23/04/2026
*ADA CASH RM10,000. Nak untung setahun RM600 atau RM2,700?*
⚠️ Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang dah ada simpanan cash dan berhasrat untuk tidak menggunakan duit tersebut dalam masa terdekat. Simpan cara biasa slow sangat duit tu berkembang. Jadi, boleh la cuba cara yang super power ni bagi duit tu cepat berkembang.
Pilihan di tangan masing-masing. Saya cuma tunjukkan caranya.
_*KITA BUAT KIRA-KIRA BERDASARKAN DIVIDEN 5.5% SAHAJA*_
*Simpanan ASB Biasa*
☑️Kalau simpan RM10,284 cara biasa, andai dividen 5.5%. Setahun akan dapat; 5.5% x 10,284 = RM565
☑️Jika modal dan dividen tidak diusik selama 3 tahun. Jumlah keseluruhan dividen bersamaan RM1,792
☑️Untung RM1,792 selama 3 tahun.
☑️Purata keuntungan setahun = 1,792 / 3 = RM597✓
Lebih kurang RM600 sahaja‼️
*Simpanan Menggunakan Sijil ASBF*
Gunakan RM10,284 sahaja sebagai modal untuk memiliki sijil ASBF RM200K. Gunakan teknik ROLLING DIVIDEN selama 3 tahun.
✔️Buat ASBF 200K, Tarik tempoh paling panjang 40 tahun. Berhenti selepas 3 tahun.
✔️Rate 4.15%
✔️Bayaran bulanan RM857
✔️Bayaran Setahun RM10,284
✔️Yuran proses RM64 (Bayar sekali sahaja)
***Anggaran Dividen = 5.5% setahun
🔺 _Tahun 1_
Dividen: 5.5% x 200K = RM11,000
Ambil dividen RM10,284 bayar untuk tahun ke-2. Baki RM716 simpan.
🔺 _Tahun 2_
Dividen: 5.5% x 200K = RM11,000
Ambil dividen RM10,284 bayar untuk tahun ke-3. Baki RM716 simpan.
🔺 _Tahun 3_
Dividen: 5.5% x 200K = RM11,000 (Stop). Tak perlu bayar untuk tahun ke 4 sebab gameplan 3 tahun saja.
▪Jumlah dividen terkumpul:
716 + 716 + 11,000 = RM12,432✓
▪Jumlah prinsipal terkumpul (surrender value):
Anggaran baki hutang selepas 3 tahun (36 bulan) lebih kurang RM194,000 (Boleh rujuk loan calculator).
200,000 - 194,000 = RM6,000✓
▪Hasil keseluruhan:
12,432 + 6,000 = RM18,432✓
*Keuntungan untuk 3 tahun:*
RM18,432 - RM10,284 = RM8,148✓
*Purata Keuntungan untuk setahun:*
8,148 / 3 = RM2,716 setahun‼️
*Perbandingan dengan ASB Biasa:*
2,716 / 600 = 4.5 kali ganda
*Maka teknik ini memberikan p**angan keuntungan lebih 4 kali ganda berbanding simpanan cara biasa.*
*[Kiraan berdasarkan dividen ASB 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.15%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]*
⚠️ Ini kiraan ikut dividen 5.5%. Kalau ikut kadar terkini 5.75%, lagi tinggilah keuntungan.
*_Kita tak semestinya perlu ada cash RM10,284. Kalau ada kurang pun boleh juga buat teknik ni. Contohnya:_*
▪️Ada modal RM7,700++ - sijil 150K
▪️Ada modal RM5,000++ - sijil 100K
▪️Ada modal RM2,500++ - sijil 50K
_Kalau ada simpanan kat Tabung Haji pun boleh buat mcm ni. Keluarkan sekejap 3-5 tahun. Lepas duit dah berkembang, transfer semula ke TH. Lagi cepat duit berkembang._
Contoh ada RM5,000 lebih dalam TH, gunakan teknik di atas untuk kembangkan duit cara cepat. Anggaran hasil selepas 3 tahun dapat lebih kurang RM9-10K. Lepas 3 tahun, transfer semula ke dalam TH. Kalau simpan cara biasa dalam TH, mungkin hasil selepas 3 tahun hanya RM5,000 lebih sahaja jika dividen setiap tahun 5.5%.
Kalau yang dok simpan duit dalam akaun simpanan biasa tu, lagi rugi. Duit tak berkembang langsung ‼️
⚠️ Kalau ada extra cash dan nak buka lebih dari 1 akaun, boleh juga guna nama anak-anak yg berumur 18 tahun ke atas sebagai proksi.
*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*