Jasmira AIA Takaful

Jasmira AIA Takaful Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jasmira AIA Takaful, Insurance Agent, Seremban.

✨AIA Takaful Consultant ✨

🌟Certified FinCoach Practitioner🌟

Income Protection / Medical Card / Critical Illness / Investment / Retirement Plan

📍KL QF Group

Reach me out👇🏻

http://wasap.my/601111418126

Promo autoboost medical coverage 5 million! *2 HARI LAGI!!* -Bilik RM 250-Annual Limit 5 juta-Tiada limit seumur hidup-N...
29/09/2025

Promo autoboost medical coverage 5 million!

*2 HARI LAGI!!*

-Bilik RM 250
-Annual Limit 5 juta
-Tiada limit seumur hidup
-No claim bonus (RM 4,000)
-Cover Rawatan Dialisis Buah Pinggang dan Kanser Pesakit Luar.
-Tidak perlu bayar jika terkena sakit kritikal (waiver)
-Perlindungan sehingga 70 tahun
-Ada simpanan ✨

http://wasap.my/601111418126

👨🏻‍💻Jasmira Jamal
📝Income Protector and Takaful Advisor
📍Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan
-𝗔𝗜𝗔 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟-

10/09/2025

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu bukan kerana tiada pesakit, tapi kerana seorang tidak kembali. Mesin masih berbunyi, jarum masih menusuk lengan pesakit lain, darah masih berpusing dalam tiub lutsinar. Di luar kaca, seorang anak kecil melambai perlahan pada ayahnya yang terikat empat jam setiap sesi. Mereka dah hafal tempoh menunggu, tiga kali seminggu, tanpa gagal.

Lelaki itu dulu sihat. Umur baru empat puluh. Kerja kuat, badan tegap. Sakit belakangnya ditelan dengan pil tahan sakit yang dibeli macam gula-gula. Air kosong? “Minum sikit pun cukup,” katanya. Malam ada mi segera, hujung minggu ayam goreng, air manis jadi kebiasaan. Dia tak pernah terfikir dua organ kecil dalam tubuhnya sedang reput perlahan-lahan.

Sampai satu hari muka jadi sembap. Kaki berbekas bila ditekan. Kencing berbuih macam sabun. Dia fikir itu penat. Hospital fikir itu amaran. Bila akhirnya buat ujian darah, doktor hanya menggeleng.
“Buah pinggang encik dah rosak. Dan benda ini, takkan pulih.”

Itu realiti paling pedih. Buah pinggang yang gagal takkan sembuh semula. Dialisis hanya meminjam masa. Transplant mungkin beri peluang, tapi barisan panjang, kos tinggi, penderma jarang. Antara mesin dan transplant, jawapan paling ramai takut dengar ialah tanah.

Hari ini, hampir 1 daripada 7 rakyat Malaysia ada penyakit buah pinggang kronik. Pada 2011, peratusnya hanya 9%. Pada 2018, naik jadi 15.48%. Itu lebih lima juta rakyat. Setiap tahun, lebih 9,000 orang baharu mula dialisis, cukup untuk penuhkan sebuah stadium kecil. Dari hanya 6,702 orang pada tahun 2000, kini hampir 40,000 orang hidupnya terikat pada mesin. Jika trend ini berterusan, menjelang 2040 lebih 106,000 rakyat Malaysia akan bergantung pada dialisis untuk hidup.

Dan puncanya? Bukan semata-mata diabetes atau darah tinggi. Kadang-kadang perkara remeh yang kita anggap biasa: pil tahan sakit yang ditelan hari-hari, makanan segera yang penuh garam, air kosong yang disekat sebab sibuk, herba dan suplemen yang kononnya selamat, rokok dan v**e yang merosakkan salur darah halus. Semua itu nampak kecil, tapi perlahan-lahan membunuh.

Dialisis bukan pengakhiran, tapi bukan juga kehidupan yang sama. Bayangkan empat jam duduk di kerusi, tiga kali seminggu, jarum besar menusuk vena, darah berpusing keluar masuk. Bayangkan anak kecil yang membesar di luar pintu pusat dialisis, menunggu mak ayahnya selesai. Bayangkan kerja terpaksa ditinggalkan, percutian dilupakan, hidup diikat pada jadual mesin.

Satu soalan yang selalu berulang, “Doktor, kalau saya jaga betul-betul lepas ni, boleh baik balik ke?” Dan jawapannya tak pernah berubah. Tidak. Buah pinggang yang gagal tidak akan kembali normal.

Kita selalu rasa tragedi berlaku pada orang lain. Sampai satu pagi kita bangun dengan muka sembap. Sampai satu petang kita berjalan dengan badan yang pelik letihnya. Sampai satu malam buih di mangkuk tandas tak hilang. Sampai satu hari kertas darah keluar dengan angka yang menghukum.

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu mungkin esok giliran siapa?

Sanggupkah anda biarkan hidup anda dimiliki mesin, hanya kerana hari ini anda terlalu malas minum air kosong?

Ramai ingat ambil takaful tu rugi sebab kalau tak sakit, tak claim, duit tu ‘hangus’. Sebenarnya takaful bukan pasal unt...
07/09/2025

Ramai ingat ambil takaful tu rugi sebab kalau tak sakit, tak claim, duit tu ‘hangus’. Sebenarnya takaful bukan pasal untung rugi, tapi pasal perlindungan.

Ibarat spare tayar dalam bonet, masa jalan elok nampak tak penting. Tapi bila tayar pancit, itulah penyelamat kita.

Jika tiada persediaan yang di buat, yang menanggungnya bukan kita tau (kita sudah tiada) tetapi anak, isteri yang kita s...
27/08/2025

Jika tiada persediaan yang di buat,
yang menanggungnya bukan kita tau
(kita sudah tiada) tetapi anak, isteri yang kita sayang lah yang akan menanggung beban nya 🥹🥺

Fikir fikirkanlah!

wasap.my/011-1141 8126/naktahuje

27/08/2025

Polisi yang terbaik ialah polisi mengikut coverage yang kita perlu dan juga polisi yang kita mampu bayar setiap bulan 👌🏻

Apakah itu pampasan sakit kritikal?Ia adalah sejumlah wang tunai yang diberikan apabila anda disahkan menghidap sakit kr...
18/08/2025

Apakah itu pampasan sakit kritikal?
Ia adalah sejumlah wang tunai yang diberikan apabila anda disahkan menghidap sakit kritikal. Kanser, strok, sakit jantung atau lain-lain. Duit ini boleh digunakan untuk apa sahaja keperluan — sama ada kos rawatan, bil hospital, belanja harian atau menampung hidup bila gaji terhenti.

Hidup memang nampak stabil bila sihat. Pergi kerja setiap hari, hujung bulan gaji masuk, boleh bayar komitmen macam biasa. Tapi bila sakit kritikal datang, semua rutin tu boleh terhenti sekelip mata.

Tanpa gaji, nak teruskan bayar bil rawatan, ansuran rumah, loan kereta dan makan minum bukan sesuatu yang mudah. Nak pinjam orang? Bukan semua org boleh bagi kita pinjam duit begitu saja.

Sebab itu perlindungan untuk diri sendiri adalah sangat penting. Supaya bila diuji, masih ada ruang bernafas dan tidak rasa hilang semua sekaligus.

👉 Jangan tunggu sampai sakit baru nak mencari. Sebab kalau dah ada penyakit nanti, memang dah tak layak untuk apply 🙏🏻

Dapatkan perlindungan diri hari ini 👇🏻👇🏻👇🏻

http://wasap.my/601111418126

http://wasap.my/601111418126

http://wasap.my/601111418126

Sakit itu ujian… tapi bila duit habis, rasa sakit tu berganda.Seorang pesakit kanser baru-baru ni luah rasa kesal.Katany...
12/08/2025

Sakit itu ujian… tapi bila duit habis, rasa sakit tu berganda.

Seorang pesakit kanser baru-baru ni luah rasa kesal.
Katanya, bukan mudah nak lawan penyakit yang makan tenaga setiap hari. Lagi perit bila gaji terhenti sebab cuti sakit panjang.

Ramai tak tahu, bila MC habis atau cuti tahunan dah guna, majikan tak wajib bayar gaji. Masa tu, nak bayar rawatan, nak teruskan hidup… semua akan jadi beban.

Sakit itu memang kita tak boleh nak elak. Tapi kita boleh bersedia dari awal supaya kalau diuji, kita ada sumber kewangan untuk bertahan.

Ada satu pelan yang beri pampasan tunai sekaligus bila disahkan menghidap mana-mana daripada 45 jenis penyakit kritikal yang dilindungi. Pampasan inilah yang boleh jadi ‘talian hayat’ untuk bayar rawatan, tampung perbelanjaan rumah atau sekadar beri ruang untuk fokus pada kesembuhan tanpa risau soal duit.

Kadang kita rasa sihat sekarang, tapi masa depan tiada siapa yang pasti. Bersedia hari ini mungkin jadi keputusan terbaik yang kita pernah buat.

KENAPA TAK SEMUA ORANG S**A BUAT TAKAFUL??Sebab takaful ni kita tak nampak produk dia depan mata.Kalau beli phone, kita ...
08/08/2025

KENAPA TAK SEMUA ORANG S**A BUAT TAKAFUL??

Sebab takaful ni kita tak nampak produk dia depan mata.

Kalau beli phone, kita nampak phone tu,
Kalau beli kereta, kita nampak kereta tu,

Kalau sign up takaful,kita tak nampak takaful tu kecuali bila dah sampai masa untuk kita claim nanti.

Sebab tu takaful ni bukan lah sekadar jual produk je tapi lebih kepada jual KESEDARAN.

Kesedaran ni sangat lah mahal sebab kadang2 bila dah sedar tu mungkin dah ada penyakit atau dah berumur dan tak layak untuk mohon Takaful.

Saya doakan sesiapa sahaja yang membaca post ni kalau belum ada perlindungan, dikurniakan kesedaran sebelum terlambat.


Address

Seremban

Telephone

+601111418126

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jasmira AIA Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jasmira AIA Takaful:

Share