HTE Bantuan Kewangan

HTE Bantuan Kewangan HT ENTERPRISE , BANTUAN KEWANGAN. AREA : SEPANG , KOTA WARISAN .

PUTRAJAYA: Sebanyak 16,863 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes ...
28/03/2022

PUTRAJAYA: Sebanyak 16,863 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

Pada masa sama, seramai 26,171 lagi pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,870,937 kes sudah pulih daripada jangkitan wabak itu hingga kini.

Terdapat 233,179 kes aktif, setakat tengah malam tadi, termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (1,032).

Sementara itu, 37 korban baharu COVID-19 dilaporkan, semalam, termasuk enam kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan perkembangan itu membawa kepada jumlah kumulatif 34,751 kematian meliputi 7,321 kes BID, setakat ini.

Johor mencatat bilangan tertinggi kematian baharu dengan 12 kes termasuk satu BID, diikuti Kedah (enam termasuk satu BID), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat meliputi satu BID).

Selain itu, Pulau Pinang (tiga termasuk satu BID); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (masing-masing satu).

Sementara itu, sebanyak 24,254 dos vaksin COVID-19 diberikan, semalam, merangkumi 16,814 dos penggalak, dos pertama (6,622) dan dos kedua (818).

Setakat tengah malam tadi, pengambilan dos penggalak dalam kalangan pop**asi dewasa sudah mencecah 66.4 peratus.

Sebanyak 5,692 dos pertama diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, semalam, menyumbang kepada 37 peratus golongan terbabit sudah divaksinasi, setakat ini.



BH:

PUTRAJAYA: Sebanyak 16,863 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

PUTRAJAYA: Kes sembuh kekal melebihi kes baharu COVID-19 di negara ini dengan 25,512 kes dilaporkan setakat semalam.Ketu...
25/03/2022

PUTRAJAYA: Kes sembuh kekal melebihi kes baharu COVID-19 di negara ini dengan 25,512 kes dilaporkan setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 3,796,975 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Bagi kes baharu p**a, Dr Noor Hisham berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 24,316 kes semalam, sekali gus menjadikan sehingga kini 4,079,242 individu sudah dijangkiti virus terbabit.

"Kes yang dikesan semalam membabitkan 297 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dengan 24,019 kes lagi adalah tempatan. Secara keseluruhan, kes paling tinggi terdiri kalangan pesakit kategori satu iaitu sebanyak 13,299.

"Ia diikuti kategori dua dengan 10,865 kes, kategori tiga (75 kes), kategori lima (45 kes) dan kategori empat 32 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan 152 kes membabitkan kategori tiga hingga lima, sebanyak 53.29 peratus atau 81 kes membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas.

"Selain itu, 50 peratus atau 76 kes mempunyai komorbid, sudah menerima dua dos vaksin, namun tiada dos penggalak (61 kes), sudah menerima dos penggalak (48 kes) dan tidak divaksin atau belum lengkap vaksin (43 kes)," katanya.

Sehingga kini, daripada jumlah kes aktif di seluruh negara terdapat 321 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 139 kes disahkan COVID-19 serta 182 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

"Bagi kes dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan p**a terdapat 194 kes iaitu 90 kes disahkan COVID-19 serta 104 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan," katanya.

Mengenai empat kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan sehingga kini terdapat 251 kluster yang masih aktif di seluruh negara.

"Mengenai fasiliti kesihatan p**a, enam negeri mencatat penggunaan katil di ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya yang kini sudah mencecah 100 peratus.

"Lima negeri lain ialah Kuala Lumpur (67 peratus), Selangor (59 peratus), Perlis (55 peratus), Johor (53 peratus) dan Kelantan (52 peratus) serta tiada negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19.

"Lapan negeri p**a menunjukkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu di Selangor (79 peratus), Putrajaya (72 peratus), Kuala Lumpur (64 peratus), Terengganu (60 peratus), Melaka (59 peratus), Perak (57 peratus), Sarawak (55 peratus) dan Negeri Sembilan (54 peratus).



BH:

PUTRAJAYA: Kes sembuh kekal melebihi kes baharu COVID-19 di negara ini dengan 25,512 kes dilaporkan setakat semalam.

COPENHAGEN: Hampir satu pertiga individu melaporkan mereka mengalami gejala berterusan antara enam hingga 12 bulan selep...
05/03/2022

COPENHAGEN: Hampir satu pertiga individu melaporkan mereka mengalami gejala berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan COVID-19, lapor kajian yang membabitkan 152,000 orang di Denmark.

Kajian itu turut membabitkan satu daripada kump**an terbesar yang tidak dimasukkan ke hospital dengan COVID, dengan mengikuti mereka lebih lama daripada kajian utama lain, kata penyelidik dari Institut Serum Negara Denmark (SSI).

Kajian berasaskan soal selidik itu mencadangkan simptom jangka panjang yang paling biasa dilaporkan adalah perubahan dalam deria bau dan rasa serta keletihan.

Ia dijalankan antara September 2020 hingga April 2021 iaitu sebelum lonjakan jangkitan disebabkan varian Omicron yang mana kajian itu membuat perbandingan mengenai maklum balas terhadap 61,002 orang yang diuji positif COVID-19 bagi tempoh enam, sembilan atau 12 bulan dengan 91,878 individu yang diuji negatif.

Secara keseluruhan, kira-kira 29.6 peratus daripada responden yang diuji positif melaporkan sekurang-kurangnya mengalami gejala fizikal yang berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan, berbanding 13 peratus dalam kump**an yang dikawal.

Lebih separuh atau 53.1 peratus daripada mereka yang positif mengatakan mereka mengalami gejala sama ada keletihan mental atau fizikal, masalah tidur atau masalah kognitif antara tempoh enam hingga 12 bulan selepas dijangkiti, berbanding 11.5 peratus dalam kump**an kawalan.

Hasil diagnosis baharu daripada kajian itu mengenai kegelisahan dan kemurungan juga adalah lebih biasa dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah jangkitan SARS-CoV-2.

Kajian berkenaan diterbitkan dalam versi pracetak dan belum lagi disemak semula.

Menurut ahli epidemiologi di SSI, Anders Peter Hviid yang juga penulis kajian berkata, keputusan berhubung gejala berterusan COVID-19 adalah antara tanda yang perlu dipertimbangkan oleh pembuat dasar.

Sementara itu, anggaran mengenai kelaziman yang dikenali sebagai 'long COVID' adalah berbeza-beza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memanggil sindrom selepas COVID-19 sebagai gejala berterusan termasuk keletihan atau sesak nafas, antara lain tiga bulan selepas jangkitan yang berterusan hingga tiga bulan.

WHO menganggarkan antara 10 dan 20 peratus individu terjejas itu memerlukan lebih usaha untuk sembuhprognosis jangka panjang.



BH:

COPENHAGEN: Hampir satu pertiga individu melaporkan mereka mengalami gejala berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan COVID-19, lapor kajian yang membabitkan 152,000 orang di Denmark.

KUALA LUMPUR: Perkara yang selama ini minta dijauhkan, akhirnya terpaksa dihadapi Aril Pilus dengan reda apabila disahka...
28/02/2022

KUALA LUMPUR: Perkara yang selama ini minta dijauhkan, akhirnya terpaksa dihadapi Aril Pilus dengan reda apabila disahkan positif COVID-19.

Tambah menguji, isteri, anak dan ayahnya juga disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Aril atau nama penuh, Khairil Azam Pilus berkata, virus itu menyerang diri dan ahli keluarga secara berperingkat.

Aril disahkan positif COVID-19, Rabu lalu. Ini diikuti anaknya, Tun Adriel Mikael, Sabtu lalu dan isterinya, Puteri Erma Edlinda, hari ini.

"Saya tidak tahu sampai jadi berperingkat atau 'back to back'. Saya dijangkiti dahulu, kemudian anak dan isteri. Tiba-tiba kami kena virus ini dan tidak tahu puncanya.

"Kalau hendak diikutkan, beberapa hari sebelum disahkan positif, saya tidak keluar rumah. Pada 19 Februari lalu, saya keluar bekerja melunaskan kerja rakaman 'voice over' di sebuah hotel.

"Saya tidak tahu sampai jadi berperingkat atau 'back to back'. Saya dijangkiti dahulu, kemudian anak dan isteri. Tiba-tiba kami kena virus ini dan tidak tahu puncanya.

"Kalau hendak diikutkan, beberapa hari sebelum disahkan positif, saya tidak keluar rumah. Pada 19 Februari lalu, saya keluar bekerja melunaskan kerja rakaman 'voice over' di sebuah hotel.



BH:

KUALA LUMPUR: Perkara yang selama ini minta dijauhkan, akhirnya terpaksa dihadapi Aril Pilus dengan reda apabila disahkan positif COVID-19.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan, semalam, yang menyaksikan Sabah mendahului dengan 12...
23/02/2022

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan, semalam, yang menyaksikan Sabah mendahului dengan 12 korban.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), Johor turut mencatat sembilan kematian baharu, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan (masing-masing empat).

Seterusnya, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang (masing-masing tiga); Melaka dan Perak (masing-masing dua); serta Kuala Lumpur (satu).

Sementara itu, seramai 615,671 individu atau 17.3 peratus pop**asi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data dalam COVIDNOW, seramai 14,176,241 (60.3 peratus) pop**asi dewasa p**a telah menerima dos penggalak COVID-19.

Seramai 22,945,612 (97.5 peratus) pop**asi itu sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,223,983 (98.7 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos.

Bagi pop**asi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,799,326 individu (90 peratus) telah lengkap imunisasi, manakala 2,888,143 (92.9 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 147,742 dos vaksin diberikan, semalam, membabitkan 51,849 dos pertama, dos kedua (613) dan dos penggalak (95,280).

Ia membawa kepada jumlah kumulatif vaksin diberi bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini mencecah 66,441,964 dos.

Dalam perkembangan berkaitan, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini menurun sedikit kepada 1.15, semalam, berbanding 1.16 kelmarin.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter, hari ini, Labuan mendahului dengan kadar Rt 1.42.

Sarawak menyusul dengan mencatat Rt 1.35; Terengganu (1.29); Perlis dan Pulau Pinang (1.27); Pahang dan Sabah (1.26); Negeri Sembilan (1.25); serta Kelantan (1.23).

Seterusnya, Selangor, Kedah dan Perak (1.21); Kuala Lumpur (1.16); Johor (1.15); Putrajaya (1.13); serta Melaka (1.11).



BH:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan, semalam, yang menyaksikan Sabah mendahului dengan 12 korban.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus pop**asi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia ...
21/02/2022

KUALA LUMPUR: Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus pop**asi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus pop**asi dewasa di dalam negara p**a menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kump**an itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 37 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan sembilan kes, diikuti Selangor (tujuh), Kedah (enam), Perak dan Sabah masing-masing empat kes, Pulau Pinang (tiga), Pahang (dua) dan satu kes masing-masing di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.



BH:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus pop**asi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

ISKANDAR PUTERI: Tiada paksaan kepada ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunis...
19/02/2022

ISKANDAR PUTERI: Tiada paksaan kepada ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Perdana Menteri berkata, ramai ibu bapa menganggap kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak sedangkan ia adalah tidak benar.

"Tidak ada paksaan pada rakyat nak ambil dos penggalak atau kanak-kanak diberikan vaksin. Ia bergantung kepada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin.

"Vaksin dos pertama pun dulu pun ramai yang takut namun lepas itu mereka ambil juga (vaksin). Cuma vaksin untuk kanak-kanak ini benda baharu, jadi ia normal. Ini kerana terlalu banyak cerita bukan-bukan yang tular.

"Kita tak salahkan rakyat. Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beri jaminan kepada ibu bapa, namun ramai ibu bapa yang bimbang. Kita tak paksa rakyat...terserah.

"Tetapi difahamkan semakin ramai ibu bapa hantar anak mereka untuk divaksin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Media melaporkan seramai 341,960 atau 9.6 peratus pop**asi kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahub sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids, setakat semalam.

Jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir 50,000 orang berbanding kelmarin yang merekodkan 289,912 kanak-kanak atau 8.2 peratus kump**an usia sama.



BH:

ISKANDAR PUTERI: Tiada paksaan kepada ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

GAZA: Semenanjung Gaza berdepan situasi 'sulit dan malapetaka' berikutan penularan pantas varian Omicron, kata seorang p...
29/01/2022

GAZA: Semenanjung Gaza berdepan situasi 'sulit dan malapetaka' berikutan penularan pantas varian Omicron, kata seorang pegawai kesihatan Palestin.

"Keluk jangkitan menunjukkan peningkatan mendadak dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Penasihat kepada Menteri Kesihatan Palestin, Fathi Abdu Warda.

Beliau menjelaskan, terdapat 95 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 63 daripadanya dalam keadaan kritikal dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) mencecah 56 peratus.

Justeru, Abu Warda memohon mereka yang dijangkiti COVID-19 atau mengalamai gejala berkaitan virus itu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan termasuk melakukan ujian saringan.

Katanya, sebanyak 48 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital di dijangkiti COVID-19 varian Omicron.

Beliau juga berkata, musim sejuk ketika ini yang melanda wilayah Palestin dan kekurangan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza mengakibatkan penduduk di situ terpaksa bergelap selama 12 jam sehari, sehingga mencetuskan amaran sekali gus keadaan itu menyumbang kepada penularan virus itu, lapor agensi berita Xinhua.

"Setakat ini, hanya 30 peratus pop**asi Semenanjung Gaza sudah divaksinasi," kata Abu Warda sambil menambah Kementerian Kesihatan menggesa mereka yang belum disuntik vaksin untuk menerima pelalian itu.

Palestin merekodkan lima kematian dan 5,380 kes baharu COVID-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, mengikut laporan harian COVID-19 Kementerian Kesihatan.



BH:

GAZA: Semenanjung Gaza berdepan situasi 'sulit dan malapetaka' berikutan penularan pantas varian Omicron, kata seorang pegawai kesihatan Palestin.

PROMOSI TAHUN BARU CINA 🥰🥰✅DAPAT ANGBAO (FAEDAH SEBULAN) X 2 !!!!🥰🥰✅TERBUKA KEPADA SEMUA KAKITANGAN – KERAJAAN / SWASTA....
24/01/2022

PROMOSI TAHUN BARU CINA 🥰🥰
✅DAPAT ANGBAO (FAEDAH SEBULAN) X 2 !!!!🥰🥰
✅TERBUKA KEPADA SEMUA KAKITANGAN – KERAJAAN / SWASTA.
✅SOCSO, KEBAJIKAN, BANTUAN, PENCEN, ZAKAT, BAITUMAL.

Semak dalam masa 30min shj !! Tanpa deposit !!
Document ringkas yang diperlukan !!
1) Ic
2) Penyata Gaji
3) Penyata Bank
3) Bill rumah

***PROMOSI SEHINGGA 1/03/2022.🥰

📍 SELANGOR,KL,PUTRAJYA,NEGERI SEMBILAN.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK SEMAK KELAYAKAN ANDA 🥰
https://wa.link/ygjrq3

KUALA LUMPUR: Angka harian jangkitan COVID-19 kembali menurun hingga bawah 4,000 dengan sebanyak 3,856 kes baharu dilapo...
24/01/2022

KUALA LUMPUR: Angka harian jangkitan COVID-19 kembali menurun hingga bawah 4,000 dengan sebanyak 3,856 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata

ia menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,832,945 kes.

Beliau berkata, sebanyak 492 kes import direkodkan terdiri 378 warganegara dan 114 rakyat asing.

"Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan, manakala 143 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

"Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan 13 kluster baharu, sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ketika ini ialah 235.

"Daripada 3,856 kes dilaporkan hari ini, sebanyak 3,821 atau 99.1 peratus adalah pesakit kategori satu dan dua.

"Hanya 35 kes atau 0.9 peratus pesakit kategori tiga, empat dan lima," katanya dalam kenyataan hari ini.



BH:

KUALA LUMPUR: Angka harian jangkitan COVID-19 kembali menurun hingga bawah 4,000 dengan sebanyak 3,856 kes baharu dilaporkan hari ini.

BANGI: Seorang pemuda yang meloloskan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas menjalani saringan COVID-19 di Klini...
19/01/2022

BANGI: Seorang pemuda yang meloloskan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Beranang dekat sini dan tular dalam media sosial, dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hakim, Effandi Nazila Abdullah, yang bertindak sebagai majistret, menjatuhkan hukuman itu ke atas R Theyagarajan, 24, selepas mengaku bersalah melarikan diri daripada jagaan anggota polis yang menahannya secara sah mengikut undang-undang.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 9 Januari lalu.

Theyagarajan didakwa melakukan perbuatan itu di Klinik Kesihatan Beranang, Hulu Langat di sini pada jam 11 pagi pada 11 Januari lalu, mengikut Seksyen 224, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh melarikan diri daripada tahanan dan kawalan polis tetapi berjaya ditahan semula 50 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum, namun Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara mengambil kira dia telah membahayakan orang awam.

"Kebiasaannya, mereka yang dituduh di bawah kesalahan ini boleh dipenjara antara enam bulan hingga setahun. Ia akan menjadi pengajaran kepadanya dan orang awam agar tidak mengulangi perbuatan tersebut," kata Hakim Amir.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 19 Orang Kena Tahan (OKT) dari Balai Polis Kajang dibawa anggota polis ke klinik kesihatan berkenaan untuk menjalani saringan COVID-19.

Setelah selesai urusan saringan, kesemua OKT dimasukkan semula ke dalam lori namun seorang lelaki (tertuduh) cuba melarikan diri dan hasil semakan mendapati tertuduh ditangkap berhubung kes samun dan sedang dalam tempoh tahanan reman.



BH:

BANGI: Seorang pemuda yang meloloskan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Beranang dekat sini dan tular dalam media sosial, dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama huj...
17/01/2022

KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama hujung bulan ini dan awal bulan depan, jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan pandemik itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kes harian berkemungkinan meningkat menjelang Thaipusam yang akan disambut esok, serta Tahun Baharu Cina pada 1 Februari depan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai kekal mematuhi SOP, khususnya pemakaian pelitup mula, selain terus mengamalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera).

Khairy turut menyarankan orang ramai mengaktifkan fungsi MySejahtera Trace di kawasan tumpuan awam bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kes positif secara lebih berkesan, selain mendapatkan dos penggalak.

"Menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, jumlah kes harian mungkin meningkat.

"Jadi, sila kekalkan pematuhan SOP (khususnya pelitup muka), TRIIS, membuka MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan rakyat Malaysia dilihat berjaya memastikan penularan COVID-19 kekal terkawal selepas dua sambutan besar sebelum ini, iaitu Krismas pada 25 Disember lalu dan Tahun Baharu pada 1 Januari, meskipun negara diancam Omicron.

Dalam tempoh berkenaan, jumlah kes harian kekal stabil antara 2,600 hingga 3,700 kes, meskipun kadar kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 1.0.

Sehubungan itu, Khairy berharap perkara itu dapat dikekalkan sepanjang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina.

"Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan COVID-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baharu meskipun berdepan Omicron," katanya.



BH:

KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama hujung bulan ini dan awal bulan depan, jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan pandemik itu.

Address

Jalan WARISAN SENTRAL 1, KIP SENTRA
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 13:00

Telephone

+60193666178

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HTE Bantuan Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share