21/09/2022
MAAF, INSURANS TAK COVER LOAN RUMAH ARWAH
Masa hampa beli rumah, mesti banker masukkan sekali insurans MRTT/MRTA kan?
Kebanyakkan dari kita masukkan MRTT/MRTA dalam loan kan?
Hampa tau tak apa fungsi MRTT/MRTA?
Fungsi MRTT/MRTA tu akan waive atau hapuskan baki loan rumah kita masa kita meninggal dunia. Insurans MRTT/MRTA tu akan langsaikan hutang rumah & waris kita boleh buat pindah nama dari nama si mati kepada nama waris.
Tapi, sedar atau tidak yang tak semua insurans cover kematian dalam semua keadaan! Contohnya ni, tuntutan insurans MRTT si mati ditolak kerana meninggal dunia akibat HIV!
What?? So macam mana?
Apa boleh buat, waris masih perlu buat bayaran seperti biasa dekat bank kerana insurans MRTT/MRTA yang diambil tu tak dapat menghapuskan baki hutang rumah dekat bank.
Waris tak dapat pindah atau tukar nama pemilik rumah tersebut kerana baki pinjaman rumah masih tidak lagi dilangsaikan.
Saya seru semua kawan kawan yang dah beli rumah untuk semak dokumen perjanjian jual beli rumah & polisi MRTT/MRTA. Luang masa untuk tengok bahagian pengecualian sama ada polisi MRTT/MRTA tersebut cover kematian akibat semua punca atau tidak.
Jika ada pengecualian, cepat-cepat topup dengan ambil pelan Takaful ikut jumlah baki pinjaman.