06/11/2021
"Ditelan mati emak, diluah mati bapa"
Itulah kisah hidup sebagai Perunding Takaful.
Ada kisah benar yang berlaku kepada seorang Perunding Takaful.
Dijadikan cerita, beliau mempunyai seorang pak cik saudara yang kiranya orang "have-have".
Satu hari, ejen takaful ni dipelawa ke rumah pak cik beliau yang "have-have" ni.
Perunding Takaful ni pergilah.. pak cik panggilkan. Mana tau ada 'projek' 😎. Hehe
Bila duduk berdua tu, pak cik beliau ni interviewla anak saudara dia yang ejen takaful ni.
Pak cik : "Berapa lama da jadi ejen?"..
Ejen : "Lama juga pak su/lang/ngah/"(Lupa apa panggilan yang ejen tu cerita).🙈
Tiba-tiba....
Pak cik : "Apasal tak pernah buka cerita takaful dengan pak su/lang/ngah ya?"
Ejen : 😲. Bukan pak su (Guna nama nila) da ada ejen insurans kan? Kenapa pak su? Nak saya buka quotation ke?
Pak cik : Sapa cakap pak su da ada ejen insuran? Dapat cover ke sakit kritikal? Pak su da ada kanser tahap kritikal. Kos anggaran puluhan ribu ringgit. 😢 Orang lain mungkin nampak pak su orang senang, tapi bila cerita duit untuk rawatan sakit. Orang senang pun boleh jatuh miskin. Da sakit sebab penyakit, duit poket pun boleh sakit sekali. 😢
Ejen tu tak tahu nak cakap apa.
Kesimp**annya, kerja ejen takaful ni besar tanggungjawab dia. Kalau kongsi cerita takaful, orang tuduh kita nak sales semata-mata. Bila kita tak kongsi, jadilah macam cerita kat atas.
Umpama sakit dan musibah yang menimpa pak su dia tu adalah kesalahan ejen tersebut. Mungkin sebab stress atau tekanan akibat sakit dan kos rawatan yang dihadapi menyebabkan insan yang bergelar manusia ni cuba menyalahkan orang lain.
Saranan saya sebagai ejen takaful PruBsn. Ambillah medikal kad. Kenapa? Jawapan saya ialah, sebab kita akan lalui juga satu fasa kehidupan kita iaitu fasa sakit. Yakin ka kita yang kita akan sihat sampai akhir hayat kita?
Tepuk dada, tanya akal. Orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.
Faridzul Marukis
Ejen Takaful Prubsn
Sandakan