sahaja.

(Point ke empat ni memberi faham kepada kita bahawa betapa pentingnya teladan yg baik dari ibubapa supaya menjadi contoh dan ikutan kpd anak-anak.)

5. Ketika ditanya mengapakah beliau tidak menyuruh anak-anaknya belajar, lalu Tok Kenali membalasnya dengan sebuah syair:

“Apabila anak tidak dijadikan bahagia, gusarlah pendidiknya dan sia-sialah pengharap. Lihat Musa Samiriy didikan Jibril tercelaka kufur, sedang Musa didikan Firaun menjadi Rasul”.

Kredit: Muhammad Mubarak

“Nana nak mati”Ini kisah benar yang terjadi pada keluarga aku melibatkan anak kedua aku. Betul-betul terjadi, bukan reka...
17/10/2022

“Nana nak mati”

Ini kisah benar yang terjadi pada keluarga aku melibatkan anak kedua aku. Betul-betul terjadi, bukan rekaan.

Anak keduaku s**a bahasakan dirinya “Nana”, jadi kami terkadang memanggil dia dengan nama itu.

Berumur 3 tahun. Nana ini mulut memang macam murai. Tetapi bahasa dia tak semua sempurna. Ada kata-kata yang dia masih memakai bahasa baby yang kami tak faham. Aku sebagai mak dah macam detektif if nak paham sepenuhnya makna ayat dia.

Suatu hari, kami pergi bercuti. Bermalam dekat hotel 3 hari 2 malam. Nana sangat seronok dengan pelbagai aktiviti sepanjang percutian itu. Sampailah percutian itu selesai. Kami balik rumah. Anak-anak nampak keletihan, dorang tidur awal.

Tengah-tengah malam Nana terbangun, dia kata pada kami “Nana nak mati”, “Nana lapa”. Dia ulang-ulang ayat itu.

Dari memula cakap elok-elok, sampailah dia nangis menjerit-jerit berkata “Nana nak mati”.

Aku sebagai mak luluh hatiku tengok anakku macam kena sampuk. Aku dan suami berusaha tenangkan dia, tetapi dia tetap menangis dengan penuh kesedihan sambil berkata “Nana nak mati”. As parent’s kami dah fikir segala kemungkinan. Maybe anak kami kena sampuk, atau ada benda halus terikut kami balik rumah dan kacau anak kami. Maybe anak kami sakit.

Puas kami tanya “Nana sakitkah?”. “Sakit sebelah mana, tunjuk pada mami”. Berkali-kali aku dan suamiku pujuk supaya dia tunjuk bahagian mana yang sakit, tetapi dia menjawab “Tak… Nana nak mati”.

Perutnya aku sapu minyak, suamiku p**a seketika ambil air sembahyang dan buat air doa untuk Nana kami. Semakin kuat jeritan anakku saat suamiku tiup ubun-ubunnya sambil membaca doa.

“Nana nak mati”.

Semalaman kami tak tidur nak tenangkan anak kami. Sedih dan panik jangan ditanya. Aku berusaha mengingat apakah kami ada berbuat sesuatu yang kurang elok semasa percutian itu, sehingga anak kami jadi macam ini. Kami buntu. Seingatku percutian kami berjalan lancar dan normal. Tidak ada kejadian pelik apa pun.

Akhirnya Nana tertidur keletihan. Letih menangis, letih meratip “Nana nak mati”.

Esok paginya anak sulung menegurku, kerana melihat muka aku serabai. Suamiku memberitahu anak sulungku yang kami tak tidur semalaman kerana Nana meragam macam kena sampuk. Dengan sedih p**a aku ceritakan pada anak sulungku bahawa adiknya meratip “Nana nak mati” semalaman sampai keletihan dan tertidur.

Anak sulungku ini tidur di tingkat atas. Tutup pintu bila tidur. Jadi memang tak dengar kejadian malam itu.

Bingkas anak sulungku bangun untuk melihat adiknya. Dibelainya wajah adiknya dengan penuh kasih sayang, dibangunkannya perlahan. Perlahan-lahan Nana membuka matanya yang kembang kerana banyak menangis. Anak sulungku bertanya pada adiknya “Nana nak apa?”, dijawabnya dengan lemah oleh adiknya “Nana nak mati, kakak”.

Selamber anak sulung berkata pada kami, “Dia nak mekdi (McDonald's)”

Whattt?!?!? Rasa kena scam oleh budak kecik tu. Dia nak MEKDI rupanya. Baru aku teringat pada percutian itu suamiku memang ada membelikan mekdi untuk kami makan-makan.

Selepas kejadian itu, aku selalu bertanya pada kakaknya, risau aku atau suami tersalah erti lagi. Risau kejadian mekdi itu terulang kembali.

Sumber: Dewi Febriyanti

Saya ada sediakan "FREE QUOTATION Hibah & Medical card" jika anda berminat just pm saya sahaja okey😉

Anda menhadapi bahaya setiap hari di atas jalan. Jika apa-apa terjadi kepada anda, bagaimana keluarga anda hendak mengha...
13/10/2022

Anda menhadapi bahaya setiap hari di atas jalan. Jika apa-apa terjadi kepada anda, bagaimana keluarga anda hendak mengharungi hidup tanpa anda di sisi. Hibabkan Untuk Yang Tersayang.

03/10/2022

Address

Sungai Ara
Sungai Ara
11900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Ashraf - Hibah & Medical Card posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ahmad Ashraf - Hibah & Medical Card:

Share