DFSA Sdn Bhd

DFSA Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DFSA Sdn Bhd, Investing Service, No. 50 2Nd Floor Jalan Radin Tengah Taman Sri Petaling Kuala Lumpur, Putrajaya.

3 KUALITI PELABUR BERJAYABerikut merupakan 3 kualiti penting yang harus ada dalam diri pelabur berjaya.1. Ilmu📗 Jumlah p...
25/08/2025

3 KUALITI PELABUR BERJAYA

Berikut merupakan 3 kualiti penting yang harus ada dalam diri pelabur berjaya.

1. Ilmu

📗 Jumlah pendapatan yang anda perolehi daripada pelaburan saham sangat berkait rapat dengan tahap ilmu yang anda miliki.

2. Keberanian

📕 Sangat penting bagi seorang pelabur mempunyai kualiti keberanian ini. Keberanian bermula apabila anda berani bertindak untuk menceburi bidang pelaburan saham ini iaitu berani mempelajari sesuatu yang baru.

3. Kesabaran

📘 Dalam pasaran saham, time is your friend. Sabar menunggu sehingga pelaburan anda matang yang akan buat anda berjaya membuat keuntungan dalam pasaran saham.

Ramai yang nak mula saham… tapi asyik tertangguh sebab banyak sangat benda bermain dalam kepala:❌ Takut kena scam.❌ Inga...
23/08/2025

Ramai yang nak mula saham… tapi asyik tertangguh sebab banyak sangat benda bermain dalam kepala:
❌ Takut kena scam.
❌ Ingat kelas saham mesti ribu-ribu.
❌ Risau modal saham kena besar.
❌ Rasa saham ni susah nak faham.
❌ Takut tak sempat nak join kelas.
❌ Bimbang nanti belajar pun tetap rugi.
❌ Dan akhirnya, asyik tangguh sebab rasa “belum masa lagi.”
Kenal tak semua alasan ni?

Sebenarnya…
Bukan anda seorang je yang fikir macam tu.
Kebanyakan newbie saham memang lalui kebimbangan sama.
Tapi percayalah, selagi tangguh…
Anda akan terus stuck di tempat yang sama.

Lebih 20 syarikat sertai bidaan projek bateri grid mega MalaysiaMalaysia baru je tutup bidaan pertama untuk projek grid-...
22/08/2025

Lebih 20 syarikat sertai bidaan projek bateri grid mega Malaysia
Malaysia baru je tutup bidaan pertama untuk projek grid-scale battery storage, dan sambutannya memang meriah — lebih 20 syarikat hantar lebih 30 cadangan.
Program ni dipanggil MyBeST, dengan objektif pasang empat unit bateri besar (100MW/400MWh setiap satu) untuk simpan tenaga solar waktu siang, lepas tu lepaskan semula waktu malam bila permintaan elektrik memuncak.
___________
🔰Siapa Yang Masuk Bertanding
Antara nama besar yang masuk:
• Tenaga Nasional – disebut sebagai frontrunner sebab dah ada projek sama di Dungun, Terengganu.
• YTL Power, Malakoff, dan Gamuda – makin agresif dalam tenaga boleh baharu.
• Petronas Gas & Gentari – cabang tenaga bersih Petronas.
• Mega First – tengah bangunkan ladang solar besar.
Selain tu, ada juga syarikat fokus hijau macam BM Greentech, Seal Inc (via MSR Green Energy) yang tengah siapkan projek serupa di Lahad Datu bernilai RM644.6 juta.
Syarikat solar seperti Solarvest, Samaiden dan Pekat Group p**a lebih banyak main peranan sebagai rakan EPCC (engineering & construction).
___________
🔰Struktur Projek & Duit Besar
Kos untuk satu projek dijangka antara RM270 juta – RM300 juta, bergantung jenis bateri dan kos binaan. Bateri kena tahan beroperasi 15 tahun, dengan sekurang-kurangnya 75% kapasiti kekal pada tahun ke-15. Dari segi model bisnes, operator akan dibayar melalui dua komponen:
1. Capacity payment – bayaran tetap ikut kapasiti simpanan.
2. Service tariff – bayaran bila bateri benar-benar digunakan.
Model ni lebih kurang sama macam PPA (Power Purchase Agreement) untuk loji tenaga konvensional.
___________
🔰Kenapa Penting?
Sekarang ni, solar dah capai 3.78GW waktu tengah hari — hampir 18% daripada puncak permintaan grid. Masalahnya, banyak tenaga tu terbuang sebab tak ada storage yang cukup. Dalam beberapa tahun akan datang, dijangka lebih 6GW tambahan dari projek solar baharu akan masuk. Jadi bateri grid macam ni memang kunci untuk stabilkan grid dan elakkan pembaziran.
Kalau semua ikut timeline, projek pertama MyBeST ni akan siap beroperasi sepenuhnya menjelang 2027.

Ringgit dibuka tinggi pada Khamis berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) rendah selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasa...
21/08/2025

Ringgit dibuka tinggi pada Khamis berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) rendah selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, kata penganalisis.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang utama dan serantau.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2190/2335 daripada 4.2250/2290 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata minit mesyuarat itu menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengambil pendekatan menunggu untuk menilai impak daripada kejutan tarif terhadap ekonomi, terutamanya inflasi.

Trump Mahu Jadi Pemegang Saham Terbesar Intel Dengan Pegangan 10%Kerajaan Trump sedang bincang untuk ambil pegangan kira...
20/08/2025

Trump Mahu Jadi Pemegang Saham Terbesar Intel Dengan Pegangan 10%
Kerajaan Trump sedang bincang untuk ambil pegangan kira-kira 10% dalam Intel Corp — langkah yang kalau jadi, akan jadikan kerajaan AS sebagai pemegang saham terbesar syarikat cip itu.
Cadangan ini melibatkan penukaran sebahagian atau semua geran di bawah US Chips and Science Act kepada ekuiti. Intel sebenarnya sudah dijanjikan sekitar USD10.9 bilion (RM45.9 bilion) dalam bentuk geran untuk tujuan pengeluaran cip komersial dan ketenteraan. Nilai ini hampir cukup untuk menampung pegangan 10% dalam Intel, berdasarkan harga pasaran semasa.
Intel baru sahaja alami minggu yang cemerlang dengan kenaikan saham 23% — prestasi mingguan terbaik sejak Februari. Tapi selepas berita perbincangan kerajaan ini tersebar, sahamnya turun sehingga 5.5% kerana pelabur masih keliru dengan hala tuju sebenar langkah tersebut.
Kalau rancangan ini diteruskan, ia bukan sekadar tanda keyakinan kerajaan pada masa depan Intel, tapi juga petanda dasar baru: menjadikan geran Chips Act sebagai pegangan ekuiti dalam syarikat strategik. Malah bulan lepas, Pentagon sudah mulakan langkah serupa dengan ambil pegangan besar dalam syarikat nadir bumi MP Materials.
Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi. Perincian seperti sama ada diskaun geran yang sudah dibayar akan dikira sekali, atau bila Intel akan terima baki dana, masih belum jelas. Tapi jelas satu perkara — langkah sebegini boleh mengubah cara kerajaan AS menyokong syarikat teknologi utama.

Prestasi IPO 1H2025: Terus Meningkat Walau Pasaran Tak MenentuBursa Malaysia terus maintain momentum IPO tahun lepas den...
19/08/2025

Prestasi IPO 1H2025: Terus Meningkat Walau Pasaran Tak Menentu
Bursa Malaysia terus maintain momentum IPO tahun lepas dengan 32 syarikat baru masuk senarai separuh pertama 2025 — naik 52% berbanding tahun lepas.
Pasaran ACE masih jadi juara, cover lebih 70% daripada semua penyenaraian baru.
Jumlah dana yang berjaya dikumpul pun padu — RM3.97 bilion melalui public issue & offer for sale. Itu kira naik 82% setahun-ke-setahun, jauh lebih tinggi daripada purata 5 tahun yang hanya 38.7%.
Ringkasnya, Bursa masih kekal tempat pilihan syarikat nak cari modal, dan pelabur pun masih kuat selera nak masuk IPO baru.

CANDLESTICKCandlestick adalah satu konsep yang penting dalam analisis teknikal dalam dunia perdagangan saham.Ia adalah c...
18/08/2025

CANDLESTICK
Candlestick adalah satu konsep yang penting dalam analisis teknikal dalam dunia perdagangan saham.

Ia adalah cara untuk mewakili pergerakan harga saham dalam bentuk carta yang memaparkan harga pembukaan, harga tertinggi, harga terendah, dan harga penutupan untuk sesuatu tempoh masa tertentu.

Candlestick bermula di Jepun pada zaman berabad-abad yang lalu semasa pedagang beras menggunakan kaedah ini untuk mengawasi harga beras harian. Ia kemudiannya diperkenalkan dan pop**ar di US sebagai alat analisis teknikal.

Setiap candlestick mempunyai 3 bahagian utama - badan (real body) dan bayangan (shadows). Badan candlestick adalah bahagian tebal yang mewakili perbezaan antara harga pembukaan dan harga penutupan pada sesuatu tempoh. Jika harga penutupan lebih tinggi daripada harga pembukaan, badan candlestick biasanya berwarna putih atau hijau. Sebaliknya, jika harga penutupan lebih rendah, badan candlestick berwarna hitam atau merah. Bayangan candlestick p**a menunjukkan julat di antara harga tertinggi dan terendah pada sesuatu hari.

Candlestick mencerminkan sentimen pasaran dan memberikan petunjuk mengenai pergerakan harga akan datang. Candlestick hijau atau putih panjang menunjukkan tekanan pembelian yang kuat dan kecenderungan bullish. Candlestick merah atau hitam panjang menunjukkan tekanan penjualan yang kuat dan kecenderungan bearish.

Walaupun candlestick memberikan petunjuk yang berguna, ia tidak sentiasa tepat 100%. Oleh itu, ia perlu digunakan bersama-sama dengan analisis lain dan pertimbangan pasaran keseluruhan.

Is this conversation helpful so far?

Semua orang ingin mengecapi suatu kejayaan di dalam kehidupan mereka. Rasanya tiada manusia di muka bumi ini yang tidak ...
16/08/2025

Semua orang ingin mengecapi suatu kejayaan di dalam kehidupan mereka. Rasanya tiada manusia di muka bumi ini yang tidak ingin berjaya. 'Berjaya' bermaksud telah mencapai atau mendapatkan sesuatu yang dimatlamatkan. Nak capai 'Financial Freedom'? Ni Min kongsi 5 langkah bina kejayaan kewangan 👇🤑

[Golden Rules Of Investing In Stock Market]1. Avoid The Herd Mentality🔸 Elakkan terpengaruh dengan pendapat pelabur lain...
15/08/2025

[Golden Rules Of Investing In Stock Market]
1. Avoid The Herd Mentality
🔸 Elakkan terpengaruh dengan pendapat pelabur lain ketika membuat keputusan pelaburan. Buat tindakan pelaburan berdasarkan kefahaman dan strategi anda sendiri.
🔸 Anda perlu tahu, kebiasaannya apabila terlalu ramai orang mula menyebut tentang sesuatu saham, jika anda sedang memegang saham tersebut, sudah tiba masanya untuk anda bersedia untuk menjual dan mengambil keuntungan ke atas pelaburan tersebut.
2. Invest Consistently
🔹 Jika anda bercita-cita mahu mencapai kebebasan kewangan melalui pelaburan saham, maka anda perlu melabur secara konsisten.
🔹 Anda perlu serius dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan modal pelaburan anda secara berterusan.
3. Think Long-term.
♦ Kebiasannya, sesuatu saham memerlukan masa yang agak lama untung betul-betul matang dan mampu memberikan peratus keuntungan yang tinggi kepada pemegang sahamnya.
♦ Berkawanlah dengan trend, jangan jual saham yang sedang untung terlalu cepat. Dalam jangka masa panjang, sudah banyak terbukti, investor yang lebih ramai berjaya mengembangkan modal pelaburan dengan lebih baik dan berkesan berbanding trader.
4. Diversification
🔸 Pelbagaikan portfolio pelaburan anda. Pecahkan modal pelaburan dengan melabur kedalam beberapa saham yang berbeza.
🔸 Mempelbagaikan portfolio pelaburan dapat membantu mengurangkan risiko kerugian kepada keseluruhan modal pelaburan anda, jika ada di antara portfolio yang anda pegang tidak menjadi dan sedang mengalami kerugian.
5. Never Borrow To Invest
🔺 Jangan sesekali meminjam wang untuk melabur. Syarat utama melabur ialah melabur menggunakan wang lebihan. Jika anda masih tidak mempunyai wang lebihan, mulakan menyimpan daripada sekarang.
🔺 Melabur menggunakan wang lebihan akan membuatkan emosi anda lebih stabil dan anda dapat membuat keputusan pelaburan dengan lebih objektif. Melabur dalam emosi yang baik akan lebih cepat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

benda paling mudah dalam hidup ni1. Beri alasan2. Cari salah orang lainApa yang kita nak cari dalam hidup ni?
14/08/2025

benda paling mudah dalam hidup ni
1. Beri alasan
2. Cari salah orang lain
Apa yang kita nak cari dalam hidup ni?

Nvidia & AMD: Dapat Lesen Jual Cip Ke China, Tapi Ada Tol 15%Lepas beberapa bulan “bisu” pasal eksport cip AI ke China, ...
13/08/2025

Nvidia & AMD: Dapat Lesen Jual Cip Ke China, Tapi Ada Tol 15%
Lepas beberapa bulan “bisu” pasal eksport cip AI ke China, kerajaan AS akhirnya buka pintu semula untuk Nvidia (NVDA) dan AMD (AMD).
Cuma kali ni ada twist — setiap jualan kena potong 15% untuk kerajaan AS.
Bunyi macam kecil? Dalam dunia bilion dolar, potongan ni boleh telan untung banyak.

🔰Nvidia: Dari Harapan Besar ke Realiti Pahit Manis
Awalnya, penganalisis anggar cip H20 boleh bawa masuk $15 – $20 bilion dalam separuh kedua 2025.
Dengan margin untung bersih ~40%, EPS Nvidia boleh naik $0.29 — lebih 7% dari ramalan asal.
Tapi bila campur levy 15% tu… margin jatuh ke 25%. EPS tambahan tinggal $0.15 – $0.20 saja.
Kenaikan masih ada, tapi dah tak “wow” macam mula-mula.

🔰AMD: Masih Pemanas Enjin
AMD punya cip MI308 p**a tak masuk unjuran Q3 sebab:
1. Lesen eksport baru dapat.
2. Stok pun belum siap banyak.
Kalau ikut kiraan awal, MI308 boleh tambah $1 bilion jualan dengan margin 30% (EPS naik $0.18).
Tapi dengan levy 15%, margin separuh — untung bersih tambahan jadi ~$0.09 saja.
Kesannya lebih sederhana berbanding Nvidia.

🔰TSMC: Pemenang Senyap
Reuters kata Nvidia order 300,000 unit H20 dari TSMC — padahal asalnya cuma nak jual stok lama.
Maknanya, kilang H20 TSMC mungkin hidup balik. Tapi kapasiti 5nm & 4nm TSMC sekarang memang padat, jadi tempahan baru mungkin ambil masa 2 suku tahun nak sampai.

Soalan Yang Pelabur Kena Tanya
1. Siapa tanggung levy?
Kalau demand China kuat, Nvidia & AMD boleh naik harga untuk cover levy. Kalau tak, terpaksa serap sendiri.
2. China nak beli ke?
Media rasmi China dah mula tanya pasal “backdoor” keselamatan. Kalau jadi isu politik, permintaan boleh drop.
3. Cukup stok atau tak?
Nvidia ada kelebihan stok siap, AMD banyak stok separa siap. Kalau order masuk besar-besaran, lead time boleh panjang.

🎯 Bottom line – Nvidia dan AMD memang dapat peluang baru di China, tapi levy 15% ni ibarat tol mahal yang makan margin. Untung tetap ada, cuma tak setebal yang diimpikan. TSMC p**a mungkin senyum paling lebar kalau semua tempahan ni jadi.

Address

No. 50 2Nd Floor Jalan Radin Tengah Taman Sri Petaling Kuala Lumpur
Putrajaya
57000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DFSA Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share