08/06/2025
Masa abang hidup, selalunya dia bersusah senang dengan isteri dia. Adik-beradik bukan kata peduli, tanya khabar pun jarang sekali.
Iyalah, susah kan.
Kalau rapat sangat takut nanti pinjam duit.
Bila meninggal, mereka inilah yang paling beriya sekali. Padahal kebanyakkan ibu ayah ni jarang nak ambil peduli. Tapi sebab ada batu api.
Tiba-tiba timbul soal faraidlah, itulah, inilah. Lagi gampang beriya cakap soal hukum hakam Allah, tapi solat sendiripun macam perigi pecah.
Betullah, bab faraid perlu dilaksanakan kalau ianya adalah harta pusaka. Tapi duit hibah Takaful bukan harta pusaka.
Pertama, peserta bukan melabur dalam Syarikat Takaful. Tetapi menyumbang. Kena beza dua tu dulu. Cuma Syarikat Takaful, dia jaga peserta-peserta yang sumbang dalam Syarikat dia. Dia beri saguhati atau hadiah(hibah) kepada orang yang peserta itu inginkan kalau peserta tu meninggal dunia.
Jadi kalau ikutkan, ia bukanlah harta pusaka. Tetapi hadiah(hibah) yang Syarikat beri menggunakan tabung Takaful tersebut.
Tapi itulah. Ada orang cuba kaitkan hibah harta dengan hibah takaful. Padahal konsep dan pelaksanaan berbeza.
Ada juga yang suruh buat Absolute Assignment untuk bahagikan wang dari Hibah Takaful tersebut.
Saya pun hairan. Kenapa perlu nak merumitkan lagi keadaan.
Contoh macam kes ni. Letaklah nama isteri dan ibu. Dua-dua akan dapat. Kalau nak ikut faraid pun tak ada masalah. Letak semua pewaris faraid awak kalau awak nak bahagikan ikut faraid.
Benda boleh buat maa.
Awak nak letak nama saya pun boleh.
Cuma kalau taknak letak salah ka?
Tak salah. Itu hak masing-masing. Sebab Hibah Takaful bukan harta peserta. Ia bukan harta pusaka.
Lagipun orang yang paling terkesan sekali adalah isteri dan anak-anak. Mereka kehilangan sumber pendapatan utama. Mereka hilang tulang belakang keluarga. Kebanyakkan yang ambil hibahpun majoriti RM250k. Itu hanya cukup untuk perbelanjaan 7 tahun mereka kalau perbelanjaan bulanan sekitar RM3500.
Ianya hanya cukup untuk si isteri 'survive' sementara pendapatannya nak stabil.
Suami isteri hidup susah. Mereka tahu, kalau salah seorang dari mereka meninggal, mereka akan bertambah susah.
Yang tukang post tu, awak ingat dia nak tolong? Tak adanya. Bahkan yang banyak bunyi macam tu takdapun nak ambil hibah letak mak dia sebagai penerima.
Awak kena tahu seperkara. Sumbangan Takaful itu dibayar secara bulanan. Maka ia memberi kesan pada kewangan keluarga. Mereka terpaksa ikat perut, tahan keinginan nak beli untuk diri mereka sendiri, maka jangan salahkan mereka kalau mereka letak hanya pasangan mereka.
Cuma saya tak galakkanlah awak letak hanya nama isteri sahaja. Letaklah juga nama ibu sebagai penerima.
Isteri mungkin orang yang bersusah payah bersama awak. Tapi kena ingat. Ibu adalah orang yang bersusah payah membesarkan awak.
Jadi letaklah juga nama Ibu sebagai penerima.
Tapi selalunya kenapa hanya nama isteri adalah kerana kebanyakkan hibah Takaful yang diambil hari ini, si isteri yang ambil untuk suami dan si isteri yang bayar sendiri.
Sebab mereka tahu, kalau suami mereka meninggal dunia, tak ada orang nak tolong mereka.
Maka jangan marahkan mereka. Kalau si suami sendiri yang tak peka.
Apapun, semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia sampai akhirat sana.
Pada yang nak ambil Hibah Takaful, boleh hubungi saya. Saya ejen FWD Takaful. Sekarang ada tawaran pulangan 10% dari caruman selama setahun.
Boleh ws saya di sini.
https://wa.me/60173135991?text=HibahTakafulCashBack
By : Zul Bakar
"Perunding Sah FWD Takaful."