Syukri Aidrus

Syukri Aidrus Bimbing orang muda urus risiko malapetaka kewangan |
Diri terhindar, keluarga terjamin, legasi teguh tanpa tekanan kewangan. Mateen Group | 8EF00016

Hebat ciptaan Allah. Benda sekecil ini boleh jadi ancaman besar kepada seseorang.Jom ambik takaful kalau tak ada myvi ya...
10/05/2026

Hebat ciptaan Allah. Benda sekecil ini boleh jadi ancaman besar kepada seseorang.
Jom ambik takaful kalau tak ada myvi yang nak jual.

Ramai founder business terlepas pandang.Kalau partner saya meninggal dunia, bagaimana dengan bahagian dia?Bolehkah saya ...
26/04/2026

Ramai founder business terlepas pandang.
Kalau partner saya meninggal dunia, bagaimana dengan bahagian dia?
Bolehkah saya run business menggunakan modal dia tanpa menyelesaikan dahulu pembahagian faraid?
Berapa lama perlu saya bekukan modal dia, cukup ke modal yang saya ada untuk teruskan operasi perniagaan?
Ikut pengalaman saya, masalah ini bukan boleh diselesaikan sehari dua, ia boleh ambik tempoh yang panjang.
Saya ada solusi dimana tuan puan boleh run business seperti biasa selepas ketiadaan partner tuan puan.

http://wasap.my/60179790668/KeyMan

http://wasap.my/60179790668/KeyMan

http://wasap.my/60179790668/KeyMan

26/04/2026

Anda bukan sekadar bina bisnes, sedang bina legasi.

Tapi apa jadi kalau founder atau orang paling penting dalam syarikat hilang secara tiba-tiba?

15/02/2026

Bagaimana Saya Mendidik 16 Orang Anak?

Bukan Kerana Saya Hebat, Tetapi Kerana Saya Mewarisi Cara Pendidikan Generasi Terdahulu

Saya selalu rasa diri ini sangat bertuah.
Bertuah bukan kerana harta, bukan kerana pangkat,
tetapi kerana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hidupnya beragama.

Datuk saya dikenali sebagai Tokguru Nik Mat Alim.
Nama beliau bukan sekadar dikenang kerana ilmunya, tetapi kerana ketegasan luar biasa dalam bab agama.

Prinsipnya jelas: agama bukan untuk dirunding.
Bapa saudara saya, Tokguru Nik Abdul Aziz, adalah pewaris datuk saya dari sudut ilmu. Ilmu itu disambung, diwariskan, dan dijaga dengan penuh amanah.

Arwah ayah saya p**a tidak belajar tinggi. Tiada ijazah, tiada gelaran.

Tetapi beliau sangat taat kepada Allah.
Dan bagi saya, ketaatan itu jauh lebih mahal daripada sekeping sijil.
Didikan Keras yang Membentuk Jiwa
Rumah kami dahulu bukan rumah biasa.
Ia adalah madrasah hidup.
Solat dijaga betul-betul.
Aurat adalah perkara utama.
Pergaulan dijaga ketat — sepupu lelaki dan perempuan dilarang sama sekali berdekatan.

Kerja keras menjadi budaya.
Arwah ayah pernah bercerita, bila malam bulan cerah, Tokguru Nik Mat Alim akan mengerah anak-anak ke sawah untuk membajak.
Tiada istilah manja berlebihan. Hidup mesti berdisiplin.

Datuk saya juga seorang yang sangat warak.
Setiap kali keluar rumah, beliau akan memakai payung — bukan kerana hujan,
tetapi kerana tak mahu melihat maksiat.

Cara didikan Tokguru Nik Mat Alim ini diwarisi sepenuhnya oleh ayahanda saya, dan dipraktikkan sebiji-sebiji kepada kami adik-beradik.

Hasilnya?
Semua adik-beradik saya boleh menjadi guru al-Quran.
Lelaki atau perempuan, tiada beza.

Ayah saya tegas. Orang Kelantan kata, “bengkeng”.
Bab solat, al-Quran, aurat dan pergaulan — tak ada rundingan.
Persis Tokguru Nik Mat Alim.

Saya Dirotan, Dan itu membentuk saya Jadi “Manusia”
Saya bukan anak yang baik sangat.
Terus terang, saya agak nakal masa kecil.
Dan ya, saya sering dirotan oleh arwah ayah.
Tapi hari ini, saya bersyukur.
Didikan yang orang kata “kasar” itulah yang menjadikan saya “manusia” seperti hari ini. Tidak ‘perfect’ tapi saya tetap bersyukur.
Sebab itu, bila Allah kurniakan saya anak-anak,
saya copy-paste sahaja apa yang saya belajar daripada ayah.
Cara Saya Mendidik 16 Anak
Prinsip saya mudah:
• Solat: no compromise.
Anak tak solat = kesalahan berat. Saya belsah.
• Aurat:
Anak keluar rumah tak tutup aurat, saya belasah.
• Malas:
Saya belasah.
• Tak Taat arahan Abi Ummi
Saya belasah
Tapi bukan belasah sampai pengsan,
Belasah sayang — supaya anak faham akibat.
Bab pergaulan p**a, saya sangat keras.
Anak terlibat hubungan cinta?
Saya beri amaran keras.
Saya sanggup berhentikan pengajian walaupun sudah tahun akhir universiti.
Kalau berkenan dengan sesiapa, mesti lalu saya.
Pernah saya reject calon menantu lelaki — sebab penampilan tak patuh syariah.
Bagi saya, agama dulu, yang lain kemudian.
Rotan?
Bagi saya, rotan adalah kesinambungan pendidikan.
Nabi sendiri menganjurkan ibu bapa menyimpan rotan di rumah.
Ada kawan pernah tanya,
“Macam mana dua anak lelaki Ustaz, umur 7 dan 9 tahun, boleh duduk diam depan masa Ustaz ceramah? Anak-anak kami semua berlari-lari.”
Jawapan saya ringkas:
rotan.
Anak-anak tahu, melanggar arahan ada akibatnya. Dan akibat itu menyakitkan.
Kenapa rotan? Rotan memberi ‘result’ hampi ‘instant’ berbanding pujuk dan ‘ceramah’.
Saya rotan Cuma bagi anak2 yang sudah faham sekitar umur 7 hingga 12 tahun.
Lepas itu saya tak ‘belasah’ lagi. Kalau pun saya belasah, belasah saya Cuma melalui kata2 yang menusuk kalbu.
Keras + Lembut = Seimbang
Dalam mendidik anak, mesti ada dua elemen:
• Ayah: keras dan tegas
• Ibu: lembut dan memujuk
Kalau dua-dua keras — anak lari.
Kalau dua-dua lembut — anak pijak kepala.
Pencapaian Dunia Sederhana, Akhirat Lebih saya harapkan,
Dari sudut dunia, pencapaian anak-anak saya biasa sahaja.
Yang sulung: UIAM (Undang-undang)
Kedua: UKM (Syariah)
Ketiga: Diploma KIPSAS
Keempat: UIAM
Kelima: Diploma KIPSAS
Keenam: Al-Azhar
Ketujuh: UIAM
Kelapan: Universiti Yarmouk, Jordan
Kesembilan: Tahfiz al-Quran
Kesepuluh: Baru tamat STAM
11 hingga 15: masih belajar
Bongsu: 4 tahun, masih di rumah
Setakat ini tiada yang bergelar jutawan atau yang jadi Menteri atau berjawatan tinggi. Tapi Syukur mereka semua stabil dalam keluarga masing-masing.
Namun saya sangat bersyukur.
Semua anak saya taat kepada Allah dan Rasul.
Semua jaga solat.
Semua tutup aurat dengan sempurna.
Semua hormat abi dan ummi.
Bagi saya, itu anugerah terbesar dari Allah.
Penutup: Melentur Buluh Dari Rebungnya
Satu perkara paling penting dalam pendidikan anak:
latih mereka taat kepada Allah, Rasul, ibu bapa, guru dan orang tua sejak kecil.
Melentur buluh,
biarlah dari rebungnya.
Demikian sedikit coretan,
bagaimana saya mendidik anak-anak.
Moga bermanfaat.
Ameen.
Catatan:
Dr Nik Rahim Nik Wajis
Bapa kepada 16 orang anak kurniaan Allah
8 Februari 2026 | 20 Sya‘ban 1447H

Setuju… yang dok bagi nasihat tu tak dak sorang yg ada anak 16 orang… size kaki tak sama tapi dok mengajar macamana nak ...
06/02/2026

Setuju… yang dok bagi nasihat tu tak dak sorang yg ada anak 16 orang… size kaki tak sama tapi dok mengajar macamana nak pakai size 3 mcm dia…

08/08/2025

Lebih baik duit tak ada ambik takaful dari duit tak ada tak ambik takaful.

08/08/2025

The biggest cost after critical illness isn’t just the hospital bill — it’s the life that comes after.

07/07/2025

Walaupun saya menyediakan perkhidmatan sebut harga takaful secara percuma, tapi ia tidak boleh digunakan untuk urusan tuntutan di PruBSN.
Jgn serius sangat, gurau2 org melaka ja 🤣

07/07/2025

😨

05/07/2025

Macamana nak bazir RM6,000 setahun?

Belanja pada perkara yang tak diperlukan RM16.67 sehari.

Address

A-06-09, Blok A Pejabat Radia, Persiaran Arked Bukit Jelutong, Seksyen U8
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syukri Aidrus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syukri Aidrus:

Share