06/07/2021
Lately ni syasya pening kepala, sampai nak demam2 sbb banyak pikir,
syasya jenis kalau diberi tanggungjawab mmg akan buat betul2.. takkan buat sambil lewa jadi syasya banyak pressure diri ..
“kenapa aku dah usaha sungguh2 nak bantu dia tapi dia tak usaha sungguh2 jugak”
“Kenapa eh aku dah spend time untuk dia, tidur lambat sbb nak bantu dia tapi dia tak appreciate pon”
“Aku tak cukup usaha lagi ke?”
Bisikan ni berpusing2 dekat kepala..
Sampailah syasya terbaca
(سورة الرعد اية ١١)
Terjemahan dia: allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum tu sehingga
mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..
terus sya tersedar, aku ni hanya menyampaikan je, allah yg bagi hidayat dekat seseorang tu..
Kalau kita usaha banyak mana sekali pon untuk bantu dia tapi kalau diri dia sendiri tak ada usaha tak guna jugak
Dalam bisnes ke dalam study ke semua sama
And satu lagi, dalam apa2 perkara pon kan, kalau kita buat untuk manusia, berharap kat manusia untuk balas balik dekat kita, mesti kita akan kecewa..
tapi kalau kita buat kerana allah,pasti dan pasti kita takkan kecewa kerana allah akan membalasi setiap kebaikan yg kita lakukan
Syasya pon selalu kena muhasabah diri balik, mana yg kita ada buat silap kita perbaiki dan perbaharui niat kita balik INSYAALLAH ✨