11/01/2023
——
JATUH KERANA MANUSIA, BANGKIT KERANA-NYA 🌹
Daripada banyak kisah, ujian kesusahan, kesedihan, kepedihan yang sering dialami. Seringkali kita bertanya, daripada banyak-banyak manusia kenapa diri ini selalu diuji. Bahkan kita merasa bahawa ujian kita adalah yang paling berat sehingga terasa hidup ini sudah tidak bermakna lagi.
“Sampai bila aku harus diuji?”
“Apakah diriku tidak berhak bahagia?”
Persoalan demi persoalan menyinggah di hati membuatkan kita rasa ingin berputus asa daripada rahmat Allah. Tatkala merasa ujian itu berat menimpa, ketahuilah sebenarnya besar lagi rahmat Allah ke atas kita. Semakin berat dugaan, lalu kita sabar, semakin tinggi darjat di sisi-Nya.
Percayalah, ujian yang datang itu sesuai dengan kemampuan diri kita. Allah Ya Alim Ya Hakim yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, akan memberikan jalan keluar dengan tepat dan sempurna.
Firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah: 286)
Berterusan merintih dengan kalimah zikir,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيم
Maksudnya: “Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”
PETIKAN PENUH DI FACEBOOK PAGE USTAZAH ASMA' HARUN 🌹
Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana-Nya. Allah sentiasa inginkan kebaikan buat kita, Dia-lah Allah ya Barr Yang Maha Baik, Dialah yang paling Dekat dengan kita!
Asma' binti Harun