25/05/2026
lam satu kajian baru oleh Hana Institute of Finance, rupa-rupanya satu daripada empat rakyat Korea Selatan berumur 20 hingga 50 tahun dah pun pegang aset kripto.
Majoritinya lelaki umur 30-an dan 40-an, kerja ofis, bergaji tetap. Tapi yang menariknya bukan setakat siapa yang melabur, tapi macam mana mereka berubah cara fikir tentang pelaburan.
Dulu ramai terjun masuk kripto sebab takut ketinggalan (FOMO). Tapi sekarang lain. Ramai dah mula pandang kripto macam alat pelaburan jangka panjang – untuk diversify portfolio, simpanan berstruktur, dan potensi pertumbuhan masa depan. Pendek kata, bukan main redah ikut hype semata-mata.
Walaupun ramai pelabur ni tak banyak aset cair (macam simpanan tunai), mereka tetap sanggup labur lebih dalam produk kewangan, termasuk kripto yang kini cecah 14% daripada pegangan kewangan mereka.
Dari segi cara buat keputusan, makin ramai rujuk info dari platform analitik dan bursa rasmi, berbanding dengar cakap kawan-kawan. Satu perkembangan sihat — pelabur makin bijak, bukan ikut angin semata-mata.
Cuma masih ada isu teknikal yang merimaskan. Di Korea, ada sistem satu bank satu bursa. Maksudnya, kalau kau nak buka akaun kripto, kau kena ikut bank yang bekerjasama dengan bursa tu. Akibatnya, 76% pelabur kata sistem ni menyusahkan. Sebab tu sekarang, bila orang nak pilih platform kripto, mereka tengok bank mana yang link dulu, bukan design apps atau ciri-ciri lain.
Tak hairanlah 70% guna Upbit — sebab ia link dengan K Bank. Jadi, bank tradisional sebenarnya ada peluang besar kalau mereka bersedia. Mungkin masa depan pelaburan bukan sekadar saham dan unit amanah je — tapi kripto pun akan duduk sebaris.
Ramai juga dah mula buka mata — 7 daripada 10 responden berminat untuk tambah pelaburan kripto di masa akan datang. Asalkan ada sistem yang lebih dipercayai, lebih selamat, dan mudah diakses.