RESQ DOT COM Services

RESQ DOT COM Services MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INSURAN HAYAT DAN INSURAN AM (TAKAFUL) SERTA KHIDMAT PENYELENGGARA KOMPUTER PERIBADI DAN PEJABAT.

INSURAN HAYAT DAN INSURAN AM

INSURAN HAYAT-MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENJUALAN INSURAN HAYAT BERKELUMPUK DAN PERSENDIRIAN :-

*INSURAN HAYAT PERSENDIRIAN- BERKONSEPKAN SIMPANAN SAMA ADA JANGKA MASA PENDEK DAN PANJANG DENGAN DI SERTAKAN PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN HOSPITAL

*INSURAN HAYAT BERKELUMPUK-MENYEDIAKAN INSURAN SECARA BERKUMPULAN DENGAN PERLINDUNGAN JANGKA MASA PENDEK DAN PANJANG MENGIKUT

PERMINTAAN PELANGGAN. PERKHIDMATAN MENYELNGGARA KOMPUTER

-MEMBAIK PULIH KOMPUTER DAN KOMPUTER RIBA
-MEMBERSIHKAN KOMPUTER DARI VIRUS
-MENJUAL KOMPUTER DAN KOMPUTER RIBA

26/04/2026

Kenapa Rasulullah ﷺ Beristighfar?
===========
1. Ketika membahaskan tentang hadith istighfar, Sheikh al-Dahlawi menyebutkan bahawa terdapat sarjana Muslim yang berasa hairan mengapa Rasulullah ﷺ sering beristighfar sedangkan Baginda telah diampunkan dosanya. Kata Sheikh al-Dahlawi:

ولقد تحير العلماء في بيان معنى هذا الحديث وتأويله

“Sesungguhnya sebahagian ulama merasa hairan ketika membahaskan hadith ini (hadith istighfar Rasulullah).” Ini kerana kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah telah dikurniakan keampunan, bahkan Baginda adalah maksum. Lalu untuk apa lagi istighfar tersebut?

2. Menurut riwayat Sahih Muslim, Rasulullah ﷺ dikatakan tenggalam dalam kekhusyukkan beristighfar. Sabda Baginda Nabi :

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِي الْيَوْمِ مِئَةَ مَرَّةٍ

“Sesungguhnnya hatiku tenggelam dalam keseronokan beristighfar. Dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah setiap hari seratus kali.” (HR Muslim)

3. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah yang maksum ini khusyuk dan tenggelam jiwanya dalam memohon keampunan buat Allah sedangkan Baginda adalah maksum. Menurut al-Imam al-Nawawi, Baginda beristighfar bukan buat dirinya akan tetapi buat umatnya iaitu kita! Kata al-Imam al-Nawawi:

هُوَ هَمُّهُ بِسَبَبِ أُمَّتِهِ وَمَا اطَّلَعَ عَلَيْهِ مِنْ أَحْوَالِهَا بَعْدَهُ فَيَسْتَغْفِرُ لَهُمْ

“Ia adalah disebabkan kerana keperihatian Nabi terhadap umatnya, Baginda memerhati hal ehwal yang akan menimpa umatnya lalu Baginda beristighfar buat mereka. (al-Nawawi, Sharh Muslim).

4. Bayangkan, Rasulullah sendiri memohon istighfar buat kita kerana dosa dan kesilapan yang kita lakukan. Tidak malukah kita kepada Rasulullah yang memohon istighfar buat umatnya sedangkan kita sendiri jarang beristighfar?

5. Menurut al-Qadi Iyyad p**a, Baginda mengucapkan istighfar setiap masa kerana bimbang terdapat terdapat masa yang hatinya leka dari mengingati Allah.

كَانَ شَأْنُهُ الدَّوَامَ عَلَيْهِ فَإِذَا فتَرَ عَنْهُ أَوْ غَفَلَ عَدَّ ذَلِكَ ذَنْبًا وَاسْتَغْفَرَ مِنْهُ

“Sesungguhnya hati Rasulullah itu sentiasa berada dalam keadaan zikir (mengingati Allah), namun apabila Baginda teralpa atau leka seketika, maka Baginda segera beristighfar kerana leka dari berzikir kepada Allah.” (Sharh Muslim)

6. MashAllah! Begitu tinggi iman seorang Nabi. Tidak ada masa bagi hatinya untuk alpa dari mengingati Allah. Sekiranya terleka seketika, Baginda segera memohon keampunan dari Allah.

7. Malah al-Nawawi menegaskan bahawa istighfar Rasulullah itu adalah manifestasi pengabdian Baginda kepada Allah, iaitu menundukkan seluruh jiwa dan raganya hanya kerana Allah sebagai tanda hamba yang bersyukur.

8. Andai Rasulullah sendiri beristighfar untuk kita setiap hari, malulah kita jika kita sendiri tidak beristighfar setiap hari. Malah sekiranya Rasulullah sendiri beristighfar untuk menzahirkan sifat kehambaan dan syukur kepada Allah, maka kita lebih perlu untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

09/04/2024
19/01/2024
19/01/2024

Untuk info terkini bekaitan dengan Insuran sila join link Di bawah:-

Address

NO 16-1, GERAI DEPAN JPJ WANGSA MAJU
Setapak
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RESQ DOT COM Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RESQ DOT COM Services:

Shortcuts

Share