18/02/2024
Kisah ustaz Hanafi sebagai cancer survivor.
"Kene ada mindset. KITA SENTIASA ADA HARAPAN."
Kanser. Hari ni nak buat throwback sikit.
Sebelum kanser, Ustaz berdepan dengan masalah kesihatan hampir 10 tahun.
Sekejap demam.
Seminggu, tiga hari demam, tiga kali demam.
Pekerjaan Ustaz sebagai perunding motivasi dan juga penuh jemputan buat program motivasi tidak membenarkan Ustaz berehat.
Pilihan Ustaz, kalau nak mati biarlah dalam keadaan berbakti.
Kemudian masyaAllah, tetap pergi juga program.
Kemudiannya, simptom kedua Ustaz selalu kena gastrik berkali kali. Bila sakit je, pergi kedai beli ubat. Kalau tak ikut dos yang betul, asalkan angin datang terus ambil. Berulang-ulang. Itu juga antara penyebab kanser.
Hati-hati, ikut aturan yang betul.
Selepas itu, Ustaz selalu batuk keluar darah.
Tengah-tengah bagi kuliah di Masjid Negeri Selangor, batuk keluar darah.
Waktu terus ke Poliklinik An Nisa. Doktor pesan, Ustaz kena buat pemeriksaan penuh ni. Ustaz kata, mesti seminggu sekali keluar darah doktor.
Ustaz degil waktu tu.
Ingatkan sebab kita motivator, cakap kuat menjerit sebabkan saluran suara tu luka. Tonsil. Bila doktor check bukan.
Apa berlaku, tak lama lepas tu buang air besar keluar darah.
Ustaz pun tak tahu kenapa. Nak pergi ceramah, buang air besar keluar darah.
Tak lama lepas tu, bila ke Umrah bawa jemaah atas bas dari Madinah ke Mekah Disember 2016. Tiba-tiba Ustaz sesak nafas.
"Ya Allah, janganlah atas bas. Tak best. Kalau boleh masa sujud ke, masa tawaf. Ambillah masa tu Ya Allah." Ustaz doa pada Allah.
Sampai Mekah bawa jemaah Umrah. Kemudian cari air zam-zam dan doa.
"Ya Allah aku ni selalu demam. Kejap-kejap rasa jantung sampai 198 denyutan. Kenapa ya Allah? Ya Allah, Kau keluarkanlah penyakit ini daripada aku."
Lepas baca doa, Ustaz minum.
Tiba-tiba perut Ustaz memulas. Masuk bilik air buang air besar, dalam 2 gayung darah keluar. Banyak sangat. Kepala Ustaz pening. Ustaz merangkak, sampai terbuang air besar atas katil.
Waktu tu hanya zikir Lailahillallah.
Akhirnya bersambunglah episod Ustaz keluar masuk hospital untuk buat rawatan. Alhamdulillah sekarang bebas kanser dan masih menjaga juga supaya tak diserang kembali.
Geng, jaga kesihatan dan dapatkan rawatan awal kalau ada tanda-tanda luar biasa berlaku pada badan kita.
Jangan biar atau abaikan.
Kalau sakit, terus bersangka baik dan harap kepada Allah untuk diberi tenang lalui proses sembuh.
Ustaz nak kongsi cara melawan kanser atau apa-apa sakit kita kena ada mindset "KITA SENTIASA ADA HARAPAN"
1. Selalu SYUKUR dengan apa-apa pun ujian. Bila syukur dapat TENANG. Tenang tak boleh dibeli.
Ramai yang tak ada kanser, sakit kronik tapi masih tak tenang.
Tengah solat pun ada yang tak tenang. Tukar. Datang masjid "Syukur ya Allah aku dapat datang masjid hari ni." Waktu solat rasa tenang. Bacaan dalam solat pun tak kelam kabut. Tak terkejar-kejar.
Bila solat khusyuk, tenang berpanjangan.
2. Selalu SANGKA BAIK kepada Allah dan sangka baik kepada manusia. Sangka baik pada Allah, "Apa yang Allah nak bagi kat aku ni? Dapat anak banyak masalah. Aku ni orang masjid orang surau. Kenapa ya Allah. Mesti ada sesuatu Kau nak bagi."
Sangka baik.
"Kenapa aku jaga makan, tak hisap rokok. Suami hisap rokok, tapi kenapa aku kena kanser ya Allah? Kau sayang aku ya Ya Allah?"
3. JAGA SOLAT. Qadhalah yang mana mampu. Tak ada siapa yang boleh tolong di akhirat nanti. Dunia memang boleh lepas. Akhirat tak lepas.
Takutnya Ustaz.
Orang panggil kita Haji, orang panggil Ustaz.
Di akhirat nanti tengok, "Eh ada 7 waktu aku tinggal solat."
Jaga solat, solat cegah perbuatan keji dan mungkar.
4. SEDEKAH. Bila kena kanser, kimo orang tak panggil ceramah.
"Ustaz, kami terpaksa cancel panggil Ustaz. Kami ganti penceramah lain. Kami lebih pentingkan program kami daripada masalah Ustaz."
Tak apa. Allah ada, Allah cukupkan rezeki.
Pergi masjid, ada kempen Tabung Wakaf Aircond masjid. "Ya Allah, ada pahala sedekah duit syiling aku ni ya Allah. Kau kirimkan kat arwah mak aku ya." "Mak, mudah-mudahan mak sejuk disana."
Alhamdulillah, Nabi ingatkan ubati penyakitmu dengan sedekah. Habis ceramah, 30%, 50% sedekah untuk Allah.
Kita sendiri rasa Allah mudahkan urusan kesembuhan.
Alhamdulillah selepas 6 tahun, doktor sahkan bebas kanser.
Ustaz ni orang bodoh, bila dengar Nabi sebut Ustaz ikut. Cuba buat.
Quran cakap "Takkan miskin orang yang bersedekah."
Ustaz mesti psiko balik minda ustaz. "Takkan Allah nak menipu. Janji Allah tu benar." Itu cara Ustazlah. Pegang betul-betul, tak ada siapa boleh buka.
5. SEIMBANG. Makan kena jaga. Ustaz tahu orang s**a makan nasi banyak. Cuba kurangkan karbohidrat, banyakkan lauk.
Bila Ustaz sembang dengan pakar-pakar pemakanan dan doktor. Mereka beritahu, kajian dalam dunia sebut kanser senang berlaku bila garam terlalu banyak dalam badan banyak.
Antara orang sakit kanser s**a makan ialah ikan masin. Memang sedap. Bayangkan ikan masin Sepat. Goreng dengan cili padi, perah limau memang surrr.
Ustaz makan banyak, mungkin asbab dosa makan tak jaga Allah aktifkan sel kanser tu.
Sel kanser meradang, tendang sel lain. Sel lain meradang tendang semua sel jadilah merebak.
Banyakkan makan ulam, makanan yang alkali bukan yang acidic.
6. ZIKIR. Amalkan istighfar. Ada yang pendek ada yang panjang. "Ya Allah, banyak dosa aku. Aku banyak cakap, banyak salah." Naik motor zikir.
“Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka”
(HR. Ahmad)
Bayangkan tengah-tengah sakit Ustaz dapat peluang pergi ke Syria tiga kali. Ikut misi-mis dakwah luar negara.
Banyakkan zikir dimana-mana bukan atas sejadah.
Begitulah.
Geng, pujuk hati kita lawan ujian kesakitan atau apa pun ujian dengan percaya sentiasa ada harapan masa depan.
Ustaz doakan sesiapa yang diuji diberi kekuatan dan berjaya lalui sampai garisan penamat
Tolong ustaz share posting ni ya.
Insya-Allah boleh, Allah kan ada!