Tarbiyatul Aulad Seri Abim Sg Petani

Tarbiyatul Aulad Seri Abim Sg Petani Seri Abim Sungai Petani merupakan antara salah satu cawangan Sekolah Rendah Islam Abim yang banyak terdapat di seluruh negara. Kutipan wakaf giat dijalankan.

Fanpage Seri Abim Sg Petani ditubuhkan untuk bekerjasama dengan fanpage seriabim sp yang telah ditubuhkan tidak lama sebelumnya. Matlamat utama fanpage ini pada dasarnya untuk memperkenalkan SERI Abim Sg Petani kepada umum sebagai salah satu sekolah rendah Islam yang diharapkan dapat meneruskan cita-cita para waris untuk membentuk anak mereka pada umur masih rebung lagi menjadi insan yang bertakwa serta anak soleh dan solehah. Selain itu, fanpage ini diharapkan dapat menjadi tempat para ibubapa dan guru-guru bertukar-tukar pandangan, idea dan nasihat untuk menambah-baikkan sistem persekolahan anak-anak. Antara salah satu juga sebab utama penubuhan fanpage ini adalah untuk mengutip dana bagi pihak sekolah, terutamanya dana pembangunan bangunan baru fasa 1 yang kini sedang rancak dalam pembinaan. Sumbangan dalam pelbagai bentuk contohnya wang ringgit, pinjaman, meminjamkan bagi pihak sekolah, tenaga, kepakaran seperti menjadi kontraktor bagi pembinaan bangunan baru, jualan amal, idea, nasihat dan sebagainya amatlah dialu-alukan. Semoga ukhuwah sesama warga SERI Abim Sg Petani tak kira sama ada murid, guru, ibubapa, pekerja sokongan dan sesiapa sahaja berkekalan sehingga ke akhirat, insyaAllah.

Address

Bangunan Zakat
Sg Petani
08000KEDAH

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarbiyatul Aulad Seri Abim Sg Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share