13/02/2026
๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐๐๐ช๐๐ฎ๐: ๐๐๐ง๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐๐ง๐๐๐ง ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข & ๐๐๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ
Pada 12 Februari telah berlangsung PERSIDANGAN MEJA BULAT: PENDANAAN INSTITUSI DAN NGO ISLAM, yang menghimpunkan wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seluruh Malaysia, Jabatan Agama Islam, bahagian wakaf dan endowmen universiti serta NGO dan badan kebajikan.
Persidangan ini menjadi wadah pertukaran pandangan serta pengukuhan jaringan kerjasama antara institusi dalam usaha memperkasa ekosistem pendanaan Islam.
Dalam sesi tersebut, AHB Fintech telah berkongsi mengenai platform InfaqHub, yang memfokuskan kepada pendigitalan sistem kutipan dan pengurusan dana secara lebih tersusun dan sistematik, merangkumi:
- Sistem kutipan dana bersepadu
- Pemantauan dan laporan masa nyata
- Rekod transaksi yang telus dan teratur
- Pendekatan pendanaan patuh Syariah
Perkongsian ini telah menerima maklum balas yang positif daripada para peserta, khususnya terhadap keperluan sistem yang mampu memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan keyakinan penyumbang melalui pelaporan yang lebih jelas dan teratur.
Pendigitalan bukan sekadar soal teknologi, tetapi usaha memperkemas pengurusan dana agar lebih efisien, diyakini dan berimpak.
Institusi yang berminat untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan pelaksanaan InfaqHub di peringkat organisasi boleh berhubung dengan pihak kami untuk sesi perkongsian secara lebih terperinci.