22/12/2020
KWSP jadi emas?
Sejak semalam ada 2-3 orang bertanyakan soalan yang sama kepada saya berkenaan wajarkah gunakan kemudahan pengeluaran duit KWSP RM500 sebulan untuk buat simpan emas.
Saya ingin jelaskan bahawa simpanan KWSP untuk dana persaraan kita akan datang, sama juga seperti emas boleh juga dijadikan dana persaraan kita nanti cuma berbeza dari segi pulangan keuntungan sahaja.
Boleh jadi pulangan emas tinggi dan boleh jadi pulangan dividen KSWP tinggi, keduanya adalah simpanan dalam masa yang sama boleh dijadikan pelaburan untuk jangkamasa panjang.
Jawapan saya boleh jadi “YA” dan “TIDAK”, bergantung kepada tahap kewangan individu masing-masing.
Bagi jawapan “YA”:
Kita dibolehkan tukarkan KWSP kepada emas jika simpanan tunai dana kecemasan kita di dalam bank sudah melebihi 6 bulan gaji kasar, ada lagi banyak lagi bagus. Tiada masalah untuk mengambil risiko membuat tindakan ini, setiap pelaburan ada risiko untung rugi masing-masing.
Dengan syarat kita kena disiplin dengan matlamat asal kita, nak gunakan duit KWSP tersebut di tempat yang memberikan pulangan lebih tinggi.
Jika kita tidak yakin tidak digalakkan, pelaburan ini rugi dah pasti untung belum pasti lagi. Pandai urus risiko insyaallah ada untungnya.
Bagi jawapan “TIDAK”:
Kita tidak digalakkan jika kita tiada duit dana kecemasan, gunakan kemudahan duit KWSP sebagai talian hayat untuk meneruskan kehidupan seharian di waktu terdesak sekarang ini.
Simpanan emas tak sesuai untuk orang yang tiada dana kecemasan yang cukup, pelaburan emas juga tidak sesuai untuk orang yang nak cari untung cepat.
Jika ada kenaikan harga emas yang mendadak itu adalah bonus dan jarang-jarang berlaku, sekarang ini adalah waktu untuk ‘survive’ bagi orang kurang berkemampuan.
Cerita nak mula simpan emas sepatutnya pada waktu kita senang, bukan bila datang waktu terdesak baru ingat untuk buat simpanan emas.
Jangan ada diantara kita kecam orang yang mengeluarkan duit KWSP, mungkin mereka betul-betul memerlukan. Jika mereka tak guna di waktu terdesak ini belum tentu sempat guna masa pencen nanti, simpanan kita tanggungjawab kita.
“Better late than never, never late is better”
nota: simpanan emas mudah dicairkan dan sesuai dijadikan sebagai dana kecemasan. 😊
Credit : Sadiqin sulong