Shukery Azizan

Shukery Azizan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Shukery Azizan, Insurance Agent, Shah Alam.

Usaha untuk comeback semula untuk weight training Gym.Ini workout yang ke 4 pada bulan ini. Kenapa comeback? 1. Sebab na...
16/02/2024

Usaha untuk comeback semula untuk weight training Gym.

Ini workout yang ke 4 pada bulan ini.

Kenapa comeback?

1. Sebab nak kuatkan mental strength.

2. Nak jaga kesihatan dengan bersukan (saya tak rajin untuk joging dan lain-lain).

3. Pengaruh rakan tak berapa nak sebaya (eg dan .zhr )

Harapnya konsisten hingga hujung tahun.

Saya masih tak yakin untuk kongsikan gambar peribadi. Haha. Cukuplah untuk simpanan sendiri sebagai motivasi diri sendiri.

Dah cukup yakin, mungkin akan kongsi di kemudian hari.

Weekly Sharing daripada team Setiap minggu belajar perkara baru, dengan harapan ia boleh growth atau kembangkan lagi pot...
14/02/2024

Weekly Sharing daripada team

Setiap minggu belajar perkara baru, dengan harapan ia boleh growth atau kembangkan lagi potensi setiap orang.

Terutama diri saya sendiri.

Rasa beruntung dan bersyukur dapat banyak belajar dengan team yang wise and powerful.

Kadang-kadang (selalu juga) penat melayan karenah anak-anak. Antaranya nak tidur dalam khemah. Dah lama mereka request p...
27/01/2024

Kadang-kadang (selalu juga) penat melayan karenah anak-anak.

Antaranya nak tidur dalam khemah.

Dah lama mereka request permintaan ni. Saya tak cukup rajin nak buat.

Hari ini, barulah ada sedikit kerajinan nak buat. Akhirnya, terhasillah sebuah khemah mini guna cadar tilam. Bolehlah buat mereka senyum sampai telinga.

Saya buat juga sebab dulu, masa kecil, saya juga teringin nak buat begini. Tetapi, tak ada rezeki nak buat. Lagipun, siapa ja nak melayan karenah budak nakal macam saya dulu. Hahaa.

Begitulah.

Moga semua mimpi indah. Yang penting, esok pagi masing-masing kena kemas sendiri. Haha.

Pertama kali saya beli buku Sirah Nabawiyyah Raheeq Al Makhtum (The Sealed Nectar) masa tahun 1 di UKM dulu. Lebih 10 ta...
24/01/2024

Pertama kali saya beli buku Sirah Nabawiyyah Raheeq Al Makhtum (The Sealed Nectar) masa tahun 1 di UKM dulu.

Lebih 10 tahun yang lepas. Dan saya berjaya habiskan buku ini ambil masa setahun.

Dan selepas habis baca, saya pernah pasang niat untuk berkongsi secara bersiri-siri pada public. Sebab rasa rugi sangat sekiranya ramai orang tak tahu betapa seronoknya baca Raheeq al Makhtum ini.

Dan akhirnya, dapatlah sekali dua buat perkongsian masa belajar dulu.

Kemudian tiada.

Namun alhamdulillah, permulaan tahun 2024 ini saya direzekikan untuk berkongsi kitab ini secara bersiri di sebuah musolla.

Alhamdulillah, malam ini menjadi siri pertama untuk perkongsian sirah ini. Sekiranya ada rezeki dan umur yang panjang, akan ambil masa bertahun lamanya untuk tamatkan sebuah kitab berharga ini.

Semoga ada saham pahala untuk bekalan sana dan menjadi bukti cinta kepada junjungan Rasulullah SAW.

Ohya, jemput hadir kepada yang berdekatan.

😁

Pagi tadi, tiba-tiba ada seorang wanita whatapps saya. Katanya dapat nombor saya daripada Google.Kemudian,  dia bertanya...
23/12/2023

Pagi tadi, tiba-tiba ada seorang wanita whatapps saya. Katanya dapat nombor saya daripada Google.

Kemudian, dia bertanyakan soalan,

"Apa dia perlu buat, dia sedang mengandungkan anak yang BUKAN milik suaminya."

Saya terkedu dan termenung. Saya ambil masa lama untuk jawab. Kepala saya tiba-tiba berdenyut. Risau darah tinggi naik lagi.

Biasa kita dengar kisah suami curang. Hari ini saya dapat kisah depan mata isteri yang curang, siap pakej mengandung anak luar nikah lagi.

Pening aku memikirkan benda benda macam ni...

Haih...

Inilah sebab saya tak boleh berhenti berikan talk di sekolah-sekolah.

Kalau tak, saya akan rasa berdosa dan mesti buat sesuatu. Huhu.

"Kenapa teruskan juga degree ini? Kenapa tak BERHENTI saja?""Isteri kau kan SURI RUMAH saja. Kalau ada degree pun, memba...
26/11/2023

"Kenapa teruskan juga degree ini? Kenapa tak BERHENTI saja?"

"Isteri kau kan SURI RUMAH saja. Kalau ada degree pun, membazir saja sebab dia akan duduk rumah. Bukan bekerja pun.."

"Kenapa susah payah nak habiskan degree yang banyak kali extend ini? Buat habis duit saja. BUKAN ADA APA SANGAT pun dengan degree.."

Percaya atau tidak, inilah antara soalan-soalan real yang pernah ditanyakan kepada saya atau isteri.

Kami ambil yang positif saja dengan soalan begini. Kami anggap mereka begitu concern dengan kami walaupun soalannya begitu pedih. Alhamdulillah.

Dan sebenarnya, pernah suatu hari isteri saya pun bertanya perkara lebih kurang sama ;

"Kenapa abang nak eizza habiskan belajar juga? Kenapa tak berhenti je. Duit dah lah tak berapa nak ada.."

Saya hela nafas berat.

Memang betul, sejak dari awal perkahwinan, saya buat keputusan untuk isteri jadi suri rumah sepenuh masa. Ada banyak sebab kenapa kami buat keputusan begini. Cuma ini mungkin di post yang lain.

SEBAB UTAMA kenapa saya usahakan juga bantu isteri untuk habiskan pengajian kerana...

Kerana pada pandangan saya, inilah antara "perlindungan" yang boleh saya tinggalkan kepada isteri sekiranya saya meninggal dunia atau cacat kekal (nauzubillah) kelak.

Setiap hari, saya ulang alik bekerja naik motor lebih kurang 1 jam perjalanan pergi, dan 1 jam balik. Dan setiap hari juga, saya dikelilingi lori dan kenderaan berat yang menyeramkan.

Jadi, risiko untuk kemalangan teruk itu ada dan agak tinggi.

Saya ada buat perlindungan takaful (hibah dan medical card) buat isteri. Tapi coverage hibah itu belum cukup untuk cover seumur hidup isteri dan anak2 saya sekiranya saya tiada (walaupun ada je ditawarkan coverage tinggi, tapi saya tak mampu berikan komitmen caruman. Komitmen sekarang dah nak cecah 10% pendapatan kasar).

Jadi, nak atau tidak, mungkin suatu hari nanti isteri saya akan terpaksa bekerja. Dan di sinilah titik pentingnya.

Saya tanya pada isteri,

"Kalau suatu hari nanti eizza terpaksa bekerja, nak mohon kerja guna sijil STPM atau sijil degree?"

Dia terdiam dan berfikir sejenak.

(Bacaan seterusnya di bahagian komen)

"Rasa nak putus asalah untuk teruskan belajar. Tak boleh ke berhenti?"Inilah antara luahan-luahan perasaan isteri saya N...
25/11/2023

"Rasa nak putus asalah untuk teruskan belajar. Tak boleh ke berhenti?"

Inilah antara luahan-luahan perasaan isteri saya Nurul Eizza Zinzaki sepanjang nak menghabiskan 10 TAHUN perjalanan degreenya.

Bermula dengan ijazah sarjana muda keusahawanan UUM, terpaksa bertukar ke ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan UUM.

Putus asa? Itulah perkara yang banyak kali bermain difikirannya terutama bila nak membayar yuran yang berbaki.

Ya, bukan suatu yang mudah. Bermula daftar tahun 2013, dan akhirnya graduasi pada tahun 2023 berserta 3 orang anak.

"Macam mana boleh sampai 10 tahun degree?"

Panjang perjalanan kisahnya. Haha. Kita ringkaskan. Pada tahun pertama Eizza di UUM, dia pernah mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa hingga terpaksa "beku" sebanyak 1 semester (lebih kurang 6 bulan).

Selepas kembali pulih, selang beberapa semester, dia berkahwin dengan saya pada tahun akhir.

Beberapa bulan lepas berkahwin secara PJJ, kakinya patah kerana jatuh tangga untuk ke kelas. Kesannya, terpaksa "beku" 1 lagi semester.

Kemudian direzekikan mengandung anak pertama. Kami terpaksa ubah perancangan, daripada kami asalnya nak PJJ (perhubungan jarak jauh), disebabkan ada anak, kami terpaksa mengambil keputusan untuk tukar mode pengajian isteri.

Daripada sepenuh masa kepada separa masa. Daripada UUM Sintok kepada UUM Kuala Lumpur.

Disebabkan UUM KL dan mod separa masa tiada ditawarkan kos keusahawanan, TERPAKSA tukar kos kepada pentadbiran perniagaan.

Bila tukar kos, mod pengajian pun terpaksa "reset" iaitu terpaksa tambah lagi 4 tahun pengajian. Start from zero (walaupun dapat juga transfer kredit).

Sehinggalah praktikal pada tahun 2020, namun disebabkan PKP dan kesilapan daripada kami, terpaksa buat semula praktikal pada tahun 2023.

Dan akhirnya, tahun ini, segala penat lelah, air mata dan tangisan akhirnya "berbayar". Tamatlah kisah perjuangan ini dengan graduasi ijazah sarjana muda pentadbiran pengajian kelas kedua (kami target kelas pertama, tetapi ada beberapa kisah dan drama berlaku, nampaknya bukan rezeki dia).

(Sambung komen)

Sementara masih bernafas, saya cuba sedaya yang mampu berdasarkan sedikit kemahiran saya untuk menyampaikan kepada masya...
05/11/2023

Sementara masih bernafas, saya cuba sedaya yang mampu berdasarkan sedikit kemahiran saya untuk menyampaikan kepada masyarakat tentang pentingnya pembebasan bumi Al-4qsa.

Isu Al-4qsa bukan isu kemanusiaan sahaja, tetapi ia lebih daripada itu. Ia adalah isu KEIMANAN dan PEMBEBASAN TANAH AIR.

Kalaulah datuk nenek moyang kita seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman dan banyak lagi berputus asa lalu meninggalkan Tanah Melayu demi untuk hidup aman, nescaya kita hari ni mungkin tiada di Malaysia.

Jadi, saya buka kepada mana-mana pihak sekolah menengah yang sudi menjemput saya untuk berkongsi berkaitan apa yang berlaku di bumi Al-4qsa.

Saya prefer sekitar lembah klang atau Selangor saja. Kalau luar negeri, kena bincang masa dan keadaan.

Moga amal ini dapatlah sedikit tempias pahala sebagai mereka yang pertahankan bumi Al-4qsa dan sekitarnya.

Shukery Azizan
Speaker Gerakan Solidariti Pembebasan P4lest1n.

Saya sangat terkesan dengan kisah seorang guru yang cerita tentang anak muridnya di sekolah rendah. Ada seorang pelajar ...
02/11/2023

Saya sangat terkesan dengan kisah seorang guru yang cerita tentang anak muridnya di sekolah rendah.

Ada seorang pelajar darjah 2 bernama Faris yang tak makan waktu rehat.

Bila cikgu itu tanya, kenapa tak makan. Dia jawab duitnya dah habis sebab dah masuk tabung Filistin.

Bila ditanya kenapa masuk semua duit belanja, kenapa tak tinggal sebahagian?

Adik itu jawab lebih kurang,

"Balik sekolah nanti saya dapat makan. Esok pun masih boleh dapat duit sekolah. Tapi budak Filistin selalu tak makan.."

😭😭😭

Saya menangis bila baca kisah ini. Bayangkan, betapa polosnya hati dan tebalnya iman seorang anak kecil bila mengetahui saudara Muslimnya sengsara.

Sakit dan sedih mereka tetap dirasai meskipun jauh beribu batu.

Sebab itu, saya berusaha menyampaikan kesedaran isu Filistin ini ke sekolah-sekolah supaya...

Supaya mereka melihat isu Filistin ini bukan setakat kemanusiaan, tetapi ia adalah isu KEIMANAN, PERJUANGAN dan PERSAUDARAAN AKIDAH.

Moga Allah terima sedikit juzuk daripada amal untuk memastikan tanah air Filistin dan Al Aqsa bebas dan berdaulat.

Niat asalnya join medical check up sebab nak penuhkan aktiviti di tadika kemas Ain untuk program hari ini.Tanpa diduga, ...
13/05/2023

Niat asalnya join medical check up sebab nak penuhkan aktiviti di tadika kemas Ain untuk program hari ini.

Tanpa diduga, sekali "sangkut" p**a untuk appointment klinik. Adeh.

Doktor pesan banyak kali suruh berhati-hati risiko strok. Sebab check darah tinggi pagi ini agak tinggi. Padahal malam tadi tidur awal, bangun awal, sarapan elok dan takde stress apa pun. Tapi still tekanan darah tinggi.

Sob sob.

Saya undi siapa?Alhamdulillah, selesai tunaikan sedikit tanggungjawab. Saya mengundi di Parlimen Sembrong. Di sini ada 3...
19/11/2022

Saya undi siapa?
Alhamdulillah, selesai tunaikan sedikit tanggungjawab.

Saya mengundi di Parlimen Sembrong. Di sini ada 3 calon daripada 3 parti berbeza. BN, PN dan PH.

Saya undi siapa?

Saya undi pada calon, bukan parti.

Sebagai seorang yang dah berkeluarga, ada anak bini, dan struggling menjadi breadwinner buat keluarga, saya mendambakan sebuah negara yang stabil buat masa ini.

Setelah beberapa tahun kita menghadapi kecamuk politik yang bukan-bukan, ditambah dengan ekonomi keluarga pun pasang surut, saya tak nak merisikokan keluarga saya dalam badai politik negara yang tak stabil.

Saya dah buat pilihan saya, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan pilihan ini.

Pilihan ini juga saya akan tanggung dan jawab di Akhirat sana.

Apa pun keputusan malam ini, kepada Allah kami berserah diri.

Ok kan Manfaat Hibah Takaful Berganda Ini? 🀨Dengan sumbangan serendah RM115 sebulan (umur 30 tahun), boleh dapat manfaat...
08/11/2022

Ok kan Manfaat Hibah Takaful Berganda Ini? 🀨

Dengan sumbangan serendah RM115 sebulan (umur 30 tahun), boleh dapat manfaat takaful dengan hibah berganda sehingga RM800,000 😱

βœ… Meninggal biasa RM200,000
βœ… Meninggal kerana kanser RM400,000
βœ… Meninggal kerana kemalangan RM600,000
βœ… Meninggal ketika umrah haji RM800,000
βœ… Tempoh 30 TAHUN.
βœ… Ada NILAI TUNAI

Juga ada BONUS GANJARAN TUNAI 😍

βœ… Perkahwinan
βœ… Melahirkan anak
βœ… Membeli rumah pertama
βœ… Menunaikan haji
βœ… Melancong

Berminat nak tahu lanjut? Nak dapatkan quotation pertama anda? 😎

Klik link di bawah segera πŸ‘‡

Address

Shah Alam

Telephone

+60137297785

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shukery Azizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shukery Azizan:

Share