11/12/2024
📢 PENGUMUMAN PENTING DARI LIQUI MOLY MALAYSIA 📢
Kami ingin menarik perhatian anda mengenai isu ketulenan produk LIQUI MOLY yang semakin membimbangkan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Untuk memastikan anda mendapat produk yang asli dan berkualiti, kami ingin menasihatkan semua pengguna agar:
1. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙚𝙙𝙖𝙧 𝙎𝙖𝙝 𝙇𝙄𝙌𝙐𝙄 𝙈𝙊𝙇𝙔
Pastikan anda mendapatkan produk LIQUI MOLY hanya dari bengkel yang telah disahkan oleh LIQUI MOLY Malaysia.
Semak senarai bengkel rasmi di sini:
👉 https://liquimoly-servicepartner.com/
2. 𝙋𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙋𝙡𝙖𝙩𝙛𝙤𝙧𝙢 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙊𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚
Untuk pembelian dalam talian, pastikan anda hanya menggunakan saluran berikut:
Official Website : https://www.liquimolymalaysia.my/
Shopee : https://shopee.com.my/liquimoly.os
Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/liqui-moly
TikTok Shop :
Produk yang dibeli dari sumber selain platform online dan bengkel sah LIQUI MOLY yang mungkin tidak terjamin ketulenannya, dan LIQUI MOLY Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul.
Kami menghargai kerjasama anda dalam memastikan produk asli LIQUI MOLY digunakan demi kualiti dan prestasi terbaik.
Terima kasih atas sokongan anda!