09/04/2021
KURMA AJWA ALIYAH MADINAH dan AJWA MADINAH?
🔸 Ajwa Madinah adalah kurma Ajwa yang ditanam di DALAM atau di LUAR Tanah Haram Madinah.
🔸 Ajwa Aliyah Madinah adalah kurma Ajwa yang ditanam di dalam TANAH HARAM MADINAH, serta ianya berada di kawasan yang dinamakan AL-ALIYAH.
AL-ALIYAH adalah satu kawasan tanah tinggi, tinggi sedikit dari ladang-ladang yang lainnya di Madinah. Serta di sana ia mempunyai sistem pengaliran air yang baik.
Disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqqash, Baginda Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
”Barangsiapa yang setiap pagi mengamalkan tujuh biji kurma Ajwa, tidak akan terkena padanya hari itu racun mahupun sihir”.
Disebutkan juga dalam Shahih Muslim diriwayatkan dari Aisyah, Baginda Nabi SAW bersabda:
إِنَّ فِي عَجْوَةٍ العَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ البُكْرَةِ
“Sesungguhnya terdapat pada Ajwa Aliyah penawar (ubat) dan ianya dimakan di pagi hari”.
Jadi istimewanya Ajwa ini kerana ia disebutkan dalam hadis sahih dan mendapat doa dari Baginda Nabi Muhammad SAW.
Manakala Ajwa Aliyah Madinah p**a disebutkan secara khusus di dalam hadis kedua di atas. Ia menjadikannya lebih istimewa dari kurma-kurma ajwa biasa yang lain di Madinah. Di samping stoknya yang terbatas, sedangkan permintaannya sangatlah tinggi dan disukai ramai.