21/07/2019
Adik saif demam dah 3 hari.
Semalam abg hadi rasa badan adik saif panas sangat. Tak boleh tidur.
Adik cakap ,”sakitnya... sakitnya...”
Tanpa berlengah masa, esoknya pagi2 abg hadi pun bawak pi jumpa pakar. Memang kena warded.
Adik saif kena chicken pox jangkit dari abang hafiz. Pastu kene sekali dgn kayap.
Insurans adik sepatutnya layak untuk bilik vip, tapi bilik vip penuh.
Dapat bilik single je. Abg dah cakap dekat staf, kalau bilik vip kosong, tolong transfer anak abg hadi.
Rugi la kan, byr insurans layak untuk bilik vip, tp tak dpt guna. Haha
Tapi bukan maknanya abg hadi bayar mahal. Sebulan insurans anak abg hadi RM116 je. Kelayakkan bilik RM360 semalam. Setiap 3 tahun had bilik naik 10% tak kira ada claim atau tak.
Hampa rasa murah tak? Ke hampa punya lagi murah? Roger2 la abg hadi.
Tapi yg abg hadi nak beritahu hampa, abg hadi tak pernah sekali2 berharap anak2 abg hadi suatu hari sakit.
Abg hadi bayar saja bulan2 insurans depa pun takpa kalau depa sihat dan tak payah guna medical card.
Tapi sakit dan sihat bukan di tangan kita untuk tentukan.
Dan hampir 2 tahun abg hadi bayar insurans adik saif, ini kali kedua abg hadi terpaksa menggunakan medical card.
Sakit memang kita tak dpt nak tentukan. Tapi semua ibu dan ayah mahu anaknya boleh dptkan rawatan dan cepat dan selesa.