16/06/2025
Kesan Private Placement Terhadap Saham
Berita di atas merupakan berita yang disiarkan selepas Bina Puri, salah sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk mengumpul dana sebanyak RM75.62 juta melalui Private Placement.
Walaubagaimanapun, sebaik sahaja berita tersebut diumumkan harga sahamnya p**a jatuh sebanyak 15.79% ke paras 8 sen.
Menurut Bina Puri, sebanyak 30% daripada 3.37 bilion unit saham sedia ada akan diterbitkan dan akan dijual kepada pihak ketiga yang identitinya belum lagi didedahkan. Sebelum ini, Bina Puri juga telah melaksanakan aktiviti pengump**an dana iaitu pada Disember 2022 meraih sebanyak RM16.78 juta dan RM45.25 juta pada April 2023.
Inilah prestasi 10 tahun terkini syarikat Bina Puri. Sejak tahun 2020, Bina Puri terus merekodkan kerugian besar. Maka tidak hairanlah mereka memerlukan dana tambahan untuk meneruskan operasi.
Menurut Bina Puri, daripada hasil RM75.62 juta tersebut itu nanti ia akan digunakan untuk beberapa perkara.
Nilai Tujuan
RM29 juta Membayar balik pinjaman bank
RM21.82 juta Projek Pembangunan hartanah
RM14.5 juta Membayar balik hutang tertunggak
RM8 juta Projek pembinaan
RM2.3 juta Kos private placement
Apa Itu Private Placement?
Sumber: Investopedia
Apa yang menarik mengenai Private Placement?
Private Placement sebenarnya lebih memudahkan pihak syarikat tersenarai dan memberi kelebihan kepada syarikat kerana mereka tidak perlu menyediakan prospektus seperti ketika hendak IPO.
Selain tidak perlu menyediakan prospektus yang tebal tersebut, ia merupakan satu cara lebih mudah untuk syarikat meraih dana. Kebiasaannya syarikat melaksanakan Private Placement kerana memerlukan dana untuk membayar pinjaman bank serta untuk mengembangkan perniagaan.
Kebiasaannya Private Placement ditawarkan kepada pelabur sofistikated dan pelabur institusi.
Kenapa Harga Saham Jatuh?
Jika anda perasan harga saham syarikat sering sahaja jatuh apabila adanya pengumuman Private Placement.
Hal ini kerana, pada pandangan pelabur, tujuan syarikat melaksanakan Private Placement adalah kerana mereka sedang mengalami kekangan dan masalah kewangan.
Namun itu semua terjadi hanyalah persepsi awal pelabur, maka sudah tentu ada pelabur yang panik dan terus menjual saham yang dimiliki. Sekiranya ramai pelabur mempunyai emosi yang sama, maka tidak hairan harga saham boleh jatuh.
Pelabur wajib untuk mengkaji untuk apa tujuan Private Placement tersebut. Sekiranya sebahagian besar adalah untuk membayar balik pinjaman bank, pelabur perlu mengambil langkah berhati-hati. Boleh sahaja syarikat sedang tidak mempunyai wang tunai yang cukup dalam akaun bank syarikat. Seterusnya pelabur boleh membaca laporan kewangan syarikat untuk mengkaji penyata aliran tunai syarikat.
Namun, sekiranya syarikat bakal menggunakan dana yang diraih untuk mengembangkan perniagaan syarikat maka tidak salah untuk pelabur membeli saham baru yang bakal diterbitkan tersebut. Biasanya pelabur sofistikated yang melabur dalam Private Placement ini melihat dari sudut jangka masa panjang.
Terdapat juga kesan lain Private Placement terhadap saham ialah jumlah unit saham syarikat bakal menjadi lebih banyak. Hal ini kerana syarikat menerbitkan saham baru untuk dijual kepada pelabur yang berminat untuk melabur.
Peratusan pemegang saham juga akan berubah sedikit kerana penambahan jumlah unit saham.
Syarikat buat private placement, tetapi kenapa harga saham jatuh?