Daudthreesixty

Daudthreesixty Catch It, Clean It, Cook It.

IKAN BAUNG KUNINGIkan baung merupakan spesies ikan bermisai yang cukup pop**ar di kalangan pemancing tempatan. Keasyikan...
22/07/2023

IKAN BAUNG KUNING

Ikan baung merupakan spesies ikan bermisai yang cukup pop**ar di kalangan pemancing tempatan. Keasyikan melayan tarikan demi tarikan spesies ini terutama waktu malam atau selepas hari hujan (air keruh) cukup mengasyikkan hingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Biarpun tarikannya tidak seganas pemangsa lain, namun baung tetap mempunyai tarikan tersendiri lebih-lebih lagi kepada penggemar menu masak lemak cili padi.

Spesies Hemibagrus nemurus atau lebih kita kenali sebagai ikan baung kuning merupakan satu spesies ikan air tawar yang datang dalam keluarga ikan bermisai (catfish).

Bagi kebanyakan kaki pancing di Malaysia, spesies baung kuning bukanlah pilihan ikan target utama jika dinilai dari segi kekuatan tentangan di hujung mata pancing, namun jika dijadikan lauk dan dihidangkan di antara ikan air tawar yang lain, pasti ikan baung kuning antara target utama lauk yang mahu dicapai.

Biarpun tentangan spesies baung kuning tidak seganas ikan pemangsa lain, namun memancing ikan baung kuning juga mempunyai daya penariknya tersendiri. Rata-rata pemancing jika menyertai trip trekking ke sungai pegunungan sering kali menyediakan set dan umpan khas untuk melayan baung sepanjang malam.

Jika di tasik besar menaiki boathouse p**a seperti Tasik Kenyir atau Tasik Banding, tidak sah jika waktu malam tak dihabiskan dengan melayan si pemakan dasar ini sambil meneguk kopi panas dan bersantai bersama rakan-rakan.

Ternyata, biarpun bukan di kalangan spesies ikan trofi, spesies baung kuning masih tetap merupakan antara spesies ikan kegemaran kaki pancing. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan spesies baung ini antara ikan air tawar yang cukup dikenali dalam arena pancing tempatan.

Bagi pola taburan spesies bermisai ini, kebanyakannya boleh ditemui di kebanyakan kawasan sungai. Kebanyakan spesies ini boleh ditemui di kawasan air tawar di Kep**auan Jawa, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan juga kep**auan Borneo. Selain itu, spesies ini juga banyak ditemui kebanyakan sungai utama di Asia Tenggara seperti Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya.

Habitat bagi spesies ini p**a ialah kawasan sungai atau tasik air tawar. Spesies ini juga mampu hidup dalam keadaan badan air yang kurang berkualiti atau tercemar. Ini menunjukkan spesies baung mempunyai kadar toleran kepada kualiti air yang rendah.

Baung kuning juga mendiami kawasan sungai yang berarus perlahan atau kawasan badan air tetap di mana hampir ketiadaan arus. Ini termasuk kawasan seperti sungai dan tasik yang mengalami perubahan kedalaman air dengan pop**asi spesies lain yang akan bermigrasi ketika musim banjir sebelum kembali kepada sungai utama sekitar bukan November hingga Disember.

Di Malaysia, spesies baung kuning cukup pop**ar terutama di kebanyakan sungai pegunungan, bahagian pertengahan sistem sungai (kecuali berhampiran muara) dan juga kawasan tasik air tawar utama di Malaysia.

Pemancing tempatan juga tahu bahawa keadaan air yang keruh selepas hujan merupakan waktu sesuai untuk memancing spesies ini. Selain itu, waktu malam juga menjadi waktu yang paling terbaik untuk memancing baung.

Spesies daripada genus Hemibagrus ini merupakan ikan bermisai (barbel) yang mempunyai kepanjangan sekitar 8 cm. Spesimen sering ditemui di sepanjang subcontinent perairan India, Asia Tenggara dan Asia Timur. Spesies ini merupakan ikan yang tidak bersisik dan mempunyai badan yang agak licin.

Bahagian kepalanya agak mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepalanya juga mempunyai rangka tengkorak yang agak keras untuk melindungi kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang. Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bergantung kepada persekitaran kawasan air.

Spesies ini mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.

Spesies ini juga mempunyai kesemua sirip utama pada seekor ikan malah mempunyai sirip adipos iaitu sirip berdaging yang hadir di bahagian atas berhampiran kaudal pedunkel yang agak panjang.

Bagi diet spesies baung, ikan ini menjadikan ikan kecil, serangga air, udang dan cacing sebagai diet utamanya. Baung juga bersifat kewilayahan dan mempunyai naluri untuk menyerang hendap mangsanya.

Sumber: umpan.com.my



https://www.facebook.com/groups/817127569129874/?mibextid=NSMWBT

Biar bekas umpan tenggelam, semangat tetap timbul."Bukan pepatah" Mama lari bawa anakYang tinggal papa πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£πŸ€£             ...
19/10/2022

Biar bekas umpan tenggelam, semangat tetap timbul.
"Bukan pepatah"

Mama lari bawa anak
Yang tinggal papa
πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£πŸ€£

Casting Challenge organize by Mayeep (SNKHD) Ahmad Zharif on 8-9 October 2022. Total 22 Caster has taking part in this event. Although the weather is not on ...

JERSEY SNKHD EDITION Super Cool (Pre-Order)Dapatkan Jersey Padu iniMantopppWhatsApp segera sebelum terlambat πŸ˜πŸ€—πŸ˜Žhttps://...
12/10/2022

JERSEY SNKHD EDITION Super Cool (Pre-Order)

Dapatkan Jersey Padu ini
Mantoppp

WhatsApp segera sebelum terlambat πŸ˜πŸ€—πŸ˜Ž
https://wa.me/60193414627?text=JerseySNKHD

JERSEY SNKHD EDITION Super Cool (Pre-Order)

MEMANCINGCastingBottomJiggingTrollingSurfcastingDLL...Apa pun kaedah PANCINGAN dan juga hasil TANGKAPAN anda, perlu juga...
28/09/2022

MEMANCING

Casting
Bottom
Jigging
Trolling
Surfcasting
DLL...

Apa pun kaedah PANCINGAN dan juga hasil TANGKAPAN anda, perlu juga tahu kelebihan dan khasiat-khasiat ikan.

Semoga bermanfaat.πŸ˜πŸ˜‹

TILAPIA Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Mendiami pelbagai kawasan air tawar juga habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan m...

26/09/2022

IKAN PATIN

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.

Ikan patin sungai (patin liar) mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Ikan patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai Patin Kolam atau Patin Sangkar dan spesies Ikan Patin yang paling banyak diternak di Malaysia adalah dari spesies Pangasianodon hypophthalmus. Pangasianodon hypophthalmus yang terlepas dari kolam atau sangkar ternakan dan mula hidup liar di sungai-sungai adalah spesies invasif kerana ia menjejaskan kepelbagaian genetik ikan patin asal di Malaysia dan biasanya dikenali sebagai Patin Lawang atau Patin Siam.

Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

1. Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)

2. Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)

3. Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)

3.1. Patin Buah (Pangasius nasutus)
3.2. Patin Muncung (Helicophagus wandersii)
3.3. Patin Juara (Pseudolais micronemus, pernah dikenali sebagai Pangasius micronemus)

Sumber : Wikipedia

4. PATIN BOSAbass = Rujuk video πŸ€­πŸ˜…

IKAN LAMPAM JAWA Ikan Lampan Jawa atau nama saintifik barbonymus gonionotus merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai ...
26/09/2022

IKAN LAMPAM JAWA

Ikan Lampan Jawa atau nama saintifik barbonymus gonionotus merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di Malaysia (bukan ikan asal). Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia atas tujuan akuakultur.

Daudthreesixty shared a post on Instagram: "IKAN LAMPAM JAWA Ikan Lampan Jawa atau nama saintifik barbonymus gonionotus merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di Malaysia (bukan ikan asal). Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa masuk ke...

17/09/2022

PATIN BOSAbass

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

05/09/2022

IKAN TERBOL

Terbol atau nama saintifiknya Osteochilus vittatus (ekor bertanda) & Osteochilus hasseltii (ekor tak bertanda) merupakan sejenis ikan yang terdapat di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Ikan ini turut disebut terboi, tubul, peroi, dan hard-lipped barb atau bonylip barb, dan kebanyakannya mendiami aliran besar atau sungai kecil yang mengalir tenang, dengan substrat berlumpur, berkelodak atau berpasir namun turut tahan dengan tempat tinggal air tawar yang lain.

Ikan Terbol mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan l***r tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai meskipun berkongsi habitat yang sama.

Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.

Ikan terbol merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai.

Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terbol berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air.

Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terbol akan berwarna gelap sedikit.

Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkump**an atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi.

Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.

Ikan terbol mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm
Ikan terbol merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini.

Walaupun ia bukan ikan dambaan utama seperti tengas atau sebarau, ikan terbol antara merupakan spesies sungai yang sedap digoreng garing ataupun dibuat masak lemak cili api. Lebih-lebih lagi yang bersaiz tapak tangan.

Sumber : Google.com

Send a message to learn more

Address

Senawang
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daudthreesixty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Daudthreesixty:

Share