20/01/2026
“Ada Medical Card Tak Bermaksud Semua Kos Perubatan Ditanggung”
Sebagai ejen insurans di Malaysia, saya rasa bertanggungjawab untuk bercakap tentang perkara ini.
Saya jumpa ramai orang yang yakin dan tenang bila mereka kata,
‘Saya tak risau, saya ada medical card.’”
Memang betul—medical card itu penting.
Tetapi hakikatnya, ramai rakyat Malaysia mengambil ringan apa yang medical card sebenarnya tidak cover.
Di Malaysia, kebanyakan medical card direka untuk menampung kos kemasukan ke hospital, seperti:
●bilik hospital
●pembedahan
●rawatan utama
Tetapi rawatan perubatan tidak bermula dan tidak berakhir di hospital sahaja.
Dan di sinilah ramai yang akan TERKEJUT.
Rawatan pencegahan seperti:
●pemeriksaan kesihatan lanjutan
●ujian saringan awal tertentu
●rawatan awal sebelum penyakit menjadi kritikal
selalunya tidak ditanggung oleh medical card.
Di hospital swasta di Malaysia, kos saringan dan ujian lanjutan ini boleh mencecah ribuan ringgit—
tetapi kerana ia dikategorikan sebagai preventive, ia perlu dibayar sendiri.
Selepas rawatan atau pembedahan, pesakit masih perlu:
●ubat-ubatan tertentu
●rawatan susulan
●fisioterapi atau rawatan pemulihan
Tetapi tidak semua kos ini ditanggung sepenuhnya.
Ada ubat yang penting untuk mempercepatkan pemulihan atau mengurangkan komplikasi,
namun dianggap non-standard atau outpatient—
dan akhirnya pesakit perlu bayar sendiri.
Ini perkara yang sering berlaku di hospital swasta Malaysia.
Prosedur Kosmetik / Rekonstruktif – Salah Faham Besar
Satu lagi salah faham besar ialah tentang prosedur kosmetik atau rekonstruktif.
Walaupun prosedur itu disarankan oleh doktor
bertujuan memulihkan fungsi atau kualiti hidup
jika ia diklasifikasikan sebagai cosmetic,
kebiasaannya tidak dilindungi oleh medical card.
Ramai pesakit di Malaysia hanya tahu perkara ini hanya selepas rawatan sudah disarankan.
Apa yang membimbangkan saya, kebanyakan mereka bukan cuai.
Mereka bekerja keras, bayar caruman bertahun-tahun,
dan benar-benar percaya mereka sudah dilindungi sepenuhnya.
Tetapi mereka tidak pernah diberi penjelasan jelas
tentang had dan pengecualian medical card.
Dan bila sakit datang, tekanan kewangan datang serentak.
Medical Card Diambil Ringan
Medical card itu alat perlindungan, tetapi ia bukan penyelesaian lengkap kepada kos perubatan di Malaysia hari ini.
Dengan kos rawatan hospital swasta yang semakin meningkat,
risiko kewangan bukan hanya datang dari bil hospital,
tetapi dari sebelum rawatan dan selepas rawatan.
Bila orang terlalu bergantung pada medical card semata-mata,
mereka sebenarnya terdedah tanpa sedar.
Saya bukan di sini untuk menakutkan sesiapa.
Saya di sini kerana saya tidak mahu anda hanya sedar tentang perkara ini
ketika anda atau keluarga sedang sakit.
Fahami medical card anda.
Fahami apa yang dilindungi—
dan lebih penting, apa yang tidak dilindungi.
Kerana perlindungan sebenar bukan sekadar memiliki medical card,
tetapi bersedia dari segi kewangan apabila ujian kesihatan berlaku.
Yang bestnya, kita tak perlu tukar atau amik medical card baru pun.
Bole roger saya anytime, saya sedia membantu. 👍