06/04/2018
KENAPA ORANG SERANG UNIT AMANAH?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
🔘 Mutakhir ini, Abe lihat banyak orang cakap tak untung main unit trust. Awas, Panjang❗
🔘 Bagi Abe, sekali Abe imbas, Abe nampak dimana kesilapan itu berlaku.
🔘 Betul ke melabur unit amanah ni tak untung? Apa cerita sebenarnya? Nak tau lagi lanjut, baca kat bawah Abe terangkan dalam bahasa mudah.
🔘 Abe singkatkan Unit Amanah sebagai UT jelah ya? Singkatan untuk Unit Trust.
🔘 Pertamanya, anda kena faham dalam industri unit amanah ni ada banyak sangat syarikat.
🔘 Syarikat-syarikat ni pulak ada banyak dana. Ada dana khas untuk pasaran dalam negara, ada dana khas untuk pasaran luar negara, ada yang mencampur adukkan pasaran dalam negara dan luar negara.
🔘 Pastu, syarikat-syarikat ni ada banyak konsultan. Dalam Malaysia ni ada berpuluh-puluh ribu konsultan.
🔘 Tapi ikutlah hukum Pareto, bukan semua konsultan sama tahap kawalan kemahiran dan ilmu.
🔘 Ada konsultan pandai, ada yang kurang maher. Ini fakta. Ada yang full time, ada yang part time.
🔘 Tapi tak semestinya orang baru dan part time tak bagus. Apa yang penting dia ada passion, sanggup menimba ilmu, dan sanggup grow old with you.
🔘 Contohnya, ton guru Abe pun part time 13 tahun. Dia dah melalui puncak dan lurah sepanjang 16 tahun pelaburan lagi.
Unit amanah ni sempoi je. Tapi banyak orang termasuk konsultan tak terangkan kat client mereka.
🔘 Nilai Pelaburan = A x B
🔘 A ialah harga dana. Harga dana berubah setiap hari terutama dana yang hanya mengandungi saham-saham di dalamnya. Ini namanya Dana Ekuiti.
🔘 Hari ni harga dia sekian. Esok harga dia sekian. Dia ikut je pasaran saham.
🔘 B pulak ialah jumlah unit. Jumlah unit tidak pernah menurun. Ada sesetengah dana jumlah unitnya akan meningkat setiap tahun kerana pemberian dividen keatas jumlah unit.
🔘 Macam korang beli emas 100 g lah. Harga emas berubah-ubah setiap hari. Tapi korang tetap ada 100 g emas kan?
🔘 Cumanya mas 100 g tu takkan menokok jadi 105 g. Ni beza denhan Ut. UT ada dana yang unitnya meningkat (compounding).
🔘 Bila anda dah faham Nilai UT itu ialah harga semasa x bilangan unit, anda akan faham yang:
1. Jika anda beli dana itu sekali sahaja pada contohnya puncak KLCI pada 2014, anda kena tunggu harga dana atau A menjadi sama dengan harga yang anda beli pada 2014.
🔘 Orang yang bijak tahu pada 2014, KLCI mencapai puncak pada 1896 mata. Selepas itu harga minyak dunia menurun dan sehinggakan hari ini mata 1896 belum tercapai.
🔘 Tapi jika anda beli dana itu di lurah dalam yang berlaku pada July 2015, anda akan untung besar hari ini.
🔘 Kerana apa? Kerana ketika itu kebanyakkan saham merudum teruk dan dana yang mengandungi saham itu pun bergolek jatuh sekali.
🔘 Jika anda yang beli dana tempatan pada puncak KLCI 2014 itu, anda sebenarnya kena main long term.
🔘 Sekarang semua pengurus dana tunggu keputusan pilihanraya umum. Kemudian China dan USA sedang bertengkar.
🔘 Ini semua bahan fundamental analysis sahaja. Lama kelamaan pasaran saham akan naik juga dan memecahkan siling harga 1896 yang dibuat pada 2014 itu.
🔘 Cubalah lihat graf Dow Jones dan KLCI. Over the long term ia akan naik. Ada masanya tempoh naik. Ada masa jatuh. Ada masanya ia consolidate ding d**g.
🔘 Bukan senang nak break th ceiling. Bila siling atau resistance ini pecah, akan berlaku satu fenomena yang dinamakan break out.
🔘 Masa ini pasaran akan bullish. Masa tu A anda akan tinggi. Masa tulah anda akan komen untung ke tak untung main unit trust ini.
🔘 Memanglah tak untung kalau anda beli sekali sahaja pada puncak.
🔘 Mana ada orang boleh timing pasaran saham..teka boleh...konpiden takleh.
🔘 Sebab itulah ejen anda tekankan RCA. Setiap 3 atau 4 bulan dia akan jumpa anda.
🔘 Dia minta anda buat pelaburan tambahan.
🔘 Jika anda konsisten ikut ejen yang pandai tu, anda akan dapat beli dana sama pada harga yang berbeza-beza.
🔘 Anda dapat beli kat puncak....kat lurah....dan kat tengah-tengah.
🔘 Jika anda istiqamah....harga purata dana anda akan berada kat tengah-tengah lurah dan puncak.
🔘 jadi bila ada breakout di kemudian hari, akan ada beza yang jelas antara harga puncak dan harga purata anda. Masa tulah anda untung.
🔘 Nak-nak pulak....unit anda dah menokok bila dividen unit dah banyak.
🔘 Tapi kena long term lah mainan RCA ni. Sebab tu Abe s**a pelaburan guna KW5P setiap tiga bulan dan pelaburan tunai yang dipotong dari bank setiap bulan. Sebab boleh RCA.
🔘 Anda kena faham, bila market bullish, orang akan tinggalkan dana bond atau sukuk dan kejar dana ekuiti (saham).
🔘 Bila market jatuh atau bearish, orang akan berkejaran ke dana bond. Sebab apa? Sebab bond atau sukuk is safe haven. Sangat-sangat selamat.
🔘 Jadi bila anda sebagai pelabur atau ejen, jangan letak semuanya dia dana ekuiti. Letakkan di banyak tempat di bond, di ekuiti, overseas, local.
🔘 Tapi jangan over diversify pulak. Nanti payah nak buat RCA secara optimal.
🔘 Banyak ejen newbies akan menjanjikan untung yg tinggi. Tapi itu hanyalah separuh dari cerita sahaja.
🔘 Masa pasaran saham memuncak, memang A sangat tinggi hingga dalam short term setahun boleh cecah 30% ke 50%. 90% pun Abe pernah nampak.
🔘 Maka ejen yang tak berapa mahir dan syok sendiri ni pun janjikanlah pulangan berpuluh-puluh persen.
🔘 Mereka mula membandingkan dana mereka dengan dan syarikat pesaing secara tidak sihat.
🔘 Dana syarikat aku lagi power. 30%!! Kata mereka
🔘 Tapi ejen ini lupa, biasanya dana power sebegini sangat volatile.
🔘 Dalam jangka masa pendek, dana itu jika dibeli di puncak boleh jatuh sehingga negative 20%.
🔘 Ini tidak pulak mereka ceritakan pada pelanggan!
🔘 Bila market bearish, akhirnya mereka masuk gua dan bertapa dan tak keluar-keluar lagi. Terus dia give up. Rugilah pelabur takleh RCA.
🔘 Padahal masa harga dana jatuhlah mereka patut jumpa pelanggan mereka untuk belikan lagi pada harga lagi rendah agar harga purata dana itu jatuh!
🔘 Ejen-ejen yang bertapa sebeginilah yang bisa merosakkan imej ejen yang bagus.
🔘 Maka janganlah kamu janjikan satu cerita indah sahaja. Ceritakan risiko jatuhnya sekali. Tapi over the long term, ia akan pulih semula.
🔘 Anda faham apa itu compounding? Maknanya macam ASB. Kalau tahun lepas 7% dividen atas unit. Duit kita membesar.
🔘 Tahun ni ada lagi dividen 7.25%. sekiranya anda tak keluarkan wang ASB itu, baki yang telah membesar itu akan didarabkan dengan nilai dividen baru.
🔘 Maknanya setiap tahun semakin ia membiak. Inilah compounding.
🔘 UT secara umumnya tidak compounding. Ia berlegar-legar nilainya di atas kertas. Abe panggilnya floating value.
🔘 Ini kerana Nilai = A x B. B atau unit akan compounding sebab sesetengah dana ada dividen. Tapi A tidak compounding. It floats! So keuntungan atau kerugian anda pun floating!
🔘 Maknanya kalau tahun lepas anda rugi atas kertas, kerugian itu tidak berkekalan. Over the long term A akan naik semula bila breakout berlaku. Masa tu rugi itu berubah wajah jadi keuntungan.
🔘 Anda tak boleh darab macam tu sahaja. Exception untuk dana low risk seperti money market and good bond funds.
?
🔘 Kalau anda baca mereka yang tulis kat Facebook rugi tu, high chance ejen dia amalkan ini:
1. Menjanjikan pulangan yang tidak purata antara peak dan bottom over the long term. Mereka janjikan pulangan ketika dana di puncak sahaja.
2. Menjanjikan pelaburan jangka pendek sahaja. Mereka tidak faham formula A darab B itu. Mereka tidak faham tentang perangai pasaran saham historically.
3. Tidak diversify fund. Mereka hanya letak dalam satu dana sahaja.
4. Tidak melakukan asset allocation. Mereka tidak faham tentang kenapa pentingnya anda mempunya dana yang stabil seperti safe haven seperti dana sukuk.
5. Tidak berjaya meyakinkan pelanggan untuk membuat Ringgit Cost Averaging. Bila market merudum mereka masuk gua dan tinggalkan pelanggan mereka. RCA pun ada cara betulnya.
6. Pelanggan keras kepala. Mereka tak faham risiko dan perangai unit trust. Mereka ingat unit trust ini sebijik macam ASB dan KW5P dari segi compounding of profit.
Bila ejen yang terlatih datang nak jumpa, mereka mengelak. Akhirnya ejen itu tak dapat jalankan strategi yang betul.
Akhirnya pelanggan rugi dan salahkan ejen 100%.
🔘 Disaat harga dana jatuh, anda ada 3 pilihan:
1. Redeem atau tutup akaun dan realisekan losses on paper itu.
2. Malas buat RCA dan tunggu unit menokok dan harga 'A' kembali ke harga yang anda beli. Anda kena tunggu lama gila.
3. Ikut nasihat konsultan terlatih dan buat teknik RCA dengan kuantum betul pada dana yang betul dan allocated properly.
🔘 Bila untung dah capai matlamat pelaburan anda. Tuailah pada masa yang betul. Janganlah tuai masa buah belum masak macam sekarang!
🔘 So camtulah pembaca sekalian. Nak senang cerita, fahamilah camne perangai unit trust ni. Jangan membabi buta merapu kat Facebook.
🔘 Ejen yang pandai baca pun dia dah tahu anda ni tak faham camne pelaburan unit amanah ini.
🔘 Keep on educating yourself and keep on doing ringgit cost averaging. Setkan financial objective anda long term. Try to capture the bullish breakout.
🔘 Terima kasih kerana sampai di sini. Sharelah jika nukilan ini bermanfaat. Kemmah Kemming Rapakk Jikk Dokk Goggek Sor Habukk!
❗