Bebas Hutang Enterprise

Bebas Hutang Enterprise Sharing superb information pertaining to financial..reveal the best methodology to be debt-free people..

24/12/2016

Tidak perlu berhutang utk hidup... Walau bagaimanapun, mesti ada perancangan yg rapi dan disiplin yg amat tggi utk mencapai tahap Bebas Hutang itu..

08/02/2016

Simpan duit semasa anda ada duit. Ia penting untuk masa depan anda, keluarga anda, masa kecemasan, masa terdesak, kegunaan mencari ilmu, kegunaan semasa ekonomi gawat, masa inflasi, masa sakit, masa tiada sumber pendapatan dan bermacam2 lagi. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam sekelip mata. Sakit,mati, terdesak datang tanpa dijemput. Jangan bila tiada duit baru terfikir nak simpan duit. Simpan duit semasa anda ada duit..

20/05/2015

Pelbagaikan Simpanan Anda Selalu..Jangan Budayakan Hutang..

Rakyat di negara ini tidak boleh hanya bergantung kepada simpanan di dalam Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sahaja bagi menjalani kehidupan selepas bersara pada umur 55 tahun.

Tunku AlizakriTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, pencarum perlu memikirkan inisiatif lain dengan membuat simpanan atau pelaburan sendiri di luar daripada KWSP.

Ini kerana menurut beliau, sehingga akhir tahun lalu, kira-kira 23 peratus sahaja daripada jumlah ke­seluruhan pencarum yang mencapai kuantum simpanan asas pada usia 54 tahun iaitu sebanyak RM197,000 dan ke atas.

“Trend ini membimbangkan, jika berdasarkan purata umur rak­yat Malaysia 75 tahun, mereka hanya mampu berbelanja kira-kira RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara.

“Itu pun jika mereka berdisiplin menguruskan wang yang dikeluarkan daripada KWSP. Ba­yangkan p**a simpanan mereka yang tidak mencapai RM50,000 pun apabila tiba umur 54 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang meja bulat bersama media sempena Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penasihat dan Penyelesaian Pencen Global J.P. Morgan, Anthony S. Gould dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Penasihat Kewangan Australia, Robert Brown.

Menurut Tunku Alizakri, ma­syarakat perlu mula menabung dari sekarang dan bagi mendidik masyarakat mengenainya, KWSP merancang beberapa kempen celik kewang­an khususnya kepada golongan belia.

“Selain itu, kita sedang menunggu Ja­wa­­tankuasa Bertindak Keselamatan Sosial Kebangsaan yang akan ditubuhkan oleh kerajaan membuat kajian secara menyeluruh mengenai isu keselamatan sosial di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Robert ketika berkongsi pengalaman di Australia berkata, negaranya juga mengambil inisiatif mendidik rakyat supaya menguruskan simpanan persaraan dengan baik dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan selain menyedarkan mereka tentang keburukan menghabiskan simpanan persaraan secara sekali gus.

Tidak mustahil anda menjadi Bebas Hutang dalam masa yang singkat..Moga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput kita..
04/01/2015

Tidak mustahil anda menjadi Bebas Hutang dalam masa yang singkat..

Moga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput kita..

Ingat! Pastikan anda menyimpan 30% daripada income anda. Maknanya setiap daripada apa saja income anda, simpan 30% untuk...
02/01/2015

Ingat! Pastikan anda menyimpan 30% daripada income anda. Maknanya setiap daripada apa saja income anda, simpan 30% untuk menuju kekayaan. Lakukan ini setiap bulan untuk income tetap anda, dan lakukan setiap kali anda mendapat income.

Semoga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput anda.

Betulkan Income Flow anda. 90% orang mempunyai Income Flow yang salah - Income Flow A. Income Flow ini hanya membina Lia...
01/01/2015

Betulkan Income Flow anda. 90% orang mempunyai Income Flow yang salah - Income Flow A. Income Flow ini hanya membina Liabiliti iaitu jalan ke arah miskin. Tukarlah kepada Income Flow yang betul - Income Flow B. Income Flow ini membina Aset, iaitu jalan ke arah kaya. Ini adalah langkah pertama yang amat penting untuk Bebas Hutang.

Semoga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput kita.

31/12/2014

Hari ini hari terakhir 2014. Esok telah mula tahun 2015. Plan kewangan anda. Cara mudah:
1. Bajet untuk insurance dan road tax kereta motor.
2. Bajet untuk persiapan hari raya.
3. Bajet untuk persekolahan sesi 2016.
4. Bajet untuk cukai tanah dan cukai pintu.
5. Bajet untuk sehala bentuk financial distortion.

Plan sangat penting supaya tidak kelam kabut bila tiba masa untuk semua perbelanjaan yang sudah pasti datang. Kita boleh merancang kerana kita sudah tahu semua tarikh perbelanjaan itu.

Semoga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput kita.

30/12/2014

Sabda Nabi s.a.w: Demi yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga, sampai hutang itu dilunaskan..

Betapa pentingnya melunaskan hutang..

Semoga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput kita..

29/12/2014

2014 tinggal 2 hari saja lagi...Mari kita rebiu status kewangan kita..Berapa banyak lagi hutang yang ada? Berapa banyak simpanan kita? Adakah kita mencapai target kewangan kita? Berapa banyak income kita dapat? Ini semua penting untuk menyusun semula dan merancang strategi untuk 2015..

Semoga kita Bebas Hutang sebelum ajal menjemput kita..

Address

Simpang Ampat
Simpang Ampat
14120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bebas Hutang Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share