KawKaw Roadtax and Insurance

KawKaw Roadtax and Insurance Platform Insurans Kereta, Motor & E-hailing pilihan Malaysia
(1)

26/08/2026

Lesen Terbang‼️

Rakaman menunjukkan sebuah kereta dengan sticker P cuba untuk keluar parking tapi mengambil masa yang lama dan perkara ini merisaukan pemilik kenderaan yang berada di sekitarnya.

24/08/2026

Warga Asing Cuai‼️

Satu kejadian kemalangan berlaku di hadapan sebuah kenderaan ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan berhenti di tengah jalan sebelum salah seorang penumpang membuka pintu kenderaan secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan dari arah belakang terkejut dan berdepan situasi berbahaya.

Difahamkan, seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada di dalam kenderaan berkenaan. Semoga kedua-duanya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

📍 Lokasi: Pasar berdekatan BHP Taman Muda, Ampang
⏰ Masa: Sekitar 7.24 hingga 7.26 pagi

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M ✨Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas ju...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M ✨

Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga ajaran dan teladan baginda sentiasa menjadi panduan dalam setiap perjalanan kehidupan kita.
Daripada kami di kawkaw, Selamat Menghayati Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam di Malaysia. 🤲💚

23/08/2026

Mat rempit‼️

Rakaman menunjukkan sekumpulan mat rempit yang menahan pengguna jalanraya yang lain semata-mata ingin berlumba di jalan di awal pagi.

22/08/2026

Van Sekolah Cuai‼️

Rakaman menunjukkan van sekolah yang bertindak menurunkan budak sekolah di tengah jalanraya yang sibuk. pemandu van itu juga memotong lampu isyarat merah, memandu dan masuk di lorong yang salah dan membuat pusingan U yang tidak dibenarkan.

21/08/2026

Road Bully‼️

Rakaman menunjukkan sebuah bas diganggu oleh kereta yang menjadi pembuli jalanraya. Pembuli itu juga menunjukkan isyarat tangan yang tidak baik kepada semua penumpang di dalam bas.

20/08/2026

Rakaman menunjukkan beberapa buah kereta yang buat aksi drift di selekoh jalan di Jalan Genting Highland.

19/08/2026

Lori Terbalik‼️

Rakaman menunjukkan sebuah lori yang hampir terbalik di selekoh u-turn. Dinasihatkan supaya pemandu sentiasa mengamalkan keselamatan di jalanraya.

18/08/2026

Langgar Lampu Isyarat‼️

Rakaman menunjukkan dua situasi yang hampir sama dan masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.

Kereta yang dipandu secara laju kerana ingin mengejar lampur isyarat hijau manakala motosikal dari arah berlawan memotong lampu isyarat merah.

17/08/2026

Salah sendiri‼️

Rakaman menunjukkan seorang rider motor yang memandu laju di sebuah simpang lalu memotong kenderaan yang sedang bergerak secara lurus dan berapa di laluan yang betul. Rider motor berada di laluan yang salah namun sebaliknya menyalahkan kereta kerana merempuhnya.

Address

341 Block 6, Laman Seri Business Park
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KawKaw Roadtax and Insurance posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KawKaw Roadtax and Insurance:

Shortcuts

Share