PAS KEDAH

PAS KEDAH Dapatkan maklumat rasmi PAS Kedah disini

Kuliah DhuhaJumaat Minggu 101 Mei 20269:00 PagiKitab: Faridatul Faraid Jawi (m/s: 18 - baris 16 dari bawah)Bersama: Tuan...
30/04/2026

Kuliah Dhuha
Jumaat Minggu 1

01 Mei 2026
9:00 Pagi

Kitab: Faridatul Faraid Jawi (m/s: 18 - baris 16 dari bawah)
Bersama: Tuan Guru Haji Omar bin Senawi

Tempat: Masjid Tuan Guru Haji Othman Al Yunusi Kompleks PAS Kedah Batu 9 Simpang Empat Alor Setar Kedah Darul Aman

Terbaik amilin PAS 👍
29/04/2026

Terbaik amilin PAS 👍

BERAT MATA YANG MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..." Ujian ribut ini melanda memang berat, lebih-lebih lagi bila m...
29/04/2026

BERAT MATA YANG MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...

" Ujian ribut ini melanda memang berat, lebih-lebih lagi bila melibatkan rumah dan tempat berlindung. Tapi percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Satu demi satu kita baiki, satu demi satu kita bangkit. Dalam kesusahan ini, kita tidak keseorangan. Ramai yang bersama membantu."

Semoga setiap kesabaran diganti dengan ketenangan.

Insya ALLAH.

“NEGARA BOLEH ROSAK JIKA MENTERI HANYA JAGA PERIUK NASI” - SANUSIOleh: Roslinda HashimMUAR - Negara berdepan risiko seki...
29/04/2026

“NEGARA BOLEH ROSAK JIKA MENTERI HANYA JAGA PERIUK NASI” - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

MUAR - Negara berdepan risiko sekiranya menteri-menteri Kabinet yang dilantik hanya mementingkan kedudukan sendiri berbanding tanggungjawab kepada rakyat.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sikap segelintir pemimpin dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat lebih menumpukan usaha mengekalkan jawatan merupakan ancaman kepada kestabilan negara.

“Negara ini akan rosak binasa bila menteri yang dilantik untuk jaga negara hanya jaga periuk nasi masing-masing. Kerja hakiki tak dibuat, yang penting menang pilihan raya dan jadi menteri lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS PRU16 Negeri Johor dan Ceramah Perdana PN Johor di Pusat Komuniti PAS Muar, Parit Tarom, di sini malam Ahad.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, pemimpin yang bersikap sedemikian tidak wajar diberi peluang kerana hanya akan merugikan negara serta membahayakan masa depan rakyat.

Sanusi membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dikatakan kerap turun ke kawasan tertentu dengan agenda politik peribadi.

“Kalau saya jadi Menteri Dalam Negeri, banyak agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti polis, imigresen, penjara, tak menang tangan nak buat kerja. Isu pendatang asing pun tak selesai-selesai, itu soal keselamatan negara,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan terhadap isu keselamatan sepatutnya menjadi keutamaan, namun sebaliknya Saifuddin dilihat lebih kerap turun ke kawasan tertentu bagi tujuan persiapan menghadapi pilihan raya.

“Dia asyik ulang-alik ke Kulim. Macam-macam program dibuat sebab nak tanding di situ. Orang di sana pun dah naik muak.

“Lepas ini tak boleh lantik dah jadi senator, dua penggal sudah habis, macam mana sekalipun kena menang pilihan raya, jadi dia duk ulang balik nak jaga kawasan,” katanya.

Tambah Sanusi, tindakan pemimpin yang terlalu menjaga kedudukan sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai menteri tidak boleh diterima sama sekali.

“Hang sedarlah Pudin, aku kata ini untuk kebaikan hang juga. Benci tu bencilah, tapi bukan dengki. Sebab sayang pada negara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu percaya rakyat sebenarnya sedar dengan situasi tersebut, namun ramai yang tidak berani bersuara.

“Kita akan pusing negara ini. Apa yang saya cakap, orang ramai tahu. Cuma tak berani cakap sebab kerajaan sekarang lebih keras daripada dulu,” katanya.

Kredit : Kedah Online

Jangan lepaskan peluang dapatkan Baju Rasmi Jentera Pilihanraya PAS Kedah Kini Dibuka Untuk Tempahan! Anda boleh rujuk W...
28/04/2026

Jangan lepaskan peluang dapatkan Baju Rasmi Jentera Pilihanraya PAS Kedah Kini Dibuka Untuk Tempahan!

Anda boleh rujuk Wakil Kawasan anda untuk pembelian. Ayuh kita sama-sama dapatkan baju Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kedah yang akan berlansung pada :

📅 Tarikh : 12 Jun 2026
📍 Tempat: Kompleks PAS Batu 9

Kekuatan sebenar adalah kekuatan dalaman kita. Jiwa kita..
Kita buktikan kita bukan menuju dengan semangat sahaja tapi dengan jiwa...

Maka, kadang-kadang dari luaran pun kita sudah mampu mengecutkan musuh...
Penampilan juga mampu salah satu cara dakwah dan salah satu cara kita menarik jiwa-jiwa mereka untuk sama-sama dengan kita berjuang..

Insya ALLAH. Yang penting betulkan niat kita. Kita berjuang hanya untuk mencari redha ALLAH SWT... Maka disitulah pastinya bantuan ALLAH SWT bersama kita..

Bertaqwa...
Yakin..
Percaya..
Tawakal..
Redha..

Tempahan Batch Pertama:
Tutup pada 10 Mei 2026

JOM TEMPAH SEKARANG..

Jom turun ramai-ramai !!!Kita gotong-royong bantu baiki dan bersihkan kawasan yang terjejas ribut di Pendang. Rumah rosa...
28/04/2026

Jom turun ramai-ramai !!!

Kita gotong-royong bantu baiki dan bersihkan kawasan yang terjejas ribut di Pendang. Rumah rosak, kawasan bersepah....semua ni perlukan tangan-tangan kita untuk pulihkan semula.

Tak kira siapa pun kita, bila bersatu kerja jadi ringan. Bawa semangat, tenaga, dan kalau ada peralatan sekali, lagi terbaik!

📅 29 April 2026 ( Rabu)
⏰ 8.00 pagi – 7.00 petang
📍 Markas PAS Kawasan Pendang

“Bersama kita pulih, bersatu kita bangkit.”

Jumpa kat sana! 🤝

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN
BERAMAL KERANA ALLAH

Mencecah lebih 80 buah rumah yang di timpa musibah bencana ribut di Pendang pada petang 27 April 2026 yang melibatkan Du...
28/04/2026

Mencecah lebih 80 buah rumah yang di timpa musibah bencana ribut di Pendang pada petang 27 April 2026 yang melibatkan Dun Sungai Tiang dan Dun Tokai.

ALHAMDULILLAH pihak yang terlibat telah turun padang untuk meninjau dan melihat sendiri kedaan mangsa supaya kita dapat mencari jalan keluar untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut ini..

Insya ALLAH pihak yang terlibat akan sama-sama menghulurkan bantuan mengikut keperluan mangsa. Seperti mana yang telah kita sama-sama hulurkan bantuan kepada mangsa ribut di Felda Lubuk Merbau..

Sama-sama kita mendoakan kemudahan bagi mereka yang terlibat dalam bencana ini dan juga mari kita lah sama-sama kita hulurkan bantuan tidak kira sama ada dari segi wang ringgit atau pun tenaga. Supaya kita dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita..

Hari ini...
Hari mereka..
Hari kita...
Belum tahu..

Hari ini kita bantu mereka...
Hari ke depan ALLAH bantu kita p**a..
Bantuan ALLAH pada Hamba-hambaNya ini pelbagai cara..
Kita tidak tahu..
Moga-moga ALLAH sentiasa bantu kita dunia hingga akhirat...
Aminn..

Media PresidenKONSEP WASATIYYAH EKONOMI ISLAM YANG DITUTUP Para pemikir bukan Islam yang terperangkap dalam agenda Zioni...
28/04/2026

Media Presiden

KONSEP WASATIYYAH EKONOMI ISLAM YANG DITUTUP

Para pemikir bukan Islam yang terperangkap dalam agenda Zionisme (kump**an bangsa Yahudi yang menentang Allah dan para rasul) dan mereka yang memuja kebendaan semata-mata, menjadikan senjata ekonomi untuk merosakkan makhluk manusia pelbagai bangsa, termasuk juga senjata politik, media dan lain-lain. Semua ini dilakukan untuk memudahkan agenda meletakkan dunia di bawah pengaruhnya.

Dalam aspek ekonomi, mereka meletakkan keutamaan aspek materialistik (kebendaan) yang zahir, yang diukur oleh pancaindera yang dilihat secara zahir, didengar dan dirasakan sahaja. Perhatian hanya diberikan kepada sebahagian daripada fitrah (naluri) kejadian jasad manusia, menjadikan penyelesaian yang tidak melengkapi seluruh ciri fitrah manusia yang berjasad, berakal, bernafsu dan bersifat rohani.

Adapun para pemikir yang mencipta ideologi atau teori tersebut hanya mementingkan aspek ekonomi bagi keperluan jasad, khususnya isi perut, menjadi hanya satu mata rantai yang diputuskan. Kemudian, meninggalkan aspek lain yang lebih penting, khususnya perkara kerohanian (al-din) yang merupakan kurniaan penting daripada Allah, pencipta alam kepada manusia, bagi memandu semua aspek yang lain yang ada pada diri manusia, khususnya akal yang membezakan antara manusia dengan binatang yang bernafsu tanpa akal.

Nafsu juga merupakan fitrah manusia, namun menjadikannya tanpa kawalan bersama akal dan tanpa sempadan rohani yang mengawal; boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar bukan sahaja terhadap manusia, bahkan juga terhadap alam. Sedangkan, manusia ditetapkan tujuan kejadiannya untuk beribadat, berkhalifah (mentadbir dunia) dan beramanah menegakkan keadilan Ilahi berpandukan agama (dengan makna al-din bukan religion).

Dalam aspek pengurusan ekonomi, hanya diperkenalkan dua ideologi yang berkonsepkan kebendaan yang dibawa oleh para pemikir Zionis yang menyembah kebendaan, yang mempengaruhi kaum Yahudi (Bani Isra’il) yang dilaknat Allah. Tokoh pemikir seperti Adam Smith dan Karl Marx serta pengikutnya dijenamakan sebagai golongan haluan kanan dan haluan kiri. Disembunyikan Islam, petunjuk Allah yang dibawa oleh para anbiya’ yang paling dimusuhi oleh Bani Isra’il (Zionis).

Kanannya, liberal kapitalisme dan mazhabnya yang bercirikan individualistik (kedirian masing-masing), di samping kirinya komunisme dan sosialisme serta mazhabnya yang bercirikan masyarakat madani. Kedua-duanya adalah fitrah lahiriah manusia yang tidak boleh dihapuskan dan diasingkan.

Liberal Kapitalisme

Liberalisme ekonomi ialah sebuah sistem ekonomi yang berasaskan prinsip kebebasan individu, hak milik peribadi dan pasaran bebas tanpa campur tangan kerajaan yang keterlaluan. Fahaman ini lahir daripada fitrah individualistik (sifat mementingkan diri sahaja) yang menekankan hak setiap individu untuk menjalankan aktiviti ekonomi, memiliki harta dan membuat keputusan perniagaan sendiri tanpa sekatan, dikatakan selagi ia tidak melanggar hak orang lain dengan undang-undang zahir yang tidak dikawal olah rohaninya.

Mekanisme pasaran (permintaan dan penawaran atau demand and supply) yang menentukan harga barang, pengeluaran, dan agihan sumber, bukannya dirancang oleh pemerintah.

• Hak Milik Persendirian: Individu atau syarikat swasta mempunyai hak mutlak untuk memiliki, menggunakan, dan melupuskan harta atau modal (capital) mereka.

• Peranan Kerajaan Terhad: Dalam liberal kapitalisme, peranan kerajaan adalah terhad, biasanya hanya tertumpu kepada melindungi hak milik, menguatkuasakan kontrak, dan menyediakan undang-undang yang perlu untuk pasaran berfungsi.

• Persaingan: Sistem ini menggalakkan persaingan yang sihat antara pengeluar, yang dianggap dapat meningkatkan kualiti produk dan menurunkan harga untuk pengguna.

Secara keseluruhannya, ia adalah gabungan prinsip liberalisme yang mengutamakan kebebasan individu terutamanya dalam aspek demokrasi dan ekonomi, dengan sistem ekonomi kapitalis yang berprinsip sekularisme dan tidak ada kaitan dengan agama, khususnya setelah mencapai kemajuan kebendaan kerana sempadan agama adalah hak peribadi yang berasingan dengan urusan kehidupan manusia.

Komunisme dan Sosialisme

Berlaku kemunculan ideologi kiri, sama ada mazhab komunisme yang ekstrem atau sosialisme yang moderat adalah reaksi daripada kebebasan individu yang mengancam kehidupan bermasyarakat yang menjadi fitrah manusia.

Komunisme ialah ideologi politik, ekonomi dan sosial yang bertujuan mewujudkan masyarakat tanpa kelas, kemuncaknya tanpa negara dan tanpa wang, di mana alat pengeluaran dan harta benda dimiliki secara bersama oleh masyarakat. Fahaman ini diasaskan daripada prinsip kesamarataan, menekankan pemilikan negara terhadap ekonomi dan barang pengguna, serta sering kali dikaitkan dengan perjuangan kelas dan penolakan kepercayaan kepada Tuhan yang dianggap menghalang urusan manusia.

Sosialisme merupakan teori moderat daripada komunisme yang ekstrem. Sistem organisasi sosial dan ekonomi, di mana salah satu ciri utamanya ialah hasil kekayaan negara serta alat dan pengurusan mengerjakan sumber kekayaan dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata, baik melalui pemilikan negara, kolektif, koperasi atau tuntutan semula wang pelaburan. Fahaman ini tiada tafsiran tunggal utama yang mampu memenuhi semua inti patinya, dengan pemilikan sosial menjadi unsur umum yang dimiliki oleh pelbagai variannya. Namun, sosialisme umumnya difahamkan bertujuan membela masyarakat daripada digunakan tenaganya secara tidak adil dan menggalakkan kemajuan diri sesama anggotanya. Adapun sikap terhadap agama berkonsepkan sekularisme juga, tetapi dengan cara yang tidak ekstrem.

Kapitalisme yang liberal, komunisme yang ekstrem dan sosialisme yang moderat, semuanya berkonsepkan kebendaan yang bernaung di bawah sekularisme yang berpisah daripada agama.

Komunisme merosakkan ekonomi negara Blok Timur dan masyarakatnya sehingga merudumnya kuasa besar Kesatuan Soviet pada abad yang lalu, walaupun pengikutnya melakukan perubahan pelbagai mazhab daripada Leninisme (berdasarkan Vladimir Lenin), Stalinisme (berdasarkan Joseph Stalin) dan Maoisme (berdasarkan Mao Zedong), seterusnya kepada keterbukaan.

Kini, lahirnya tanda-tanda merudumnya liberal kapitalisme yang menjadi lebih ekstrem dalam persaingan politik penjajahan serta melanggar prinsip demokrasi kepada diktator (dictatorship) dan bersaing dengan blok kiri.

Kedua-dua aliran tersebut tidak boleh menghapuskan fitrah individualistik dan fitrah masyarakat madani. Hal ini menjadikan teori hanya bersifat bertulis dan berfikir, kerana tidak mungkin menghapuskan fitrah manusia.

Islam

Adapun Islam berasal daripada perkataan al-din dan memenuhi ciri fitrah manusia bercirikan jasad, roh, akal, nafsu dan bermasyarakat. Ditetapkan syariat yang sempurna (ajaran petunjuk Allah pencipta manusia) memenuhi rukun hidup yang menjadi maqasid al-syari‘ah dalam Islam bagi memelihara al-din (agama yang mengawasi hubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan makhluk yang lain) melalui kepercayaan aqidah kerohanian, bukan ibadat hubungan dengan Tuhan sahaja. Kemudian, diikuti dengan menjaga nyawa, akal, keturunan (keluarga dan masyarakat), dan harta (ekonomi) yang berada dalam sempadan agama (al-din). Semua aspek tersebut laksana mata rantai yang tidak boleh diasingkan.

Hidayah yang dinamakan al-din yang sempurna bercirikan wasatiyyah (adil dan sederhana) bersifat pertengahan, yang tidak rebah ke kanan dan tidak tersungkur ke kiri kerana perjalanan hidup yang tidak istiqamah (konsisten) dan melanggar fitrah.

Adapun Islam, ditegaskan oleh firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) ialah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya yang betul. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

Dalam aspek ekonomi, semua teori ciptaan manusia itu beraqidah kebendaan. Ideologi liberal kapitalisme (kanan) mementingkan hak individualistik (kedirian), adapun ideologi komunisme dan sosialisme (kiri) mementingkan kemasyarakatan. Kedua-duanya adalah fitrah (naluri) kejadian manusia yang tidak boleh dihapuskan. Kedua-dua fitrah tersebut memerlukan kawalan saksama yang menjamin keadilan semua pihak.

Kita telah menyaksikan keruntuhan Blok Timur pada abad yang lalu. Kini, kita sedang menyaksikan kemerosotan Blok Barat, walaupun melakukan perubahan ke arah mazhab pragmatisme sehingga menjadi diktator.

Al-Quran menunjukkan firman Allah SWT yang ringkas:

مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧

“Apa sahaja harta yang diambil secara damai (al-fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) yang berasal daripada penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang berada dalam perjalanan, supaya harta itu tidak beredar antara orang-orang kaya saja antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukuman-Nya.” [Surah al-Hasyr: 7]

Ayat di atas menunjukkan beberapa perkara sebagaimana berikut:

1. Semua harta negara daripada hasil bumi dan masyarakat majmuk bukan Islam diambil secara percukaian seperti jizyah (cukai keselamatan), kharaj (cukai pertanian), usyur (cukai perniagaan) dan lain-lain.

2. Adapun penganut Islam p**a diwajibkan menunaikan zakat yang bersifat ibadat harta yang tidak boleh diubah dan dibatalkan, berbeza sama sekali dengan cukai.

3. Di sana terdapat hak masyarakat umum. Sabda Rasulullah SAW:

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ؛ ‌فِي ‌الْمَاءِ، ‌وَالْكَلَأِ، ‌وَالنَّارِ.

“Manusia itu mempunyai hak bersama pada tiga perkara; iaitu air, padang ragut dan api (sumber tenaga).” [Hadis riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Bab al-Ruhun, no. 2472, daripada Ibn ‘Abbas]

4. Hak individu dan masyarakat merupakan hak yang tidak boleh dinafikan.

Huraian ayat 7 Surah al-Hasyr, iaitu:

مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ

“Apa saja harta yang diambil secara damai (al-fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah ...”

Hasil ini diurus mengikut hukum Allah oleh Rasulullah SAW untuk tujuan:

1. Keperluan rakyat dan kemudahan kehidupannya yang ditadbir oleh Rasulullah SAW bersama pembantunya, dibahagikan dengan adil peruntukan dalam urusannya dan kepada para petugasnya.

2. Sebahagiannya diperuntukkan bagi keperluan diri Rasulullah SAW dan kaum keluarganya....) (... وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ

3. Sebahagian lagi bagi mereka yang memerlukan bantuan secara langsung seperti rakyat miskin, anak yatim dan yang menghadapi masalah perjalanan. (... وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ ...)

4. Islam melarang harta kekayaan dimonopoli oleh kalangan kaya-raya yang tertentu sahaja, dengan kebebasan hak individu yang tidak dirampas dan disekat seperti fahaman kiri, dan tidak bebas melampau seperti fahaman kanan dengan kewajipan untuk bermasyarakat. (... كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ ...)

Semua pihak diwajibkan mengikut sempadan perintah Allah dalam kebebasan diri dan hak bermasyarakat:
.. وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧

“... Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” [Surah al-Hasyr: 7]

Sifat taqwa dalam Islam mewajibkan seseorang hamba mentaati Allah serta adanya perhitungan dosa dan pahala serta balasan pada Hari Akhirat kelak, bukan sahaja dalam urusan ibadat. Perhitungan dan balasannya meliputi semua urusan manusia, termasuk urusan ekonomi. Inilah aspek rohani yang mengawal akal dan nafsu, yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, khususnya binatang.

Kezaliman ekonomi yang diharamkan bukan sahaja dalam aspek perbelanjaan, tetapi termasuk juga dalam aspek memungut zakat dan cukai daripada mereka yang berada. Sabda Rasulullah SAW:

فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ ‌صَدَقَةً ‌تُؤْخَذُ ‌مِنْ ‌أَغْنِيَائِهِمْ ‌فَتُرَدُّ ‌عَلَى ‌فُقَرَائِهِمْ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ، فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ، وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ.

“Maka, beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah diambil daripada mereka yang kaya, maka dibelanjakan kepada mereka yang memerlukan. Apabila mereka menunaikan apa yang diwajibkan. Jangan sekali-kali berlaku zalim apabila mengambil harta mereka, kerana doa orang yang dizalimi tidak dihalang oleh Allah.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Zakah, no. 1496, daripada Ibn ‘Abbas]

Selain itu, dilarang untuk membazir (perbelanjaan yang tidak ada apa-apa faedah). Firman Allah SWT:

وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا ٢٦

“Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang berada dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.” [Surah al-Isra’: 26]

Diharamkan melakukan pembaziran seperti memberi sumbangan kepada mereka yang tidak berhak, memberi subsidi kepada golongan kaya-raya yang tidak memerlukan bantuan. Begitu juga, sebaliknya menafikan pemberian kepada golongan yang berhak menerima bantuan.

Islam juga mengharamkan pengambilan harta secara haram seperti rasuah. Firman Allah SWT:

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١٨٨

“Dan janganlah sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 188]

Dosa ekonomi paling besar yang berlaku pada zaman kini ialah riba. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ ٢٧٨ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ ٢٧٩

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut), jika kamu orang-orang yang beriman. (278) Maka, jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (p**a) dianiaya. (279)” [Surah al-Baqarah: 278-279]

Dosa parah yang menjadi barah mulai peringkat individu sehingga negara, malah peringkat antarabangsa oleh Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Mengurus perbelanjaan juga hendaklah bersifat wasatiyyah (kesederhanaan), tidak bakhil dan tidak boros. Firman Allah SWT:

وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا ٢٩

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (boros), kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.” [Surah al-Isra’: 29]

Ini menunjukkan bahawa Islam meletakkan semua aspek kehidupan manusia, daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipisahkan, termasuk aspek ekonomi yang berkait dengan sifat taqwa dan aqidah Islamiah.

Islam tidak menghapuskan kebebasan individu, dengan kawalan agama yang tidak menzalimi masyarakat dengan kewajipan yang wajib ditunaikan seperti zakat, waqaf dan lain-lain yang disunatkan serta digalakkan. Berbeza dengan kebebasan liberal kapitalisme dan kongkongan sosialisme terhadap kebebasan individu.

Islam mengharamkan monopoli kekayaan, penipuan rasuah dan segala bentuk kezaliman ekonomi. Bahkan, Islam tidak merampas kekayaan individu dan mewajibkan keadilan bermasyarakat. Perkara ini membezakan antara Islam dengan sosialisme dan komunisme.

Perlumbaan ekonomi yang tidak terkawal dalam kalangan manusia mencetuskan ketegangan dalam kehidupan bermasyarakat, sehingga boleh mencetuskan peperangan akibat liberalisme yang melampau.

Bermula dengan era penjajahan oleh liberal kapitalisme, diikuti oleh pemberontakan daripada komunisme dan sosialisme, sehingga mencetuskan perang bersenjata dan perang dingin yang tidak berkesudahan. Akibat daripada merungkai penyusunan kehidupan individu dan bermasyarakat yang ditetapkan oleh Allah.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya, Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa’), serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Ajaran Islam meletakkan kegiatan ekonomi sebahagian daripada amal soleh, apabila ia dikawal oleh aqidah dan akhlak yang mulia. Semua aktiviti ekonomi yang memberi kemudahan kepada masyarakat adalah fardu kifayah dalam semua aspek, seperti perniagaan, pertanian dan sebagainya.

Teori liberal kapitalisme menjadikan semua manusia kaya-raya, manakala teori komunisme dan sosialisme p**a menjadikan semua manusia sama rata tanpa ada kelas dalam masyarakat, adalah bercanggah dengan kejadian ketetapan Allah. Hal ini demikian kerana, tidak mungkin semua manusia menjadi majikan dan semuanya menjadi pekerja. Tidak ada majikan adalah mustahil, tidak ada pekerja juga adalah mustahil. Begitu juga teori menghapuskan kemiskinan dan kefakiran, kerana taraf pemikiran, kebolehan dan kemahiran yang tidak sama.

Firman Allah SWT:

أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢

“Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan bagi mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” [Surah al-Zukhruf: 32]

Semuanya dilakukan dengan adab dan akhlak yang mulia, mengikut sempadan kejadian manusia yang hanya dipenuhi oleh Islam dalam segala aspek, termasuk aspek ekonomi yang tidak boleh dipenuhi oleh ideologi kanan mahupun ideologi kiri.

Islam pernah mentadbir negara besar yang berjaya, aman dan adil kepada semua selama beberapa abad lamanya dan dalam tempoh masa yang paling lama bagi sebuah kuasa besar dunia. Islam memerintah sebahagian daripada tiga benua besar, iaitu Asia, Afrika Utara dan Eropah Selatan.

Kelemahan berlaku kepada umat Islam kerana mereka meninggalkan ajarannya, setelah lama dan leka memerintah dalam tempoh masa yang panjang. Adapun ideologi yang terjunam adalah kerana kelemahan ajarannya yang tidak sempurna, disebabkan kelemahan manusia yang bersifat makhluk, meninggalkan petunjuk Allah Pencipta alam.

Islam mempunyai kesempurnaan dan kekuatan tersendiri yang tidak perlu menumpang atau memplagiat teori dan ideologi yang lain.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Zulqa‘dah 1447 / 28 April 2026

[Bil: 29 / 2026]

26/04/2026

Ucapan Penuh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sempena Ceramah Perdana Perikatan Nasional Negeri Johor






26/04/2026

Ucapan Penuh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Melaka






Orang Kedah ‘celik politik’, tak terpedaya janji manis Anwar, Saifuddin Oleh: Roslinda Hashim ALOR SETAR - Rakyat Kedah ...
24/04/2026

Orang Kedah ‘celik politik’, tak terpedaya janji manis Anwar, Saifuddin

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Rakyat Kedah semakin matang dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji politik yang berulang kali gagal ditunaikan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengalaman politik sejak 2020 hingga kini membuka mata rakyat Kedah untuk menilai prestasi sebenar sesebuah kerajaan, termasuk di peringkat Persekutuan.

“Orang Kedah sudah cerdik dan celik. Sejak 2020, orang Kedah terbuka luas mata mereka dan lihat sendiri bagaimana kita mentadbir negeri tanpa bergantung kepada kerajaan Persekutuan walaupun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan & Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS kawasan Alor Setar, di sini.

Sanusi percaya rakyat turut mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa gagal menunaikan janji dalam pentadbiran negara.

“Sudah 25 tahun dia (Anwar) berjanji, bila diberi peluang memerintah, tak buat, janji tinggal janji. Tak kan lah jadi PM berjanji lagi. Selepas itu, kita nak percaya sekali lagi? Tak boleh bagi peluang dah kepada pemimpin seperti ini,” katanya.

Sanusi berkata, pertukaran kerajaan turut menyaksikan pelbagai adegan yang akhirnya menyingkap kebenaran.

“PRU 2022 peringkat Parlimen diadakan, kerajaan bertukar. Menang kepada orang yang banyak berjanji, namun ALLAH SWT nak tunjuk, siapa kuat berjanji dengan janji manis, bila diberi kuasa dia tak buat pun.

“Sekarang dia marah kita katanya tak baca dan tak ada otak, macam-macam dia kata sebab ungkit janji. Dia kata pernah jadi Timbalan Perdana Menteri dan Pemangku Perdana Menteri 18 tahun dalam kerajaan, selain Menteri Kewangan terbaik Asia.

“Bila dia buat janji tak kan kita tak percaya. Rupanya janji hanya manis di bibir. Sekarang kita cakap politik, nanti mereka marah p**a MB Kedah kutuk PM. Ini politik, tak kan nak puji p**a,” katanya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu turut menyentuh keputusan Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan perubahan Kerajaan Persekutuan, serta percanggahan prinsip apabila pihak yang sebelum ini mengkritik lawan akhirnya bekerjasama membentuk kerajaan.

“Kerajaan itu ditadbir bersama ‘rakan’, sebelum itu dia nyanyi kutuk UMNO hingga labelkan kleptokrasi. Akhirnya pada November 2022 keputusan PRU, dia kawan dengan UMNO. Pakat jadi kerajaan sekali, habis hilang kleptokrasi, hilang kes mahkamah 47 kes. Rakan dia p**a jadi Timbalan Perdana Menteri. Macam mana nak percaya pada pemimpin seperti itu?” soal beliau.

Menurut Sanusi, Kedah turut berdepan tekanan selepas pembentukan kerajaan baharu, namun menegaskan pentadbiran negeri kekal kukuh.

“Selepas kita menang PRU dan terajui kerajaan tahun 2023, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail guna semua agensi ‘serang’ negeri kita. Kami tak lupa dan kami tak akan maafkan.

“PRU akan datang, kami akan bagi dia (Saifuddin) tumbang di mana pun dia bertanding, Padang Serai atau Kulim? kalau nak bertanding, kami akan lawan,” katanya.

Namun, tambah Sanusi, serangan bertubi-tubi terhadap Kedah dilihat gagal, sebaliknya pihak yang menyerang ‘kehilangan’ lebih banyak kerusi dalam PRU.

“Dia serang siang malam nak bagi kita tewas, akhirnya daripada mereka ada 14 kerusi tinggal tiga,” katanya.

Beliau turut memberi bayangan PN Kedah bersedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan penuh keyakinan.

“Ketika PN kembali ambil alih kerajaan. Prinsip kita jelas tidak berubah. Pendekatan kita berubah kerana kita masyarakat berbilang kaum (Melayu 70 peratus, China 22 peratus, India 7 peratus, lain-lain 1 peratus),” katanya.

Menteri Besar Kedah itu menegaskan antara kejayaan PN Kedah termasuk ketika berdepan pandemik COVID-19 yang membuktikan keupayaan Kerajaan Negeri mengurus krisis.

Katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan RM33 juta bagi membantu rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), walaupun sumber kewangan negeri terhad.

“Kita belanja untuk selamatkan rakyat Kedah supaya ada makanan di atas meja walaupun tak boleh keluar bekerja. Pada ketika itu, Kerajaan Negeri dan Persekutuan sama (PN). Dalam pentadbiran kita tunjuk keupayaan yang jelas, rakyat dapat menilai,” katanya.

Kredit : Kedah Online

Address

KM 13, Jalan ALOR SETAR/SUNGAI PETANI
Simpang Empat
06650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

047481122

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PAS KEDAH:

Share