31/05/2025
Hibah boleh dicabar?
Sejak semalam lagi, Ramai kawan kawan mesej bertanya tentang kes hibah takaful RM1 juta yang tular baru-baru ini. Alhamdulillah bagus bagi yang ambil berat & keprihatinan,anda betul2 bertanggungjawab & sayang family anda 👍🏽👍🏽👍🏽
Di sini saya ingin kongsikan beberapa perkara penting , kita ambil iktbar dan jadikan perkara ini sbg panduan. Disclamer: Point2 saya adalah atas pandangan diri saya berdasarkan ilmu & pengalaman handling kes kes berkaitan selama ini dan tidak memihak mana2 institusi.
1️⃣ Kita Tidak Tahu Keseluruhan Fakta
Kita sbg netizen, kita tidak tahu keseluruhan butiran kes, jadi tidak wajar kita membuat andaian. Namun secara umum, takaful adalah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013), dan sebarang isu boleh dibawa ke Mahkamah Syariah. Kes ini masih boleh dibawa ke Mahkamah Syariah jika balu ingin berbuat demikian
2️⃣ Malaysia Ada Dua Sistem Undang-Undang
Ya, kita ada undang-undang sivil dan syariah, dan ini boleh menyebabkan komplikasi jika tidak dirancang dengan teliti. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita wajib memastikan dokumentasi dibuat mengikut hukum Syariah yang sah, lengkap dan boleh dipertahankan di mahkamah.
3️⃣ Takaful Hanya Sebahagian drpd Pusaka
Urusan pusaka bukan sekadar pampasan takaful sahaja. Selepas kematian, semua aset si mati wajib diuruskan, termasuklah :
• Wang simpanan, FD …
• Pelaburan (ASB, Tabung Haji, shares etc)
• Harta tak alih (rumah, tanah)
• Bisnes, Syarikat
• KWSP, akaun bank, saham, dll
• Online Digital Aset
• Hutang dunia & hutang akhirat
Ambil iktibar dari kes ini – aset lain arwah turut difailkan dan dicabar. Maka, penting bagi anda buat 📗perancangan pusaka secara menyeluruh💯, bukan setakat hibah takaful sahaja. Ambil kira aset aset lain juga, walaupun setakat kereta & akaun bank!
4️⃣ Pentadbir 👨🏻🦱 Adalah Kunci ❗️
Siapa Wakil Sah anda?
Selepas seseorang meninggal, si mati perlukan seorang pentadbir (executor/ wasi) yang kuat dan bertanggungjawab:
✔️ Mempertahankan hak & hasrat si mati
✔️ Menyelesaikan urusan pusaka dengan adil dan tenang
✔️ Berpengalaman serta mampu mengawal emosi dan tindakan waris
Tanpa pentadbir yang cekap, perancangan boleh jadi sia-sia saje
5️⃣ Bagi yang ada Anak Bawah Umur 18 tahun, siapa Penjaga Harta Anak anda? Ambil perhatian bahawa ibu bukan penjag harta anak by default (automatic) jika suami tak buat perlantikan secara sah.
Mahu Pampasan Takaful Lebih Selamat? Sediakan Amanah Takaful ❗️
Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan pertikaian dan memastikan pampasan takaful disalurkan terus kepada orang yang anda niatkan ialah dengan menyediakan Amanah Takaful.
Melalui amanah, wang takaful dipegang dan diuruskan oleh pihak pemegang amanah profesional untuk faedah penerima (contohnya anak bawah umur atau isteri).
✅ Amanah lebih kukuh dan lebih sukar dicabar berbanding hanya pelantikan penama biasa.
Dengan adanya Amanah ini,
• pampasan Takaful boleh diberikan secara berskala atas tujuan tujuan tertentu sahaja, contoh:
📗pendidikan anak anak,
🏩perubatan, 💖perbelanjaan perkahwinan anak, 🕋ibadah umrah atau haji anak anak) dan sebagainya
• elak pampasan lumpsum disalah guna atau scam ❌
⁉️Berbalik pada topik hangat
Takaful Boleh Dicabar? ⁉️
Secara prinsip – apa-apa perkara dalam dunia ini boleh dicabar, jika ada pihak yang berniat dan berusaha mencabar. Itulah realiti.
Jadi, semasa masih hidup, jika sudah nampak tanda-tanda 🚩🚩🚩
• 🤦🏽♂️Ada waris yang tamak, ramai…
• 🙋🏽♀️Pasangan tiada anak lelaki
• 💁🏼♀️Anak perempuan sahaja
• 🧍🏿♀️Ada anak angkat
• 🚸Ada anak istimewa
• 👩❤️💋👨Tidak mempunyai anak
• 👶🏼Anak di bawah umur 18 tahun
• 🏘️Rumah atas satu nama atau dua nama
….
👰🏻♀️Bahagian Faraid Isteri 1/8.
Nak Kan bahagian lebih ? Boleh dirancang! bincang antara suami Isteri, sediakan dokumen Deklarasi Harta Spencerian.
Ambil tindakan awal. Buat perancangan Sempurna (bukan setakat hibah sahaja) dan lindungi harta anda.
✅ ‼️ the Key Point is :
Jangan Tunggu. Buatlah Perancangan yang Lengkap Sekarang! Pelbagai cara bagi situasi masing2 yang berbeza.
Perancangan yang betul hari ini,
menjamin ketenangan & keadilan selepas kita tiada 💖👏
Moga perkongsian ini memberi manfaat kpd kawan2 semua🤲🏽