17/09/2021
BASIC DALAM KEWANGAN YANG KORANG MESTI ADA
1. Bila kita mempunyai hutang yang banyak, dan ditakdirkan satu hari nanti kita sudah pergi. Maka pilihlah PERLINDUNGAN takaful sebagai ganti untuk settlekan hutang tersebut.
2. Bila kita tidak istiqamah menyimpan setiap bulan, maka pilihlah FORCE SAVING ASBF sebagai push factor untuk kita rajin buat simpanan yang berganda.
3. Bila kita mula stabil dan mempunyai cash holding power, maka pilihlah pelaburan HARTANAH sebagai pelaburan yang boleh menjana cash flow untuk kita.
4. Bila kita tidak mahu keluarkan modal untuk pelaburan, maka pilihlah UNIT TRUST EPF AKAUN 1 untuk kembangkan simpanan masa pencen kelak. Pulangannya berbaloi-baloi.
5. Bila kita rasa inflasi akan menyebabkan nilai wang kita makin jatuh, maka pilih lah pelaburan EMAS sebagai pelaburan yang mudah dicairkan.
6. Bila kita mempunyai asset yang semakin membukit, maka persiapkan diri dengan membuat WASIAT, kelak kita memudahkan urusan keluarga yang menuntut dan bergantung pendapatan sepenuhnya pada diri kita.
7. Bila kita jadi ketua keluarga atau punca pendapatan utama keluarga, pilihlah HIBAH sebagai gantian pendapatan untuk keluarga meneruskan kehidupan.
8. Bila kita dah kena mula bayar tax, pilihlah PRS, SSPN dan MEDICAL DAN LIFE TAKAFUL serta simpan segala resit toll & minyak + resit makan dengan client + hotel untuk kurangkan bayaran tax kita.
Ambil tahu tentang kewangan kita daripada memandang sebelah mata dan kongsikan kepada mereka yang s**a berbelanja lebih. Eh!
By