Nazirul Nizam - AIA Takaful Advisor

Nazirul Nizam - AIA Takaful Advisor AIA Public Takaful
(3)

Tahukah anda perbezaan antara Aset Biasa dan Hibah Takaful?Rumah, tanah, dan simpanan dalam bank memang bernilai… tetapi...
01/04/2026

Tahukah anda perbezaan antara Aset Biasa dan Hibah Takaful?

Rumah, tanah, dan simpanan dalam bank memang bernilai… tetapi apabila pemilik tiada, semuanya perlu melalui proses faraid. Proses ini bukan sahaja mengambil masa — kadangkala berbulan atau bertahun — malah melibatkan kos guaman. Dalam tempoh itu, waris mungkin masih belum dapat menggunakan harta tersebut walaupun mereka sangat memerlukannya.

Berbeza dengan Hibah Takaful.

Hibah Takaful bertindak sebagai “cash segera” untuk keluarga:
✨ Terus disalurkan kepada penama tanpa perlu tunggu lama
✨ Tidak melalui proses faraid
✨ Tidak boleh dituntut oleh pemiutang si mati

Ini bermakna, saat keluarga sedang menghadapi kehilangan, mereka tidak perlu risau tentang kewangan. Segalanya sudah tersedia — cepat, mudah, dan terjamin.

Sebab itu Hibah sering dianggap sebagai hadiah kasih sayang yang bukan sahaja ikhlas, tetapi juga bijak dari sudut perancangan pusaka.

Ringkasnya — bukan sekadar meninggalkan harta, tetapi meninggalkan perlindungan yang terus boleh digunakan saat ia paling diperlukan.

06/03/2026
✨🌙 *MALAM NISFU SYA'BAN* 🌙✨Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda: *يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ ل...
02/02/2026

✨🌙 *MALAM NISFU SYA'BAN* 🌙✨

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

*يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ*

Maksudnya:

Imam al-Syafie RA telah Berkata :

“ *_Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam Raya Adha, malam Raya Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban_* ”.
[ Kitab al-Um ].

🥦 Malam Nisfu Sya'ban adalah malam yg sangat mulia dan banyak kelebihan padanya.

🥦 Dengan kemulian tersebut, Para Ulamak mennggalakkan kita menghidupkan malamnya dengan pelbagai Ibadat seperti:
- Solat Qiamullail
- Banyak Berdoa
- Baca Quran
- Bersedekah
- Mohon Keampunan
- Majlis Ilmu
- Dll

🥦 Oleh kerana malam ni ( Isnin Malam Selasa ) adalah malam Nisfu Sya'ban, maka marilah kite menghidupkan malam ni dengan ibadat² tanpa menafikan malam² lain.

🥦 Pada siang hari esok, Selasa 15 Sya'ban / 3 Feb 2026 juga digalakkan kite berpuasa Sunat Sya'ban , Sunat Hari Puteh.

🥦 Semoga dengan berkat amalan² dan doa kita, ALLAH swt mengampuni segala dosa dan membebaskan kita dari segala Musibah insya ALLAH..Aaamiiin

Nazirul Nizam
AIA Islamic Takaful Advisor

20/01/2026

Kematian itu pasti, cuma kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh Ilahi.

Lebih-lebih lagi bagi kita yang menjadi penyedia utama keluarga. Sekiranya kita pergi dahulu, sekurang-kurangnya anak dan isteri tidak terlalu terbeban dengan urusan kewangan. Mereka perlukan masa untuk menerima ujian, menenangkan diri, dan bangkit meneruskan kehidupan.

Sebab itulah penting untuk kita sediakan sejumlah wang sebagai persediaan awal. Takaful Hibah dapat membantu memudahkan urusan mereka apabila kita sudah tiada.

Waktu muda dan sihat inilah masa terbaik untuk kita buat income replacement demi masa depan keluarga.

Kelebihannya:

1. Harga berpatutan & permohonan mudah diluluskan
2. Turut melindungi jika berlaku kecacatan kekal menyeluruh

Jika hati sudah tergerak, teruskan sahaja niat untuk mendapatkan perlindungan ini.
Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri dan keluarga tercinta ❤️



Mak mana yang tak risau bila tengok anak batuk kuat sampai dada berlekuk?Hati ibu mana yang mampu tenang 😔Inilah yang di...
19/01/2026

Mak mana yang tak risau bila tengok anak batuk kuat sampai dada berlekuk?
Hati ibu mana yang mampu tenang 😔

Inilah yang dialami oleh client cilik sahabat saya, berusia 2 tahun 7 bulan.

Baru 7 bulan mencarum Medical Card, dengan bayaran RM1,283,
anak kecil ini diwarded selama 5 hari (13 Jan – 17 Jan) akibat Bronchitis.

Jumlah bil rawatan?
👉 RM12,378
Dan semuanya ditanggung sepenuhnya oleh Medical Card AIA ✅

Berbaloi kan pengorbanan seorang ibu yang sediakan perlindungan awal untuk anaknya?
Saat kecemasan dan kegelisahan melanda,
biarlah Medical Card yang menanggung beban rawatan,
supaya hati kita lebih tenang menemani anak tersayang 💙

Jom, saya bantu finalisekan Medical Card untuk anak anda.
Perlindungan awal, ketenangan berpanjangan 😊



Macam mana kita boleh sediakan RM350,000 jika diuji dengan kecemasan atau saat kritikal suatu hari nanti?Jom kita fikir ...
15/01/2026

Macam mana kita boleh sediakan RM350,000 jika diuji dengan kecemasan atau saat kritikal suatu hari nanti?
Jom kita fikir sama-sama 😊

Jika nak kumpul RM350,000 dalam 10 tahun, kita perlu simpan sekitar RM2,916 sebulan secara konsisten.
Kalau dalam 5 tahun p**a, jumlahnya jadi RM5,833 sebulan.

Realitinya, dengan komitmen sedia ada…

• Gaji RM5,000 — sukar untuk simpan RM2,916 sebulan
• Gaji RM10,000 — pun belum tentu mampu simpan RM5,833 sebulan

Sebab itu, ramai antara kita memilih jalan yang lebih ringan dan praktikal.

Dengan hanya mengasingkan sekitar RM200 atau kurang sebulan melalui Takaful, kita boleh sediakan perlindungan sehingga RM350,000 untuk waktu yang kita paling perlukan.

Jika diuji nanti, pampasan ini boleh membantu:

💎 Meringankan bayaran rumah atau sewa
💎 Mengelakkan kereta daripada ditarik
💎 Menjaga keperluan harian anak-anak
💎 Memastikan pendidikan mereka tidak terhenti
💎 Keluarga tidak perlu bergantung pada ihsan orang lain

Jika anda sedang membaca ini hari ini, itu petanda anda masih diberi kesihatan dan rezeki untuk bekerja. Alhamdulillah 🤍

Dengan izin Allah, saya cuma ingin membantu anda menyediakan satu lapisan perlindungan sebagai persediaan, demi ketenangan diri dan masa depan keluarga.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga bermanfaat 🌱

Ikhlas,
Nazirul Nizam
AIA Takaful Advisor & Islamic Financial Planner



Address

I-01-07, AMEER GROUP/HQ, Conezion Commercial, IOI Resort City, Persiaran IRC 3
Putrajaya
62502

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazirul Nizam - AIA Takaful Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share